15.12.10






what? who? jawab2!

kalau what, of course lah subject2 sem ni yang macam apa je bunyi dia. baru dengar nama. belum manja2 sayang dengan diorang lagi. next, AGM STEADFAST. banyak lagi tak settle.

kalau who, kalian semua tahu siapa mungkin. he's always been the one yang akan distract aku no matter what. :)

suka suki

lama tak update. sedikit busy dan ketersampaian internet sangat limited. so, tak sempat berjumpa dengan mr blog yang tercinta. jangan merajuk yea? :) saya kembali! hehehehe. tak banyak nak cerita. new sem. new things. new aim and spirit! haihhh.....cliche kan? tapi ini hakikat. result last sem hampeh gila. result paling teruk pernah ada dalam sejarah uia. bagi aku lah. kawan2 mesti marah bila aku cakap macam ni. tapi ini jujur apa yang aku rasa. tengok result, tengok balik belakang, memang aku deserve lah. main gila kot last sem. gila2 punya main. bukan sikit2. dengan macam2 yang aku buatnye. tak terkata. sepatutnya aku bersyukur lah. Allah still nak bagi aku sedikit kejayaan walau dengan apa yang pernah aku buat. okay. take note najwa. jangan cakap sahaja. buatnya tidak. done. apa yang lepas, kena ambik jadi pengajaran. ok? ini untuk semua! :)

oh yea. pasal SET yang aku pergi masa cuti. itu sangat terbaik okay!!!!!! seriously! betul lah apa orang kata. what you least expected selalunya give something huge in your life. sangat betul ohh! walau SET takde lah bagi apa2 yang besar, tapi tak rugi pergi! tak rugi habiskan sisa2 cuti yang ada, tak rugi sakit badan tahap dewa sampai ayah kene urut, tak rugi bayar rm30, tak rugi lawan demam yang macam apa je masa nak pergi dan tak rugi angkat beg berat gila dari ruqayyah nak sampai main stair UIA okay! :) serious! korang memang terbaik! group member ; hafiz,hilmi,demang,kak imah,annur,ain,sab ; korang terbaik ohh! tak pernah jumpa orang sehebat korang! :) kak ain dengan kak mira, korang masak best! hehehehe. alhamdulillah tak kebulur kitorang :) dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. this is one of the best memories for 2010! thanks to Allah. :)

p/s : can't wait for saturday! :)
SALAM~

6.12.10

carik yang sekufu, masa tu saham dah jatuh . . . . . .

aku boleh cakap ni adalah antara cuti panjang yang terbaek dalam dunia! kenapa? sebab kebanyakan masa terisi dengan benda2 yang boleh dikatakan berfaedah lah. sekurang2nya takde lah aku tersadai 24 jam depan tv sampai tv pun dah jemu tengok aku. heh! nak cerita semua benda buat time cuti memang tak lah kan. mau muntah korang2 yang baca ni. so meh aku extract mana2 aktiviti yang aku rasa best. :)

  1. ada satu minggu tu, aku duduk seremban. rumah mak long. for the whole week, tolong atuk jaga hilman dengan haikal memang sangat seronok! haikal, kepandaian dia tuh at the age of 3, sangat menghiburkan. hilman, sangat comel dan mudah dijaga. cuma ye lah. budak tengah membesar, lelaki pulak tuh. lasak lah sikit kan. tapi, it's kinda theraphy lah. best sangat! :))
  2. cuti ni sangat best sebab dia tengah Year End Sale kan? so, memang banyak dan sakan lah aku bershopping! mines, jusco cheras selatan, jusco depan rumah habis kene tawaf. oh yea. kitorang tak shopping dekat mid,klcc etc yea. jauuuuuhhh and out of bajet. tapi still. SHOPPING!!! i loike~~
  3. selalunya masa duduk rumah ni, aku mesti ada gaduh2 manja dengan omel and ibu lah. ini yang wajib. tapi cuti ni tak ada! waaaaaaaahhhh. hebat lah aku kan. menjadi semakin besar mungkin? eheh. seronok2.
  4. pergi banyak gila wedding orang dan berangan yang indah2 untuk aku nanti. sangat best ohh! berangan kan free :)
  5. cuti sebulan tak rasa macam sebulan. tak rasa macam lama tak rasa jugak macam sekejap. so-so lah boleh kata. tapi ada lah masa2 tertentu aku yang aku rasa nak gila2 balik uia. biasalah, manusia tak pernah bersyukur. :p
dalam banyak2 ni, aku nak comment satu point je. satu pun cukup dah koott. point no 4. eheh. gatai naa. tak lah. ini satu benda normal dan wajib dah untuk difikirkan bila orang2 semua kata aku dah besar. (yeke?) ok lah. attend wedding2 orang memang seronok. sebab? makan free, tengok pengantin2 comel dan cantik, dapat goodies, dan macam2 lagi lah. tapi kan, disebalik semua2 ni, ada benda yang buat aku fikir. dan bukan aku je mungkin. ibu pun sebut2 selalu. asyik je sebut2. anak dia dah besar mungkin dia rasa. ibu asyik cakap. nak carik, kene carik yang sekufu. yang sama level. nanti senang. tak de yang kecik2 hati. nak carik, kene carik dari sekarang. lambat2 nanti takde yang nak. dah jadi senior, takkan nak mengorat junior kot? kawan2 senior yang lain dah nak carik junior nak buat calon isteri masing2. masa tu saham dah jatuh. dusshhh! sikit punya ligat otak aku ohh. hahahahaha. diam sahaja lah mampu kan? :) ini lah yang menyebabkan aku tekad gila nak kahwin lambat ni!! gila2 punya tekad wooo~~ serious! nak kahwin kene macam ni, kene macam tu. pendek cerita, kena angkut terus yang boleh baca doa ini, doa itu, solat cantik, doa lancar, hensem, kerja best, kaya, dan lain2. oh ibu. wujud lagi ke orang macam tu dalam dunia? bunyik dia macam perfect sangat2! takut saya mendengarnya. lalalalala~ tapi tak mustahil kan? takpe2. nak dapat yang macam tu, banyak yang kena ubah. nak yang macam tu, kena jadik macam tu dulu. waaahhhh. sikit punya belit ayat niyh! :) suka hati lah jari yang menaip ni. otak putus fius dah rasanya.

hehe. takpe2. belajar dulu pandai2. nanti dah jadi orang kaya, dah boleh senangkan ibu denga ayah, baru fikir kahwin. boleh? :)) saya pun kecil comel lagi nak fikir2 kahwin ni. kenapa aku perasan cakap aku kecik lagi? sebab aku memang macam budak kecik yang comel2 lagi tu haaa. tak matang langsung. lari2 dengan adik2 rebut2 nak salam ayah before ayah pergi kerja, nak attend mana2 majlis pun still tanya ibu baju mana yang nak pakai, masak pun tak pandai lagi, dengan pemalasnya, dan baaaaaaaaanyaak lagi. haaaa...... itu ada gaya macam orang yang dah besar dan matang dan dah boleh kahwin kah?? tak kan? orang gila je nak kahwin dengan orang macam ni. :p hehe. memang lah macam best kahwin ni. tapi lagi best sekarang ni rasanya. mari enjoy hidup bujang! :) oh yea! couple dengan kahwin tak sama yea. sila note itu. :)

p/s : bukan tak mahu kahwin yea rakan2. kahwin kan macam kita sempurnakan agama kita, Islam. cuma mungkin nanti2 lah. bukan dalam masa terdekat ini. banyak lagi yang nak dicari.

SALAM~

2.12.10

hye korang!(perasan macam ramai sangat orang baca blog aku) ehehh. suka hati lah kan? :p aku baru perasan, sejak 2 menjak ni, aku tidur tak lena ohh. boleh kata setiap jam aku terjaga. kenapa? aku pun tak tahu. bila fikir2, dari masuk gombak lagi dah jadi macam tuu. kenapa? you know gombak. hectic macam tak cukup tanah aku berjalan. padahal gombak itu dinasour! hehehehe. tak sabar nak jalan2 dekat gombak untuk gugurkan lemak2. ok. tiba2 geli sendiri. hehe. back to the topic, tak lena tidur. kenapa? padahal, dulu aku adalah manusia yang akan tidur macam tak nak bangun dah. letak je kepala atas bantal, jalan. ala2 nobita gituu. sekarang pun masih. tapi nobita takde bangun tengah2 malam setiap satu jam kan? haihh. macam mana ni? penat tau tidur terbangun2 ni. :( i need my beautiful sleep back!!! apakah puncanya? faktor usia mungkin? hehehe. but hey! i'm not that old okay. baru 20 tahun dan beberapa hari. :p tak tahu laah. puas carik cara untuk dapat tidur lena yang indah. tapi memang jarang lah dapat. kalau dapat, indah gilaa. mungkin Allah dah tarik nikmat tu balik sekejap sebab dulu aku kerja tidur je memanjang? eheh. mungkin. sekarang pun dah bangun pagi awal. pukul 8 awal lah kan? kalau dulu. na'uzubillah. pukul 12 pun kadang2 tak bangun lagi. betullah. faktor usia mungkin. ahakss! tapi takpe. bangun tengah2 malam pergi check semua orang ok ke tak, bagus jugak kan? sementara masih bercuti ni. hehehe. ohh. beberapa hari je lagi tinggal. kenapa kau kena ada encik perkhemahan? malas tau enggak? hehehe. mesti tak best nanti. tengok laa. i'm not joining this camping with my close friends. ini camping random kawan2. tapi ada suriyana ok lah kott. tengok je lah nanti. duhh. gtg. sakit perut!

SALAM~

30.11.10

yea I nak kahwin dengan orang kaya. tapi siapa yang tak nak? :))

akibat kebosanan yang melampau, semua movie lama2 yang best2 yang ada dalam laptop ni, diselongkar dengan jayanya. dan aku terpandang satu movie ni. pisau cukur. ohh. cerita ni sangat best!! tak kan pernah bosan tengok walau berulang ulang ulang ulang kali ok! aku yakin kalau siapa2 yang tengok akan cakap macam ni. eheh. even orang yang tak berapa nak suka tengok cerita melayu pun mengakui ke'best'an cerita ini. aku lagi lah. siap tengok cerita ni dekat panggung lagi. hahhh. walaupun unplanned, tapi tak menyesal langsung bayar tiket okay! :)) antara ayat yang paling aku suka , "yea I nak kahwin dengan orang kaya. tapi siapa yang tak nak?" eheh. sampai mati aku suka ayat niii.. :)) dan juga itu mamat baru sangat comel ohh..


he's so cute dalam movie ni. character, mimik muka.
terbaik lah! :))



SALAM~

29.11.10

hindustan

hari ini khatam tengok satu movie yang aku rasa best sangat. yes. itu cerita hindustan. cerita hindustan mana yang aku cakap tak best kan? tapi yang ni serious best selepas cerita2 hindustan yang best yang lain. heee. :)

tajuk : Rab Ne Bana De Jodi.
hero : Shah Rukh Khan.
heroin : tak kenal dan malas nak kenalkan. tapi dia pandai lah jugak berlakon dan dia cantik yang natural. :)

malas nak cerita panjang2. tapi nak bagitahu main point yang aku rasa sangat penting dalam cerita ni lah. :) kita tak perlu berkahwin dengan yang orang yang kita sayang atau sayang kita. copp. bukan2. maksudnya, macam kalau dalam cerita tuu, SRK memang dah fall in love dgn perempuan tu masa mula2 dia nampak perempuan tu lagi. tapi perempuan tu sayang orang lain. masa perempuan tu nak kahwin, calon pengantin lelaki ni mati, accident. nak dijadikan cerita, SRK ni lah yg kene kahwin dgn perempuan ni. wasiat ayah perempuan ni. terang jelas dan nyata kan perempuan tu tak sayang husband dia punn. tapi husband dia sayang gila2 lah. orang nerd, yg tak pernah tahu apa itu cinta, bila dah sayang orang, mcm tuu lah hasilnya. how he respect his wife, tak payah cakap lah. dia tahu wife dia tak ready dan sangat sedih. sangat memahami gituu. dia sanggup buat apa je untuk tengok wife dia happy. sangat sedih cerita ni sebenarnya. sampai satu masa tu, dia create another character yang dia agak2 wife dia ni suka macam yang diorang selalu tengok movie sama2. asalnya character yg diwujudkan ni untuk surprise wife dia je. tapi cerita dia jadi panjang meleret2 sampai dia boleh guna new character yg dia sendiri wujudkan tu untuk tahu siapa yang wife dia sayang. orang macam mana yang wife dia happy dan nak habiskan hidup sama2. sangat sedih wooo. tak senang nak convince orang yang kita sayang dia with less action and whatsoever. macam kalau pasangan2 bercinta sekarang buat lah kan? bagi itu ini semua. dengan dia yang nerd gila2 tu kan. usaha yang dia buat tuu, sangat berharga di mata aku. and of course in a very special way. lagu dia pun cakap his love is sweet,soft and slow. tapi, WORTH! dan cerita ini bagitahu juga, jangan pernah letak diri kita dalam sedih yang melampau lama2. nanti kita tak nampak bahagia yang ada depan mata. dan bukan orang hensem/cantik/kaya/pandai yang dicari semata. kalau dalam Islam, yang penting agamanya. dan kalau nak tambah, yang boleh dan mampu sayang kita sepenuh hati dan dia akan jaga kita sama macam mana kita akan jaga dia. errmmm. apa lagi yea? korang tengok lah sendiri yea? bukan mahu promote, tapi tengok lah untuk suka2. isi masa lapang dan ambil point mana yang penting dan berfaedah.

:)


SALAM~

26.11.10

mr badang VS mr jellyfish! :)


okay. to be honest ; YES, I MISS YOU.


gila tak? susah sangat3 kott untuk membiasakan diri hidup tanpa orang yang kita dah biasa dengan. sangat susah. sumpah. pernah lalu benda ni dulu. pernah rasa yang lagi teruk. tapi untuk yang keberapa kalinya, still aku tak kuat. dan rasanya ini yang paling sakit. paling tak kuat. dan paling macam orang gila. walaupun semuanya sentiasa berjaya dikawal, tapi still, sakit kat dalam rasanya takde siapa yang boleh faham and memang terang2 lah tak nampak kan? orang akan cakap aku sangat okay dan tak ada apa2 masalah pun. tapi deep inside? phewww~ tak terkata. i am a good pretender. or boleh cakap,tepat lagi,pelakon yang baik lah. sebab aku memang hebat bab2 tunjuk muka bahagia depan semua orang. hahahahaha. tanya lah orang dalam rumah ni. rasanya diorang takkan comment apa2. :) saya memang hebat!! :p aku pun musykil kadang2 kenapa aku macam ala2 kuat tapi tak kuat gitu. maksudnya, ada satu2 masa yang aku kuat gila2 kalah mr badang, ada satu masa yang aku lembik gila2 macam mr jellyfish. hehehe. ini masa2 kritikal aku yang sangat2 tak kuat lah ni. mr jellyfish dah kembali! eheh. kuat bila sedar yang Allah tengah bagitahu apa yang terbaik. kuat bila tahu yang doa aku Allah dengar. kuat bila perasan kalau macam ni, dosa tak de lah bertambah banyak.so, lagi bagus. kuat bila ada family and kawan2 yang sentiasa menghiburkan hati. mereka adalah orang yang tak akan pernah meninggalkan saya. for sure! :) kuat bila ingat yang Allah tak pernah mungkiri janji untuk hamba2Nya. kuat bila tahu mr time tengah usaha kuat2 tolong saya dapatkan apa yang saya mintak and of course, dengan izin Allah. kuat dan sangat kuat untuk semua ini! tapi kan, saya ni manusia biasa. manusia yang sangat rapuh dengan pendirian sendiri. manusia yang selalu lupa apa yang lagi penting dan lagi perlu dalam hidup dia. manusia yang tak sempurna lah senang cerita. jadi, akan ada masa2 kritikal aku yang aku akan bertukar jadi jellyfish! eheh. malas nak tulis bila masanya yang aku tak kuat. sebab banyak sangat. and biar lah aku je yang tahu. so that nanti musuh2 aku kat luar sana takde lah tahu apa kelemahan aku. biar diorang tahu kekuatan aku je. hehehe. so nanti diorang usaha nak beat aku kan? insyaAllah diorang akan jadi lagi baik daripada aku!! heeeee. :) *suka2!*

untuk mr you-know-who-you-are, kalau awak baca entry ni, sila abaikan eyh? saya tulis saja nak lepas apa yang saya rasa. saya kuat. mampu lagi bertahan. dan insyaAllah sampai bila2 kat sini je bertahan. sebab dalam apa2 keadaan pun, saya memang akan selalu jadi defender. awak tahu itu dan sila ingat okay? ini bukti yang saya selalu cakap kat awak saya kuat. :) jangan risau. kuat tu takkan hilang.


betul lah orang cakap, kalau luahkan, at least, kita sedikit tenang.
SALAM~

24.11.10

heyy. aku bukan tak suka kau. aku bukan tak sayang kau. tapi aku tak suka tengok kau buat perangai entah hape2 kau tuh. kau faham tak? kau ingat kau buat macam tu orang makin tambah suka dekat kau ke? aku memang tak suka orang yang tak pernah reti nak faham orang lain ni. ikut suka kau je nak buat apa kan? semua kau je yang betul kan? bila aku tegur, kau tarik muka, kau berambus pergi tempat lain. kau ingat perangai kau tu bagus sangat ke? kalau aku tak tegur kau langsung boleh tak? kau tak kan mati kan kalau takde aku? so kau hidup je lah dengan manusia2 lain dalam dunia ni. kalau kau carik aku lagi lepas ni, siap lah kau. aku kan bukan siapa2 dalam hidup kau. kalau la kau menyusahkan aku satu hari nanti, siap lah kau. aku akan ungkit satu2 perangai kau yg macam apa je tuh. aku tak pernah rasa aku marah orang sampai tahap ni ohh. nak mencarut pun ringan je mulut aku ni. kau memang. suka menyusahkan hidup aku.

21.11.10

jangan jadi tak stabil boleh? please please please. ni sampai dah gaya alif satar nyanyi lagu jangan nakal dah ni. hehehe. penat merayu dengan diri sendiri supaya jadi kuat. kuat! itu mesti! bukan harus lagi dah. :p cuti ni sumpah makan banyak. kalau orang lain,diorang sedih ke, stress ke, diorang akan kurang makan kan? ada yang sampai kene paksa2 makan. nak2 yang memang patah hati gila2. result exam teruk ke, kucing mati ke. aku ni, masalah paling utama adalah bosan. lagi bosan lagi aku makan. makan makan makan dan makan tak berhenti2. masalah gila. berat kalau naik lagi melampau2 lah pre obes bmi aku. haaa. macama mana? ada sesiapa ada idea untuk bagi aku tips untuk tak makan? agagagagaga. sumpah stress ohh. sekarang ni, kalau aku punya kuasa, aku nak mintak sebiji kereta, nak pandai drive, dan bawak kereta non-stop pergi mana2 je tempat yang aku nak pergi. waaaaaaahhh~ itu macam sangat best dan menarik dan semua2 lah. nak duduk dalam kereta sorang2 je. oh ya! kereta tu tak boleh nak rosak2 ke, habis2 minyak ke apa eyh. kereta tu kene cool je ikut kehendak hati aku. hehe. tak kira lah kereta biasa2 aje pown. jangan kereta buruk tak boleh bergerak langsung sudah. oh mungkin juga bukan kereta sorong. kikikikikiki. sangat tak betul kan? huhu. tu lah. dah cakap tadi. bila mana masa yang ada hanya digunakan untuk makan makan makan dan makan, memang inilah hasilnya. dan juga bila2 semakin kuat aku nak usaha untuk jadi sestabil yang boleh, ini jugak lah jadinya. :p saya insan kuat! hehehehehehehe perasan banyak oo ini amoi najwa farhana. :p suka hati lah. :p

haihhh~

terasa cuti dah nak habis. aku kene lapor diri awal ohh. awal seminggu(plus minus lah) daripada orang2 yang lain. sebab apa? sebab ada camping! arrrgggghhhhh. bosan. so that means, aku ada 15 hari lagi untuk bercuti. ada baiknya sebab :

  • lagi panjang cuti, lagi berat aku.
  • aku dah bosan gila duduk rumah.
  • lagi?
tak baiknya sebab:

  • cuti habis, dekat gombak penat+stress+emo=x suka.
  • tak boleh suka hati aku nak tengok cerita apa.
  • on9 lagi lah. jangan mimpi! macam mana mahu check result?
  • tak boleh makan sedap2.
hehehehe. so kesimpulannya? paham2 lah yea? :)

tak de mood tiba2 nak sambung tulis.bye!

18.11.10

17 nov

semalam hari jadi saya~ dan semalam juga ialah hari yang penuh dengan air mata dan makanan. hehehe. jangan risau. air mata itu bukan air mata sia-sia okay? :) cuma sedikit menitik air mata di pagi raya bila salam ayah dan peluk ayah, ayah bisik, "happy birthday". tak tahu kenapa. tapi rasa macam sayu sangat peluk ayah. lama kot dah tak peluk ayah. ayah, rindu! :) pusing2 salam semua orang sebab ramai gila kat rumah atuk, sampai turn ibu. berdebar sudah. tahu mesti menitik lagi lah cecair itu. huhu. ayat ibu pulak, "happy birthday akak. dah bertukar jadi nombor dua dah umur akak yang kat depan tu. dah besar anak ibu. ibu sedih." sejujurnya, aku tak tahu apa yang sedih. apa yang ibu nak sampaikan pun aku tak faham. mungkin juga takut tersalah faham. tapi hati dan mata punya connection memang terbaik, dan terus menangis aku kat situ.

sememangnya rasa hari jadi yang ke-20 semalam memberi banyak kesan. terasa ia satu turning point yang Allah nak tunjuk untuk jadi lagi baik. jauh lagi baik daripada apa yang ada sebelum ini. tekad dengan azam memang tinggi lah dalam diri kan. tapi bukan untuk ditulis kat sini. :) biar aku je yang tahu apa yang aku perjuangkan untuk jadi jauuuhhh lagi baik daripada sebelum2 ini. :) dan untuk rakan2 yang msg dan post dekat fb untuk wish birthday aku, terima kasih banyak2! ingatan dan doa yang korang bagi untuk aku,Allah je yang mampu balas. :)


Ju, kalau aku diberi pilihan untuk selamatkan nyawa aku atau nyawa kau, aku akan pilih untuk selamatkan nyawa kau. Kenapa? Sebab kau adalah kawan yang tak pernah tinggalkan aku daripada sekolah sampai sekarang. Agak2 aku susah, aku msg kau. Agak2 aku nak berpisau cukur, aku cari kau. Kau jugak kawan yang tak tarik aku ke arah keburukan. In fact, kau bagi aku inspirasi untuk membataskan pergaulan antara aku dengan lelaki. Ju, dalam banyak2 doa aku, Tuhan dengan jelasnya dah makbulkan satu doa;panjangkan umur kau. So... HAPPY 20th BIRTHDAY MY BESTIE. ((: - ira syaqira

Allah. aku baca msg ni lepas msg ayah aku. msg ayah aku dah mmg terbaik kan. tak mampu aku nak share dekat sini. dapat msg ira, bengkak mata aku bangun tengah2 malam tu. dan untuk kau ira, terima kasih. tak tahu nak cakap macam mana lagi terima kasih. aku sayang kau. dan nampak tak apa yang aku besarkan dalam msg ira tuh? itu membuat aku teringat,dulu2 ada antara kawan2 aku pernah tanya aku, "najwa,siapa best friend kau?" aku macam terkedu sekejap sebab masa tu memang aku tak tahu nak jawab apa. aku pernah ada kawan baik dulu. dulu. satu ketika dulu. dan sejarah tentang cerita2 persahabatan aku ni memang banyak dan macam2. aku tak nak sebut. lama aku fikir, then aku jawab. "buat masa ni, aku tak rasa aku ada kawan baik. aku ramai kawan. memang ramai. tapi takde satu yang betul2 kawan baik aku. takde siapa pun yang pernah tahu semua benda dalam hidup aku melainkan diri aku sendiri." kawan aku tu tersenyap je. heee. tak ingat lah tapinye siapa yang tanya. tapi, hari semalam, aku sedar. aku ada kawan baik aku, cik ira syaqira :) thanksssssssssssss mak cik! :)

dan untuk kawan2 lain, jangan terasa yea? anda juga merupakan kawan2 baik saya. tak nak lah sebut satu2. sebab rasanya, ada yang blushing menyorok bawah katil nanti. hehehe. :) anda2 semua juga adalah antara sumber kekuatan saya. anda semua memang terbaik lah! :) saya sayang anda semua! :)

p/s : maaf entry sedikit lari. :)

p/s 2 : semalam memang makan banyak. banyak gila. nasi minyak+ayam masak merah+pulut kuning+rendang ayam+kuah kacang+kari ayam+kari tulang+ketupat pulut+lemang+sup tulang+soto+kek buah+nasi impit fuuhhh. memang terbaik! :)

SALAM~

16.11.10

mood


(1)
:'(




(2)
it's supposed to be like this ayte?


(3)
will you?

(4)
i do :'(

(5)
this is soooo true. all the hellos will end with a very terrific goodbyes.
ohh how i hate goodbyes.
(6)
WAIT or GIVE UP?





p/s : current mood

SALAM~


15.11.10

untuk kamu

saya belajar satu benda baru hari ini. perempuan sangat kuat. kuat yang hanya boleh disebut sebagai undefined. infinity. tak kira apa yang jadi, perempuan akan jadi yang paling kuat tak kira macam mana sakit pun dia. orang tak kan tahu sakit dia macam mana sebab dia je yang rasa. untuk lelaki2 yang membaca, jangan lah buang masa korang untuk sakitkan hati perempuan. usaha lah macam mana pun. korang tak kan pernah berjaya. sebab perempuan sangat kuat. kalau tak kenapa dalam dunia ni ada ibu tunggal sahaja? bukan ayah tunggal? hentikan lah usaha korang untuk menyakiti hati perempuan. betulkan niat,turn back to Allah dan jalankan tanggungjawab korang yang dicipta sebagai ketua untuk semua dengan cara yang paling lembut. bukan cara yang menyakitkan. korang tak pernah ada hak nak sakitkan makhluk ciptaan Allah yang lain. lagi2 korang dicipta untuk melindungi dan membimbing.


p/s : maaf sedikit emo.


SALAM~

camne nak benci sumone? huhu.

hishhh...tak baik lah benci orang..nanti kita pun orang benci..so,kesimpulannya jgn benci orang!hehehe..takde cara untuk benci orang daripada saya..maaf.. :))

ask ask ask

how to forget sumone dat u love in just a few days?

aiseyh..soalan nak maut jeee...nak lupa in af ew days memang tak lah kan..tanya lah siapa pun dlm dunia..xde punya...tapi x mustahil..mr time akan tolong with Allah's help..sibukkan diri is cara yang paling berkesan..then apa2 pun jadi,turn back to Him..ini tak senang..tapi at least berkesan..harus kuat! :)

ask ask ask

14.11.10

TQ


ini kek hari jadi saya yang ke-20. terima kasih.
saya lapar. sekejap lagi baru saya update okay? sementara itu,sila jawab soalan ini. :)

21.10.10

hectic !

hello semua! aku baru balik dari quiz electric circuit. fuuhhhh. memang terbaik lah kan. jawab quiz macam jawab apa je. minggu ni sumpah hectic gilaaa. hahahaha. terbaik! najwa farhana memang terbaik! heeeee. okay2. let's review apa yang jadi minggu ni okay?

hari isnin takde apa2 yang berlaku. kelas berjalan seperti biasa. dan hey, final semakin menghampiri. so konon2 poyo lah study kan? hehehe.


selasa ; final CAD
!! haaaaa. ini part yang agak menarik lah. when you come to the final examination without any preparation, what do you expect for your result? haihh. tak serik2. semua orang pon tahu kalau tak usaha, confirm lah tak dapat kan? ok. kalau cerita drawing, CAD boleh cakap lagi. boleh tibai ikut suka hati tangan lagi nak tekan macam mana maouse tu bagi ada gambar and dimension semua. so, aku pon buat lah exam dengan tangan yang menggigil2. buat drawing, memang tangan akan menggigil dengan sendirinya x kisah lah pensil atau mouse tu yang akan bergetar2. hahaha. parkinson? tidak lah. nervous! hahaha. final CAD takdelah berjaya sangat. tapi lulus itu mungkin! hahaha. tunggu drawing yang pakai pensel 31 ni lah. tengok muka aku pucat tak keluar dewan tuh. hehehe. padahal nak majoring manufacturing ni. itu subject utama kowt besides static and dynamics. hesh. najwa2. then pergi makan kat kaed dan nampak lagi manusia itu. hahahahahahahaha. gelak je mampu. plus, geleng kepala. muka tak bersalah langsung! manusia2. tak terkata apa dah. ok2. enough. fullstop. then dah kenyang, pergi derma darah dekat masjid. lama gila beratur kot! dushh. ada pulak manusia yang tak berperangai macam yang dia pakai. adoi. sabar je lah. dan macam biasa lah. darah saya senang je penuh dalam plastik tu. hahaha. terlebih darah lah katakan. baik kita derma! :p dan beramah mesra dengan satu foreigner ni. dia suka gila cakap masyaAllah tau. sangat seronok borak dengan dia walaupon sekejap je. ada satu ayat dia yang tak boleh blah, "All the engineers here are very2 generous." hahaha. sebab apa keluar ayat ni. sebab dia tanya aku kuliyyah apa. hehehehe. uia pakai kuliyyah instead of faculty. :) yeaaahhhh!! kami mmg engineer yang baik! hahahaha. then pergi kelas ec. malam ada meeting. lambat balik + lapar. balik meeting, pukul 12 lebih baru buat homework yang melambak + kene study untuk quiz static petang rabu. fuuhhh. menarik!

rabu ; tak pergi kelas ungs sebab kono2 mahu study. tapi taakk pown. hahaha. faham2 lah najwa farhana kan? mmg pemal
as tahap tak ingat. tidur je sepanjang2 tu. gila tak? tasmi' pon tak. haishh. dan KASUT HILANG!!hilang okaaaayyyyyy~ kasut tu kalau kira2, baru pakai 4 kali. baru beli minggu lepas2. sedih tak? dah lah kasut tu ayah aku yang belanja. kasut tu pon aku sangat suka sebab cantik+selesa+murah. :'( tak terkata bila tau kasut tu hilang. bagitau ibu, respond dia senang je. "no comment" ala2 artis gitu tak? hahaha... bagitau ayah, "padan muka..he he he :P " , itu yang dia kata. adoi. redha je lah kan? hahaha..esok mahu report dekat MO. tadi lupa. :) dah2. malas nak cakap pasal kasut hilang ni lagi dah. malam ada kelas drawing. penat gila. balik pergi tasmi', menapak naik tingkat 4 blok G mahallah asma'. untuk hafal 2 hadith je. haishh. balik bilik kene study untuk quiz ec hari khamis. plus tasmi' al-Furqan. phewwww~

khamis
; ada quiz ec pukul 2. pukul satu kena pergi jumpa kak fasiha dekat masjid untuk tasmi'. pagi tak study langsung. tasmi' pon tak. duduk je tercongok macam orang gila dekat bilik. pasang lagu kuat2. nyanyi2 macam orang gila. otw nak pergi tasmi' baru hafal satu hadith. sampai2 kat masjid, baca hadith, then baru hafal 4 ayat je Furqan. see? dalam beberapa minit tu aku boleh hafal sebanyak tu. kalau aku usaha dari awal? tak ke penuh markah tasmi' aku? shesh~ teruk betul. tak usaha, tak dapat lah. haihhhh. kalau usaha mesti boleh. Allah pon ada untuk tolong orang yang berusaha SAHAJA! haissshh. penat mengeluh memikirkan ketidakmaintainan diri untuk keep on usaha untuk berjaya. macam mana nak jadi engineer berjaya? :( nasib baik kakak itu baik. aku hafal 5 ayat je, then dia suruh baca the rest. baik kan? :) terima kasih kak! sorry sebab menyusahkan akak. hehehehehe. quiz?tak yah cerita. tutor macam apa je. kalah lecturer kot. selalu nye dr. musse yang jaga quiz kitorang. tak menggelabah macam kau pon lah! dah kene duduk selang2 kan? kerusi tak cukup. kitorang dtg lambat sebab pergi tasmi' lama gila as ni hari last, dan tak dapat lah seat. mmg setiap kali quiz akan ada yang duduk kat lantai bawah kat belakang. fine lah. sekali kertas soalan tak cukup. satu soalan, kongsi 3 orang. macam mana lah tak duduk rapat2? kalau duduk jauh2, macam mana nak nampak soalan tu la sengaaaaaallllll. haaaaaaaaa. bengang gila aku. pastu pergi tulis soalan kat depan. dekat white board yang memang kotor dan itu soalan circuit okay. tak nampak langsung nilai capacitor kau tu. plus, kitorang duduk belakang sekali dekat bawah;atas lantai; kau ingat nampak ke??? duduk tengah2 atas kerusi pown belum tentu lagi clear circuit yang kau tulis kat depan tuuuu. nak tak nak memang kitorang buat bodo je la share soalan yang satu tu. poyos! nak kata2 kitorang tengok kertas each other pulak. kitorang tengok kertas soalan la weyh. haihhh. geram aku. susah gila bila ada orang kerek macam ni. haaaa. geram aku! dengan tak selesanya nak jawab kat bawah tu. gila!

pheeewww
~~panjang gila kan?cerita seminggu. hehehehe. aku nak post jugak. biar lah panjang pown. :p masalah hati, jiwa, raga, bakul, minda, dan semua2 tak include lagi ni. nanti la bila2 rasa mahu tulis, aku tulis. nak kene pergi belajar calculus. exam tak lama. tak start apa2 lagi. minggu ni nak balik sebab birthday ibu isnin tu. projek CAD baru nak start esok. haru betul lah jadi budak degree ni. ibu selalu kata, " alaaaaaa. degree kan far2 away lagi senang. tak payah risau. " tak payah risau banyak lah ibu. ibu tak ambik degree dekat UIA dan jugak bukan ambik kos ENGINEERING. ini sangat tough. dan nak menyesuaikan diri lagi. kitorang memang terabur gila2 kat sini. masih berusaha menyusun segala2nya untuk jadi okay dan normal macam dulu2 dan biasa2. pray for us, budak2 engineering okay? hehehehe. terima kasih! :)

sumpah penat.
SALAM~

20.10.10

kuat!

there will be the time
when people just don’t want you anymore,
they’ll leave you
and
won’t talk to you anymore.
you’ll have to stay STRONG and continue living.
because that’s life.


kuat itu perlu!
:)


18.10.10

kuat najwa kuat! yeaahh~~ jangan kalah! hehehehe. najwa farhana kan kuat? teruskan usaha untuk kuat. Allah ada. :) sekarang, sila fokus okay? sekejap je. lepas tu kau nak meroyan ke apa ke, suka hati lah. :)) sekarang mari tengok jadual final!

19/10 - CAD
23/10 - study circle 1
31/10 - drawing & ungs
2/11 - electric circuit
4/11 - calculus 1
7/11 - statics

malas nak letak waktu. pray for me yea rakan2? result midterm teruk. kene fight macam orang gila ni. orang lain semua okay je result. aku je huru hara. haihh la. apa nak jadi entah. tapi, sempat lagi ni. sempat2. akan diketepikan semua yang ada kat depan kecuali stduy dan buku! hoooyeeaaaahhh!! hahaha. gila sebentar. satu yang aku ingat dari kem motivasi mana entah yang aku pernah attend, "Never Never Never Never Never Never Never Give Up!" . memang. Allah kan ada untuk tolong hamba Dia yang tak berhenti2 usaha? so rakan2, marilah bersama2 berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! :)) all the best!

SALAM~

17.10.10

hello mr final ! :)

terbaik!!tak kurang 2 minggu je lagi final dan najwa farhana boleh lagi tadi pergi berjalan2 tak tentu macam orang gila takde hala tujuan. kepala memang takde dekat dunia nyata lah kan sampai nak kene langgar dengan teksi bagai. nasib baik pak cik teksi tu tak marah. kalau tak free2 kene maki. and berapa kali entah hari ni asyik kene cakap dekat orang, "sorry!" , sebab terlanggar. duhh~ kronik ni. kenapakah? inilah keadaan bila nak final. semua final aku dari start kat cfs lagi. mesti berterabur baik punya lah keadaan. huru hara! ada je benda yang menguji. orang lain kene handle paper final je yang berlambak2 tu. aku? ada extra homework okaayyy~ haihh. how meyh? like seriously. ada sape2 nak offer aku class 'How To Control Your Emotion' ? i need one by now. tak cukup nafas rasa fikir benda2 ni. tolonglah berlalu dengan baik encik final. kamu selalu datang dengan extra saudara. kenapa? rumah saya kecik je untuk ramai2 lawat dalam satu masa. kang terpecah2 kang. tak terlayan saya semua. ikut turn okay? please.


p/s : berjaya release sedikit selepas berjalan2 satu hari.
itu untuk hari ini.
esok?
lusa?
dan hari2 yang seterusnya?
let Him decides. :)
saya kan kuat?
perlu! harus! mesti!

SALAM~

16.10.10

the thoughts of losing you sangat kuat.
sangat kuat.
this is not my first time.
i can read what will happen next.
kenapa?
sebab "Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha." ke?
kuat!
it's a must!

12.10.10


A
llah memang selalu ada untuk tolong kan?

kenapa dah berbulan2 lalu jalan yang sama, pergi musolla yang sama setiap hari isnin sampai rabu, baru tadi nampak banyak benda yang menyedarkan diri sendiri apa yang perlu dibuat? Allah. memang Allah Maha Mengetahui segala2nya. Allah Maha Mendengar. kalau tak,masakan all this while yang aku tak tadah tangan berdoa, Dia tak tunjuk? sebab Dia tak dengar aku mintak. simple kan equation Allah buat? tak mintak = tak dapat. banyak gila words yang aku nampak sepanjang aku jalan nak pergi musolla, sampai lah ke kelas ec. nak balik pon still nampak. see? Allah dah tunjuk. tinggal aku je nak ambik step yang patut. sekarang berdoa pulak untuk kuat. kuat buat keputusan. kuat lawan diri sendiri. tak senang nak buat benda baik. tak senang nak jadik baik. tapi benda2 baik yang tak senang nak buat ni, kalau usaha sungguh2, with Allah's will and mr time punya pertolongan, insyaAllah boleh. dan hasilnya nanti mesti sangat best. mesti! sebab benda baik, yang Allah suka, mesti Allah redha. rakan2. doakan saya yea? mr blog pon. lagi lah wajib doakan saya! :) luas dah jalan yang Allah buka dan tunjuk. tapi kekuatan masih belum datang. ohh encik kuat. sila datang jadi kawan baik saya boleh? saya alu2kan kedatangan awak! :)


saya takut nak buat benda ni. takut tak kuat. takut tak mampu. takut orang kata berlagak nak jadik baik, padahal tak. takut orang kata benda baik ni tak kekal lama saya buat,nanti saya buat jahat jugak. takut semua2. tapi, ada ayat tadi yang tulis, if u said, "i am scared" , Allah replied, "I am here for you". ini buat saya rasa apa2 pon jadi, saya ada Dia to return to. percayalah. setiap kali kita pusing kepala kita untuk cari orang untuk dikongsikan masalah yang ada, dan di saat itu kita tak nampak siapa2, ingat, dalam hati kita, kita ada Allah. so, jom sama2 tadah tangan and berdoa banyak2 dekat Allah! kak fasiha kata, Allah ada sifat malu. Dia akan malu kalau tak makbulkan apa yang hamba-Nya minta. lagi2 kalau kita doa tak henti2, tak putus2, dengan penuh pengharapan. :)

oklah. mahu asar. dah pukul 6 lebih! macam mana nak jadi baik ni? :p

SALAM~

11.10.10

arrgghhhh!! mengantok! lately ni mengalami masalah tidur yang melampau! tidur tak lena kowt.. haishhh~~ sikit2 terjaga. sikit2 terbangon. letih tahu tak? kenapakah encik mata? awak ada apa2 masalah dengan saya ke? :( be nice to me okay? final is just around the corner. nanti waktu2 tak boleh nak tidur banyak2, mula lah kau sebok nak tidur banyak2. terencat namanya tuh! haihhh~ walaupun otak berfikir pasal baaaaaaanyaaaaakkk benda, sila berehat pada waktu yang disarankan okay? kitaran hidup terasa sangat tak normal sekarang. tidur pukul 2, bangun pukul 4. lepas subuh, tidur 1 jam. bangon, x boleh tidur dah. kelas sampai petang. dalam kelas, mengantok. malam x boleh nak buat kerja. nak tidur je tahu. GILA!! nak jawab apa periksa nanti??? duhhhh~

i'm letting you go

lama gila dah mahu tulis post ini. cuma baru hari ini berkesempatan. tajuk sepertinya menarik kan? tak. ini cuma sebahagian kenangan yang dah lama dilepaskan dan saja2 nak simpan kat sini. :)

untuk pak cik yang saya nak cerita ni,saya tau awak takkan baca. so, bagi org lain baca je lah yea? :) i have to admit,kenal dengan awak bukan satu kesalahan dan jugak bukan satu benda yang perlu disesalkan. Allah dah tentukan yang terbaik kan? terima kasih untuk semua yang pernah ada antara kita. banyak benda yang saya belajar daripada pak cik. banyak. terima kasih. dan harus diakui, pak cik yang pertama. susah nak lupakan dan lepaskan yang pertama. saya bukan dumbledore. lagi2 bila pak cik seems perfect di mata saya. :p tapi saya kena lah kan? move on is the best way. mr time dah tolong. Allah pon dah tolong. sekarang saya nak tolong diri saya sendiri. :) banyak kali dah Allah tunjuk apa yang baik untuk saya lupakan pak cik. saya dah nampak banyak kali. dan saya dah decide habis2, saya lepaskan awak. :) bukan senang. tak mudah. tapi Alhamdulillah. saya mampu. semoga pak cik bahagia dengan kehidupan baru! banyak persoalan dah terjawab. cuma satu je lagi. what is the true reason? itu sahaja! lambat laun mesti terjawab jugak kan? Allah ada. :)



sejarah dengan pak cik,xkan tertulis dekat sini.
biar saya je yang tahu okay?


saya just nak cakap, i'm letting you go.

SALAM~


7.10.10

unstable

saya rindu kawan2 sekolah saya. yang boleh pelok saya tanpa segan silu bila saya menangis tak berhenti2. zerra, alin, adzrin, yana, eby, echa, dan raaaaaaaaaamaaaaaiiiiiiiii lagi. dan juga membuat saya teringat seseorang. serious,ini masa kritikal yang kedua dalam sem ni. gombak sangat menguji ketahanan mental dan fizikal. dan air mata. please? jangan lah keluar sekarang. i need my mata untuk focus on study for my final lab test pagi esok. tolong? saya memang sangat tak stabil. tapi please? sabtu dan ahad masih ada untuk kau keluar. i don't even start the first experiment yet. tak cukup lagi ke semalam? Allah. berat sangat rasa dalam hati ni. nak sangat return back to Him. only He knows the best kan? saya tak suka buat pilihan. saya tak pandai buat pilihan. saya tak nak buat pilihan. encik pilihan. kenapa selalu jadi macam ni dengan saya? tak boleh ke ambik dua2? tamak sangat eyh? saya tak nak mengeluh. tapi saya ada blog ni je sekarang untuk kongsi semua2. saya dah biasa sorang2. walaupun dulu dah pernah ada orang ajar macam mana nak kongsi rasa dengan orang lain. tapi bila orang tu hilang, skills nak berkongsi tu pon hilang. and i don't think that it'll come back. isn't it's better for me to trust myself more than others? biarlah orang nak kata berahsia pon. memang itu maksud nama saya. NAJWA = bisikan RAHSIA. memang sakit simpan sorang2. tapi lagi sakit kalau kita nak share dengan orang, orang tu tak membantu langsung. menambah berat dalam hati dan dada lagi adalah. baik pilih sakit sendiri sorang2 diam2. sekurang kurangnya, diri sendiri yang sengal degil pendam sorang2. ohhhh. saya rindu kawan2 saya. kawan2 yang selalu ada bila saya susah dan senang. saya tak ramai kawan yang macam ni. ini hari emo sedunia. dear blog, thanx for always being there for me. saya sedikit lega sekarang. mari angkat tangan and doa banyak2 kat Allah bagi saya kuat kuat kuat dan kuat. thanks people!

p/s : saya masih mengalami masalah nak kawal emosi. :(
ada tak kelas untuk tangani masalah emosi macam ni?
saya nak jadi orang first yang register!

SALAM~

6.10.10

banyak yang mahu dikongsikan..tggu free yea? :)

18.9.10

di kala xde buat apa2,masa selalu dihabiskan dengan membaca artikel2 mahupun cerita2 pendek. dan hasil perkongsian rakan2,entry2 kat bawah ni semacam sangat menarik untuk dikongsikan bersama. ada 3 semuanya.

http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/837-dia-takdirmu-di-syurga-.html

http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/801-pesanan-untuk-orang-cantik.html

http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/7
99-nasihat-ibu-tentang-cinta.html

"Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha."
sangat tertarik dengan ayat ini. sangat tertarik. Allah,berikan aku kekuatan? terasa kekosongan semalam,semacam terisi dengan membaca artikel2 ni semua. ada soalan yang terjawab, ada hati yang tenang. cuma belum cukup kuat untuk keputusan itu. dah lama sangat fikir benda ni. tolonglah kuat hati. tolong. untuk sekali ini. dan nanti, i'm sure dia akan jadi lagi kuat. Bism
illahirrahmanirrahim.




SALAM~

bayangkan kalau kita kaya macam ni. tak lena tidur lah dibuatnya. sebab,bau duit sangat kuat. :p



hebat lah engineer niiii!!!this one is very2 nice okayy~


ohh baby yg comelll~~dah reti makan pakai sudu ke at this age? :p kamu memang bijak lah then! :)


inilah aktiviti di kala kebosanan.
dan mungkin juga kebingungan ?

SALAM~
sangat tidak suka perasaan ini. perasaan yang tak pasti dan tak tahu nak kena buat apa. saya memang tak pandai nak decide benda. tapi still kene decide. dan untuk decide,harus sangat kuat. bagaimanakah itu?





gamba ini tak ada kena mengena dengan situasi sekarang. tapi,sangat tertarik dengan ayat itu.

SALAM~

15.9.10

perempuan dan shopping...owh yeaahhh!!mmg tak dapat nak dipisahkan..letak lah aku kat dalam mana2 shopping complex..takkan mati punya...tapi kene ada duit lah of course!hahahahaha...

dan tadi pergi shopping lagi...walaupown dah habis raya!hahahaha...ada je cara dan alasan untuk habiskan duit kan?haihhh...tapi takdelah banyak mana pon habis...lagipon tadi niat nak carik hadiah harijadi adinda2 tercinta.....aci je kan kalau hadiah tu suruh diorang pilih sendiri and aku bayar?hadiah lah jugak kan?heeee....tapi nasib lah bila ada adik yang cerewet gila nak hadiah yang aku pilih senyap2,bungkus cantik2 and bagi kat dia...mati2 dia xnak pilih apa2 tadi...sebab nak aku jugak yang beli tanpa dia tahu apa benda,and bungkus and bagi kat dia...ala2 surprise gituu...hantu lah...orang nak bagi hadiah pon kira ok dah kan?kan?kan?kang aku beli yang 50 sen je kang,ade yang nangis tak berlaguu...baru tau!eeeee!!geram tiba2...sebab macam nak kene carik jugak(which aku sangat tak pandai nak pilih hadiah) dan xtau bila lagi nak carik!wahai adik2 ku sayang...akak beli je apa2 okayy??redha je lah...suruh pilih tadi xnak...kalau akak x reti pilih,xde hadiah lah korang...okayy?hahahaha...padan muka!

14.9.10

"missing Ramadhan already"
masih tersentuh dengan ayat ini..
tak mampu nak get rid maksud di sebalik ayat yang selalu sangat kedengaran kat telinga lately ni..
macam mana??
maksudnya tak move on lagi ke?
tak kan?
kenangan is kenangan..
saya bukan dumbledore~

13.9.10

raya = kahwin ???

terbaik lah kan kalau nak kahwin time2 orang sibuk2 nak beraya..tak2..ni bukan pasal orang yang nak kahwin masa hari raya..ni pasal lain..pasal aku yang berfikir banyak benda masa raya ni..dan salah satunya,kahwin!!ohh2..sangat teruja bila tengok pasangan2 yang dah berumah tangga ni..serious!tak payah tengok jauh lah..sedara mara,pak cik mak cik,cousin semua..adoii...menggugat keimanan sungguh...macam diorang sangat2 bahagia okay!copp..yelah...kalau kahwin dengan orang yang kita sayang memang lah bahagia kan...kalau kahwin dengan orang yang kita x pernah sayang?nanti sayang jugak kan...kalau kahwin dengan orang yang kita selalu benci?nanti jadi sayang jugak...orang selalu cakap...jangan benci2 sangat orang tu...nanti dia lah yang paling awak sayang...hahahaha....actually,semua ni Allah yang tentukan... :p kan kan kann?? :)

back to the topic...sangat bahagia kan kahwin?ada orang teman..ada orang guide...ada orang tolong jaga...ada orang kejut kalau nak sahur...ada orang ambik dekat mahallah ruqayyah yang jauh gila dari kuliyyah engine tuh....ada orang tanya sihat ke tak...kalau demam,ada orang hantar pergi klinik...raya,dapat duit raya lebih...oohh2...yang paling penting,semua ni halal lah antara pasangan tuh..owhh..indah2! -blink2!-
heeee....angan2 yang indah!tapi berangan kan free...x payah bayar..n takde sape nak marah.... :p

ini blog saya..so suka hati saya lah nak berangan ke ape.. :p

btw,ni nak cerita pasal insiden2 yang sweet bagi aku pasal org2 yang dah kahwin ni...tak tengok jauh pon..ni semua yang berlaku depan dan tepi anak mata sendiri..bila drive,wife duduk sebelah suami,teman for the whole journey...even duduk je kat sebelah and letak tangan atas peha suami pown,itu dah sweet bagi aku...sebab dengan tu je,suami dah mampu untuk celik dengan jayanya tanpa mengantuk dan drive safely sampai destinasi yang nak dituju!belum teman borak,picit2,bagi makanan etc...lagi, bila sampai pagi raya,boleh pakaikan samping untuk suami!yeahh...itu sangat indah okayyhh...kalau orang barat pakaikan tie untuk husband dia pagi2 sebelum pergi kerja dan kita semua rasa sweeeeettt,aku rasa pakaikan samping untuk suami pagi raya lagi sweeeeeeeeettttttttt... :p lelaki sangat handsome bila pakai baju melayu sepasang+samping+songkok+butang baju!! :) aku akan cair dengan serta merta! oh yea!hari tu pergi pavi dgn rakan2 tercinta,nampak lelaki pakai baju melayu sepasang+samping pada hari khamis...itu sangat charming okaayyhhh...seriously!!tak kira lah tu sebab dia kerja ke,ada function ke...tapi dia mampu mencuri mata ramai orang and aku respect lah!tak senang nak nampak anak melayu pakai samping lengkap... :) lagi2,when it comes to pasal tolong masak kat dapur..oohhh2...suami saya harus,wajib,mesti,kena selalu tolong saya kat dapur!!!sebabnya,saya x pandai masak dan tak rajin nak masak!!dan sangat sweet kalau lelaki tu willingly tolong wife dia masak sebab percayalah,tak ramai lelaki nak buat housechore.. :) abg andy dah dapat anak..ibu kata,wife dia bunting pelamin..and abang andy kata,x sempat dia nak bayar fitrah untuk 2 orang...terus kene bayar 3!hahahaha....anak yang Allah kurniakan tu pon macam satu keindahan yang ada dlm marriage...tak2.bukan macam.memang!heee.....mak ngah pon dah ada baby...ayah long dengan umi farina pown dah ada baby...saya??hahahaha...berangan2...it's free kan? :p

banyak lagi yang sweeeeeeeeeeetttttttttt...tapi tak reti nak cerita satu2 dekat sini....walaupon apa yang aku cakap ni macam kecik je bagi korang,tapi inilah yang macam aku nampak indahnye sesebuah perkahwinan tuu...die macam kita lengkapkan each other...yelah...Rasulullah pon cakap, bernikah tu menyempurnakan agama kita...tapi still lah..kene kuat untuk face ape pown cabaran dan dugaan,tau responsibility masing2,and semua kene buat ikut syariat agama lah...apa2 pon,kita kene refer and turn balik pada pegangan agama kita...insyaAllah,bahagia kat sini dengan kat sana... :)



sumpah nak kahwin!!!
SALAM~

to all my friendsssss


faham kan ayat ni?tak payah di explain kan? :)
love you all guys! :)

10.9.10

-untitled-

sentiasa mahu tulis banyak benda...

tapi tak tahu macam mana...

sebab dia sentiasa banyak...

any idea??

:'(

5.9.10




awak..
saya mintak maaf..
:(

30.8.10

kamu

forget who hurt you yesterday, but don't forget who loves you tenderly today.

:)

29.8.10

saya manusia PANJANG!!!

omg omg omg! hahahaha...post ini terhasil ilham daripada hari sabtu(semalam) bila pergi buat spec baru which sebenarnya takde dalam plan ponn..hahaha...kesian je ibu...habis rm 500 untuk spec kami bertiga!!kami memang suka habiskan duit ibu!heeee....berbalik kepada tajuk post...saya manusia panjang!!!am i?yes yes yes! i am...duhhh...semalam,completely rasa tak normal..hehehehe....bila buat spec,da siap2 test power sume,uncle kedai tu datang balik kat aku (masa ni kitorang tengah duduk2 tunggu omel test mata dia),suruh aku tgok satu pen....then dia ukur mata aku...apa yang dia ukur ponn aku xtau masa tuh..heee...then dia tanya,mana spec yang aku pilih....dan dgn sedihnye,die cakap aku kene pilih spec lain... :(( sebab spec yang aku pilih tu x cukup panjang untuk mata aku...uncle tu kata,mata aku x narrow macam orang lain..masa ni,terasa macam ayam!sebab dulu2 belajar,ayam mata kat tepi...heeee..ayam??dah lah memang aku suka sebut ayam...kebetulankah?ngeee....then ibu tanya,berapa jarak antara dua mata aku tu...uncle tu jawab,72 mm..normal people,yang dia selalu buat spec,around 62-66 je...72 paling panjang yang dia pernah jumpa!gila tak??dan memang ibu kata,aku dilahirkan panjang..ayat first keluar dari mulut doktor yang sambut aku tu,panjang baby girl nih..49 cm..panjang ke?yang ni aku xtau la pulak berapa normal baby yang lahir punya panjang..hahahaha..dan kalau nak cakap pasal kasut,x habis cerita lah...sangat susah nak carik saiz kasut..tapi tu dulu la...sekarang senang sedikit...tapi still susah...heeee...lagi,pergi tempah baju kurung raya,tailot tu ukur tangan,nasib baik dia xde sakit jantung...kalau ada agaknya jalan dah...dia kata,x pernah lagi jumpa client dia ukuran tangan dia panjang macam aku...pecah rekod babe!!hahahaha...aku x ingat berapa...tapi mmg panjang lah kot..sebab mula2 dia macam x percaya tu ukuran tangan aku...2 3 kali jugak lah dia ukur...last2 dia senyum je sendiri and cakap, "panjang betul tangan anak cikgu(ibu aku) ni"...dan aku,nak cakap apa lagi?memang dah aku dilahirkan macam ni kan? :)) nak cakap pasal tinggi??x perlu..aku tau dah kenapa Allah bagi aku tinggi macam ni..sebab Dia tak nak aku selalu rasa inferior kalau2 aku gemok.. :) Allah tu Maha Adil kan? :) dan aku tau aku special!bukan x normal! :)

post yang sgt mengarot kan?
suka hati lah! :p

SALAM~

23.8.10

midsem

cuak cuak cuak! ni gila punya cuak..this week dah start exam dah..and progress study?hampeh jeee....tak sentuh apa2 pon lagi...gila takk??adusss...nak kene start ni...dan target hari ini,pukul 9.15 nak stop online dan study circuit...masih belum dapat bercinta dengan circuit sepenuhnya...duuhh..dan tak tau lah kenapa mata ni asyik nak terpejam je...like seriously...tido tido tido dan tido!suasana damai yang tak terkira ni,betul2 menguji keimanan dan ketahanan mata...tapi,cuba suruh main game?laju je,semangat je..mmg teruk lah najwa farhana ni!adoiii...ok2...mari tgok jadual exam aku yea kawan2?

  • 29/08/2010 : calculus 1
  • 01/09/2010 : elctric circuit
  • 21/09/2010 : engineering drawing
  • 22/09/2010 : ungas
  • 24/09/2010 : static
sebulan tau exam aku!memang terbaik lah!heee...dan aku x start apa2 pon lagi...9.15 ni insyaAllah!!semangat2!!itu sangat penting!kene selalu usaha dan tak boleh jemu untuk berjaya..jangan putus asa,jangan give up dan segala macam jangan...kalau penat,kene fikir,4 tahun akan datang lagi akan penat kalau tak study betul2 sekarang..aku kene berjaya untuk diri sendiri,untuk hidup aku nanti..aku nak jadi orang yang berjaya!ibu pon selalu kata , "Apa yang akak belajar sekarang ni,untuk masa depan akak,hidup akak..bukan untuk ibu or orang lain..ibu dah ada duit pencen nanti..jangan risau nak tanggung ibu ke apa..insyaAllah cukup duit ibu..tapi untuk ibu je lah...takkan sampai besar pon ibu nak kene tanggung lagi?" yess ibu!itu sangat betol!apa lagi?mari belajar! :))


p/s : sayasayangibusaya!

SALAM~

21.8.10

kita susah nak hargai org masa dia ada dgn kita :(

selalu dgr kan ayat ni?sangat memang..aku terasa sangat sekarang..and aku nak post something pasal benda ni..

dulu,kat cfs,aku satu bilik dengan sorg mak cik yang sangat comel dan suka menggedik..dari aku mula2 masuk cfs,sampai aku grad..mak cik sorang ni lah roomate tetap aku..masa first sem,aku dgn dia actually ada 2 lagi romates..tapi dua2 kelua uia..soarng masuk maktab,sorang dapat scholar under jpa..so tinggal lah kitorang berdua..tgah2 first sem,kitorang kene tukar bilik lain..level 8..sumpah bilik tu best!view sgt cantik!hari2 tgok penthouse n berangan tu rumah kitorang..dok sebelah2... :)) tp still,dgn mak cik ni lah...2nd sem and short sem,kitorg kene tukar mahallah aisyah..jauh gila nak mam ok!!kitorang pown apply untuk satu bilik...sekali tu,dapat satu bilik dgn lagi 4 org lain..sbb dekat ac (aisyah college),satu bilik boleh muat 8 org..tp die letak 6 org je satu bilik..sebab sgt kecik!!gila apa nak letak muat2?bilik ni ada 2 compartment..aku,anis dgn mak cik ni satu compartment lah kirenye..compartment sebelah ; nabila,jiha dgn su...dekat ac ni,mcm2 jadik..dan manusia dua ornag ni lah yang banyak menyaksikan segala2nya...but still,mak cik sorg tu jugak yang tahu semua benda..macam biasa lah,kalau aku x menggedik dgn kau,aku nak menggedik dgn sape lagi weyh??macam sekarang lah...sumpah x reti nak menggedik dgn org lain...2 tahun kowt...haihhhh...

masuk 2nd year,kitorg kene pindah balik kc(khadijah college)..ni la part yg pling best kat uia...tiap2 sem kitorg pindah bilik...jdik org nomad...hahahaha...tapi bila pk2 balik,best sebenarnya....time2 kemas2,tgkap2 gamba sume...rindu oohhh!then dekat bilik baru kat kc ni,kitorg dpt bilik 2 org lagi sekali!!!mmg apply 2 org je pown..and expect akan dapat roomate lain,which kitorang x kesah asalkan kitorg sama2 lagi...tp dah mmg mahallah office nak bg peluang kitorg gedik2 dua org je kan?nak buat macam mana...hahahahaha...kat bilik ni,kitorg duduk sampai grad... :) n lagi lah macam2 nye dlm bilik ni...setahon tuh...

and for now,aku x satu bilik dah dgn mak cik ni... :( as kitorg x dpt satu mahallah dekat uia gombak... :(( sgt terasa dgn ketidakadaan mak cik sorg ni...sgt susah aku nak menggedik2,nak merengek2... :((( dan bila sangat x stabil,aku mesti nak kene cari kau...haihhh...dan ini sgt buat aku sedar,aku x betol2 hargai kau masa aku selalu ada kau dulu...untuk tu,aku mintak maaf sangat2...banyak je salah yang aku buat 2 tahun satu bilik dgn kau...

  1. selalu emo mcm org gila.
  2. susah nak bangun tido sampai kau kene mintak tolong nadya ketuk pintu bilik(ni masa first sem).
  3. selalu balik weekend and tinggal kau sorang2 kat bilik.
  4. selalu panggil kau gedik(walaupown kau memang gedik! :p )
  5. selalu kene dgr aku merengek pasal benda2 yg x betol.
  6. selalu marah2.
  7. selalu x jadik roomate yang baik :(

dan kau,sangat memberi erti dalam hidup aku sebenarnye..banyak kau buat untuk aku kan?

  1. kau roomate yg sangat baik!dan mmg hakikat kau mmg baik.. :)
  2. selalu nasihat aku macam2.
  3. selalu ajar aku.
  4. selalu bg aku mknn and air mineral.
  5. selalu ada dgn aku bila aku macam nak gila dah tension.
  6. selalu dgr cerita aku yg bukan2 tu.(kau tahu apa aku ckp ni)
  7. dan bg aku,kau akan tetap selalu pgg tittle roomate terbaik dlm dunia!
aku tau post ni emo sgt..sbb aku mmg tgah emo gila2 tahap x ingat and aku terfikir kau sorang je ni...sebab bila aku nak bercerita,aku nak bercerita dgn kau,kau xde,dan aku akan terfikir macam2 benda yang x baik aku pernah buat kat kau...aku mintak maaf sangat2...aku mmg x baik..InsyaAllah lepas ni aku akn jadi lagi baik..thanx for everything weyh..x terluah dgn kata2...and actually before cuti hari tu,aku mmg nak belikan kau something,tapi aku x tau kenapa ada je benda yang menghalang..and kalau aku ada bagi apa2 pon,x boleh nak bayar balik benda2 yang kau dah banyak buat untuk aku..

dan untuk cik AQILAH ABDUL KHALID, aku sayang kau sampai bila2 weyh..aku mmg suka emo n sensitif macam ni kan?tapi serious aku x tipu kau,ni klimaks...dgr cerita kau dgn roomate2 baru kau pown,aku sedih..sabar lah yea??ada hikmah kenapa kita x satu bilik dah..apa yang aku boleh harap sekarang,kita akan kawan sampai2 bila2..dan kalau ada yang kau terasa dgn aku,maafkanlah aku...aku x sedar sangat2 apa yang aku dah buat dulu...for now,kau kene sgt kuat ok??aku doakan kau akan jauh lagi bahagia drpd apa yang kau pernah rasa dulu..jangan kalah!!kau deserve better..percayalah cakap aku.. :)

aku dan kau..
baju je kembar sekejap.. :)

dan kenapalah time2 macam ni nak kene keluar lagu yang kau suka?
jangan lah kejam playlist!
p/s : aku berjaya x menangis ok masa tulis post ni.. :p

SALAM~

19.8.10

x tahu

lama gila x update blog!!heee...so since dah boleh online dekat bilik tercinta ni,aku update lah banyak benda yang dah lama nak update,tapi x berkesempatan.. :)

currently,dekat uia gombak..and for hari ni,kelas pukul 2 petang sahaja!saya sgt benci jadual first sem ni!x best x best x best!jumaat ada kelas smpai pukul 4 ; x boleh nak balik awal.. :( tp act bila dah jadi budak degreee ni,sangat x sempat nak balik rumah..banyak gila kerja yang macam x kan habis selagi x dapat A lah senang cerita..static,circuit,calculus,lab..semua ada bahagian masing2..tak senang nak jadi engineer okay..heeeee...jadi apa yang senang?kawen?naaaaa....ibu kata,kawen lagi susah..heeeee...tapi ibu ccol je!macam x susah pon...wink2..stop pasal kawen...

dah 7 mggu kat sini,x terasa macam 7 minggu..rasa macam sebulan je baru..entah..cepat gila masa berlalu..next week midsem...sgt cuak dgn ec!ohh2...sumpah x faham apa2 kat kelas....dan setiap kali nak bukak buku ec n study,setiap kali tu jugak lah ada je perkara2 yang akan mengganggu plan aku nak bercinta dengan ec!duhh..bagaimana ni??kene berguru lah nampak gayanya..ada sapa2 yang boleh offer nak jadi tok guru tak?sape2?i really need help!! :(

dan sepanjang 7 mggu kat uia ni,macam2 benda alah jadi..semua menguji kesabaran mental dan fizikal ok..like seriously!x tipu..x bohong..malas nak listkan sebab semua org pon masing2 ada banyak benda yang nak difikirkan...kenapa mesti nak tambah beban dekat orang lain kan?bak kata kak fasiha(fasi sc aku) ; kalau kita hidup dekat dunia ni dengan berbakti dekat org lain,insyaAllah,hidup kita jadik jauh lagi senang..tu satu point dr cerita dia...banyak sangat point2 lain..nanti kalau aku ada masa,aku cerita post khas ok? :)




objective x tercapai..lain yang aku nak post,lain yang aku taip..
dan currentlly ; sgt sedih dan terasa.
dan tengah2 tulis,tiba2 macam nak stop macam tu je...
sorry guys..
next time mungkin..



SALAM~

5.7.10

last day!

wohooo...beberapa minit lagi nak masuk 6 july!tiiiiiiiidaaakkkk!!serious malas gila nak masuk gombak..walaupon dulu2 aku lah yang beria2 gila nak masuk cepat...sebab dah lama gila cuti..ngeng!!belum masuk dah ada fikiran negative kah?gila betul!okay2..


ni baru habis packing semua..tinggal few stuff yang masih ingin digunakan malam ini dan pagi esok..satgi mahu pergi iron baju..selamat tinggal rumah!kalau taaruf smpai jumaat je,sabtu boleh lah ikut mereka semua balik kampung!sumpah lama gila dah x balik kampung!rindu semua~~doakan aku boleh balik kampung tau!aku x nak kene tinggal!nak ikut!hehehe...gila kanak2! :))


gombak,here i come!


p/s : selepas ini mungkin saya tidak seaktif ini mengonlinekan diri :(
laptop pon x bawak during taaruf..
takut kene culik! :p


SALAM~

4.7.10

look out point

hari ini dan esok.then bermula lah satu fasa baru dalam hidup aku.okay.ini ayat skema!hahahaha


memang x best langsung bila dah tau nak kene terima hakikat yang 2 hari je lagi nak kene masuk gombak and struggle untuk dapat dgree dalam tangan..dan menghabiskan masa2 terakhir kat rumah sebenarnya sangat menyentuh hati..bila hari2 aiman dengan ibu cakap je memanjang apa2 kemungkinan kalau aku xde..yang pasti,their routine akan berubah gila2 lah..esp aiman..of course dia yang paling terkesan..hari2 asyik sebut je,x kasik aku balik gombak..hadoi lah aiman..mana boleh akak x masok gombak..nak kerja apa kalau x sambung belajar?4 tahun je..dan gombak dgn cheras takdelah jaoh mana :)) nanti akan ku berusaha untuk balik sekerap mungkin okay?don't be sad lah mok! :p


dan tadi kitorg pergi kenduri kawen staff office sekolah ibu..dekat pekan batu 18..dan perjalanan,sangat best okay!lama gila x rasa lalu jalan kg..sejuk,pemandangan yang menenangkan,sgt cooooooooooolllll..dan semua org keep on ckp, "kan best kalau ada rumah satu kat sini" , "bangun pagi boleh terjun terus sungai as sungai ada dekat belakang rumah je!", "bestnye orang tu,petik je rambutan kat pokok kalau nak makan" dan macam2 lagi..dan itu membuatkan aku berazam,untuk belajar rajin2 n buatkan satu rumah kayu dekat area2 kampung yang ada sungai belakang rumah,pokok rambutan n durian jugak sebab kitorang hantu 2 buah ni!tunggu akak banyak duit okay ibu?ayah?aiman?omel? :))


gemok gemok gemok!



ni lagi gemok kan?hahahaha..inilah omel!n beg kuning kecik tu,kitorg dapat gula2! :)
masih kanak2 kan kami? :pp



dan inilah aiman..asyik2 nak merengek sebab lagi satu hari je aku nk masuk gombak..chill lah budak! :p



then kitorang blik selepas kenyang makan lauk yang sangat banyak dan sedap!~part ni ibu suka sebab dia x payah masak!~heeee....then kitorg ajak ayah pergi menara tinjau..since dah lama ibu janji tapi x terpergi2 sebab x sempat..dah satu jalan kan?so,sampai traffic light,ayah belok lah kanan! :) yeayy!!



ayah yang mengantuk + kepenatan!tapi still melayan anak2 dia :))
love u ayah!



bandaraya kuala lumpur..malam mesti lagi cantik kan?


merenung masa depan :)


kami! :))



itu sahaja untuk hari ini..btw,masa dekat menara tinjau ni,sejuk sangat2!mata macam nak tertutup dekat situ jugak!hahahaha...best2!mungkin jugak baru lpas hujan masa tu..dan sempat berbangga sekejap sebab orang kat situ cakap,owner dia org melayu! :)) bangga lah kalau anak melayu boleh bangunkan tempat2 rekreasi macam ni... :) sgt tenang ada kat atas tu..kinda therapy sebelom aku masuk gombak lah! :)



oh ya..link ini sgt menyentuh kalbu! :)


SALAM~

small =)

again,a small thing gives a big impact!! :))

http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/07/walau-sebesar-zarah.html#more

baca lah article ini..comel! :))

3.7.10

chantek ? :)

Lirik/Tajuk Lagu: Chantek (Cantik)
Penyanyi: Altimet feat. Adeep Fabulous Cats

Papap parap..

Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apa kata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Chantek…
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka.. Di jiwa..

Ohh chantek…
Sungguh aku cinta kamu

Dia..
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga..

Dia..
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka

Dia..
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa..

Dia..
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya..

Dia..
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab lima waktunya..

Dia..
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek..
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman.. Mekar…

Chantek…
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka.. Di jiwa…

Oohhh chantekk..
Sungguh aku cinta kamu

Aku..
Melihat kita bersama di hari tua

Dia..
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa

Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu

Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahnya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Chantek..
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman.. Mekar…

Chantek…
Dirimu buatku tertarik..
Menghilang segala prasangka.. Di jiwa…

Ohh chantek…
Sungguh aku cinta kamu…


tiba2 bila dengar lagu dalam playlist laptop semalam,terdengar lagu ni..dan teringat cik fateyn kmz..sebab dia pernah cakap dia suka lagu ni..tapi serious lagu ni best kan?dia macam membayangkan perempuan ni sangat perfect..walaupon sume org tahu xde org yang perfect...tapi sekurang2nya kita dapat jadi someone better kan?mari jadi seperti CHANTEK!! :))


SALAM~