29.5.12

tangan, baju kurung dan dot dot dot

Assalamualaikum ! :)

di saat boleh tahan ramai jugak kawan2 aku yang dah habis exam, aku baru settle dengan 2 paper. still got 3 to go. and next paper ni, sangat mencabar. sebabnya 4 bulan aku pergi kelas, itu pun ada yang pergi ada yang tak pergi, KOSONG. dah boleh nyanyi lagu Najwa Latif dah dekat sini. tapi takpe lah. aku still ada 4 hari untuk cover dia. buahahahahaha. so ironic kan? 4 months syllabus need to be covered in 4 days. that's explain why engineering students are awesome! hehehehe

alright. aku baru habis 2 paper kan? paper tadi adalah paper menulis yang panjang2 tu. essay lah maksud dia. dan disebabkan aku tak pergi last class tu, aku tak tahu pun boleh jawab dalam bentuk point. hahahahaha. padan lah dengan muka kan. dan sekarang, aku mengalami masalah sakit tangan yang melampau. 2 jam tak berhenti menulis weyh. menaip ni pun lembab lah jugak sebab kadang2 terasa jugak sakit dia. dan malam ni, aku confirm and sure 100% yang aku akan menangis bila nak tidur. sebab paper haritu pun samaaaaaa. 2 jam setengah menulis non-stop memang membuatkan aku menangis teresak2 nak tidur weyh. so, sila berlari sekarang carik minyak panas siap2 letak sebelah katil. @_@ masalah jugak kalau semua benda pun nak tulis sepanjang exam eyh?

jangan terpedaya. bukan lah maksudnya aku jawab cemerlang gila soalan2 exam aku tu. cumanya, trying to give the best shot. ibu aku selalu pesan, "BUAT YANG TERBAIK." it's that simple kan? :)

aku ada baca satu link ni. comel. senyum sorang2 aku baca. tadi sebenarnya nak copy paste. tapi tak boleh lah pulak. so korang try lah bukak and baca. confirm tersenyum2 punya korang! :p yang paling lebar buat aku senyum is ayat ni.

'Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali.'

it's more more and more safe to wear baju kurung when we are out there. people will much2 more respect you for what you're wearing. sebagai pelajar UIA yang sangat lah dedikasi dengan dress code, aku memang selalu bangga keluar pakai baju kurung. bagi aku, tu bukan satu masalah. janji, tutup aurat. :)

mode : seronok bila teringat ada 4 baju kurung dah tempah untuk raya. hehehehe. kau hadaaaa? :p

p/s : actually nak post lain tadi. ni dah melalut ke lain pulak. it's okay :) janji apa yang aku tulis ni at least bagi sedikit input untuk orang lain. :))

SALAM~

24.5.12

Sepetang

Assalamualaikum ! :)

updated ! :)


ini hasil daripada kerja2 pengubahsuaian yang dilakukan lepas bangun dari tidur yang tak sudah2 dari semalam lagi. kenapa? sebab kepala berpusing macam mesin basuh rasanya. pening dia, Na'uzubillah. jangan lah kena dekat orang lain. pening sangat2. semalam, as early as 10.30, selamat dah aku tidur. pagi tadi bangun pergi kelas motor yang sangat lah disappointing, then balik makan and tidur jugak lagi. sekarang ni baru okay sikit. malam ni memang kena pulun lah. dah burn sehari kot. terganggu sedikit plan sendiri. tapi ye lah. kita merancang, Allah menentukan kan? :) be grateful. He knows the best for this. 

p/s : imy.

SALAM~

22.5.12

booster

Assalamualaikum :)

ini sebenarnya proses nak cari mood nak start bukak buku, study. exam mood weyh. ahad ni paper. pastu ada lagi lah. sebelum apa2, baik lah aku membebel dulu. hahahaha.

hari ni sangat sejuk. perasan tak? bumi Gombak ni segar basah dituruni hujan. hari ni jugak 1 Rejab. Alhamdulillah and syabas buat semua yang berjaya puasa. kita kuat kan? ramai jugak lagi umat Islam yang masih kuat. insyaAllah. doa banyak2 dekat Allah mintak kekuatan tu dilipatkaligandakan and maintain je tip top macam tu. okay? :)

sejujurnya, aku takut dengan apa yang aku dah susun. kalau2 Allah tak izinkan semua berjalan dengan lancar, aku takut aku jadi orang yang paling kecewa dalam dunia. tapi takpe lah. kecewa dekat dunia takpe lagi. jangan kecewa dekat sana. ye dak?

just don't cry. :)

Allah sentiasa tahu apa yang paling sangat sungguh terbaik untuk setiap hambaNya. have faith in Him. if you ever feel alone, He'll always be with you. jom angkat tangan ramai2, baca ayat ni, sebagai doa.

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku." 
(20 : 25-26)

alright. time's up! still have 8 chapters to be covered and 4 other subjects and bla3. and oh yes. saya ada test motor rabu minggu depan. hebat tak? hahahaha. tadi pun gigil2 bawak. titi ke mana, cone ke mana. waaaa. okay2. stop membebel dah. bye2! :)

p/s : saya, Najwa Farhana, nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada salah dan silap. doakan saya senang faham, ingat dan amalkan apa yang saya belajar. doakan saya berjaya ye kawan2. terima kasih ! :)

SALAM~


Amanah

Assalamualaikum ! :)

tajuk serious gila kan? hahahaha. pelik lah tu kalau Najwa Farhana buat post serious2. tapi rasanya tak salah kalau share benda yang berguna sikit. kan? :)

sekarang budak UIA tengah bergelut dengan final exam. budak U lain pun busy dengan assignment and projek masing2. budak2 sekolah tengah struggle habiskan exam before cuti sekolah. dan boleh kata semua orang pun busy.

tapi.

lagi baik busy daripada bosan.
lagi baik tak duduk diam buat kerja berfaedah, tunaikan tanggungjawab daripada duduk menadah siling.
kan?

:)

.workspace.
~gambartakdekaitan~


Amanah is benda yang paling besar dan paling berat yang kita kadang2 tak sedar boleh tarik kita masuk neraka kalau kita main2 dengan dia. InsyaAllah. kalau niat kita betul, Lillahi Ta'ala, semua urusan jadi mudah. so dear friends, jangan rasa terbeban or susah nak jadi amanah dan bertanggungjawab dengan kehidupan yang kita dah pilih. kalau dah setuju nak commit, commit betul2. jangan main2 dengan tanggungjawab yang dah kita setuju nak pikul. sama lah macam tanggungjawab as Khalifah atas muka Bumi ni yang kita dah sedia nak pikul masa Allah tanya dari dalam rahim ibu kita lagi.

ini reminder untuk diri sendiri dan semua :))

hasil perkongsian dengan rakan tadi. TERIMA KASIH :)

SALAM~

18.5.12

Assalamualaikum! :)

aku mengantuk gila sebenarnya ni. tak tidur lagi sebab nak kena jugak siapkan report yang kena hantar esok before Solat Jumaat. kenapa tak buat pagi? sebab aku ada kelas. now tengah ambik mood.

fuuhh. lega weyh. sangat lega. at least, ada jugak orang yang aku boleh cerita. walaupun dia dengar je, aku appreciate gila2. thank you so much kawan! :)) saya mintak maaf. saya memang suka bercerita. lepaskan apa yang  aku rasa kat dalam dada. kalau tak, aku boleh explode weyh. kena belajar serah semua bulat2 dekat Allah. Allah kan Maha Mendengar. takde lah kita burden orang lain dengan masalah kita. yes. i do talk a lot. kena banyak 'cakap' dengan Allah lagi lah lepas ni. :)

DOA adalah senjata utama seorang Muslim. DOA adalah wireless connection kita dengan Allah. DOA adalah ubat yang paling mujarab. DOA adalah penguat yang paling hebat. the power of DOA is beyond human nature. just raise up your hand and DO PRAY. just jangan lupa :)

SALAM~

17.5.12

Assalamualaikum ! :)

jam IKEA di dinding ni menunjukkan pukul 3:05 pagi. and I don't know what I'm doing here, tak tidur lagi. well. biological clock berubah, again. terganggu teruk kot jam biologi aku ni. kalau before this aku jenis yang malam tidur awal. awal gila lah. pukul 10,11 tu memang dah lelap lah. pukul 4,5 bangun terkejut2 siapkan semua kerja, study for quizzes and macam2 lagi lah. tapi sekarang terbalik. tidur pukul 3,4. bangun pukul 6,7. petang confirm aku pengsan berjam2 lamanya. sampai apa pun yang jadi, memang tak sedar. kalau ada runtuhan ke apa, memang aku selamat lah dalam tidur aku yang indah tu. so, sila jangan lupa mengucap sebelum tidur. hahaha.

okay. pointless. I have to admit that my ability to choose a proper and right word shaded away with time. it's maybe because of lack of reading and yang paling penting, memang selalu je ketandusan idea nak post apa dekat blog kesayangan ni. there are too many to be told, yet, too little time and idea to express it. i'm a bad writer then.

actually, nak siapkan lab report. the final one babe. sebab rasa macam esok lepas lab test nak keluar pergi mana2 jalan2 and ponteng tuto maths. muahahahahaha.

indahnya perasaan makan Kyros niiiiii :)

seronok gila kalau dapat keluar, tengok movie, jalan2 cuci mata, then berhenti makan. maaannn. lama gila aku tak keluar macam ni weyh. seriously. sem ni, gambar atas ni lah yang last. bila? masa keluar tengok ombak rindu. itu last weyh. lepas tu takde dah. weekdays memang busy lah. weekend kalau tak ada program, mesti balik. tapi banyaknya ada program. i need time for myself. :|

and final is just around the corner. pukul 4 petang satgi aku ada final lab test. baca apa pun tak habis lagi ni. okay2. stop membebel. bye2! 

p/s : aci tak walau tak siap lab report lagi, aku keluar jugak? hahahahahahahahahaha.
SALAM~

1.5.12

truly hero

Assalamualaikum !

hari ni hari cuti untuk semua pekerja. bukan pelajar. that explain why I have to sit at my table and work out to finish 170+ slides for quiz tomorrow. well. kalau nak belajar tu, memang tak patut ada cuti. every second of our life is a learning process. so, bear with it :) eh. salah2. ikhlaskan hati :)

yes. saya stranded dekat UIA masa hari cuti macam ni. actually semalam Ayah ada call. right before Maghrib. "esok cuti kan? nak balik tak? kalau nak balik, Ayah nak datang ambik ni." :)))  senyum lebar2 walaupun Ayah tak nampak. "errr. tak kot Ayah. akak ada 2 quiz esok. dengan hafazan lagi." :((( and aku pun end up tak balik.

untung kan ada Ayah penyayang macam ni? He is. dia adalah Ayah yang paling cool dalam dunia. haritu pun, dia yang notice aku demam. aku tak sedar pun. walaupun dia adalah Ayah yang paling garang dalam dunia(jugak), but he is truly my hero. sebab in real life, Superman tak wujud kan? hehehehe. walaupun aku admit lah, Superman aku yang sorang ni, sangat garang. over protective. but then, semua sebab dia over sayang aku kan?

 King of My Heart

tengok tu. senyum pun payah Hero sorang ni. hehehe. sorry lah guys. macam2 mana pun, korang takkan boleh beat dia punyaaaa :p

actually tak plan for this post for him. tapi takpe lah. I Love You Ayah! :-*

SALAM~

17.4.12

everything was first , E1MAS'12

Assalamualaikum. :)

sedikit lega dapat bernafas secara normal semula. sungguh, jantung sihat sem ni. hehehehe

aku memang dah start busy daripada last sem lagi bila coincidentally aku dapat 2 mandat besar. satu, Assistant Head of Public Relation(PR) Bureau untuk program E1MAS. dua, Assistant Head of Research and Development(RnD) Bureau untuk STEADFAST CLUB. yang macam kelakar pun ada, Head aku untuk dua2 ni adalah Deqby. hahaha. weyh Deqby. bosan weyh asyik dapat msg drpd kau.! hahahaha :p


tapi untuk post kali ni, aku nak cerita pasal E1MAS je :)


ini first program anak angkat/community service yang aku join. first time tidur rumah orang lain. first time ada family angkat. first time beramah mesra dengan family angkat. first time sedih nak balik daripada program. FIRST TIME JADI PR. 

that's the point.

seriously, kerja ni berat. it's started even daripada sem lepas lagi. aku cuti sem dekat rumah, serupa macam tak cuti. buat plan semua. sebab kerja bawah biro PR ni, memang akan busy gila before program je. masa program, memang freeeeee. that's explain why gambar aku banyak gilaaaaa. sebab tak stress kerja and banyak je ruang dan masa nak menyelit depan camera Zack, Buyat, Zama, Nash, Adli dll! hahahaha. telefon memang tak lekang dari tangan. surat hari2 mintak dekat Lisa. meeting hari2 pukul satu depan Oscent dengan Deqby, Ashraf, Rahman, Naim and Shazlin. call bertalu2. tapi seronok. satisfaction dia semacam bila program yang kau buat, berjaya. aku boleh kata E1MAS ni a full success(kalaudapatmyharapan). komiti2 dia superb kot! aku yang zero tak tahu apa2 how to be a PR komiti ni, belajar banyak benda. it's seriously a new experience for me. walaupun tekanan dia sampai tahap aku nak quit tengah jalan(aku rasa ni teruk sebab aku tak pernah rasa macam tu dulu), aku teruskan jugak. well. kita dah accept tanggungjawab tu kan? takkan sebab E1MAS tak boleh masuk syurga kot? tak nak aku. Amanah. penting tu kita tunaikan. at least, kita try sehabis baik. result dia, belakang cerita. at least, lepas satu soalan dekat 'sana' nanti. :)

this is the best picture of the program. aku yang pilih lah. huahuahua

inilah Deqby. macam berjanji pulak eyh pakai baju sama ? :p
'million thanks tou you lah Deqby. this opportunity won't come if it's not from Allah through you. tqvm!'

tak ramai ada gambar ni. ni masa malam first yang kitorang pergi jalan2 before meeting :)

ini group jungle trekking saya. yang famous masuk paper banyak tuuuuu :p

hahaha. ada tak muka saya? kesian lah pulak korang jemu tengok muka aku je. this one. random.
okay2. asalnya aku dah select few pic untuk letak dekat sini. lepas tu aku tertekan butang cancel lepas tu gambar yang dah load lama2 tu semua hilang lepas tu aku geram sendiri lepas tu aku malas dah nak upload lagi. haiiiissshhh. tapi hikmah Allah kot. sebab gambar banyak gilaaaaaa. 22gb. gila kalau aku upload semua. mungkin aku buat. ikut part. kalau aku rajin. hahahaha. but then, banyak mana pun gambar yang aku upload, the memories would never be the same. di sebalik gambar2 ni, ada je cerita masing2. and ini bukan cerita Harry Potter kan gambar2 semua bercakap sendiri? hehehe. memories last. insyaAllah forever :)

eh. letih. nanti sambung.  
SALAM~

8.4.12

serve you right

Assalamualaikum.

aku ada buat status kan hari ni adalah Hari Calculus Sedunia?

 it is.
sebab semua orang exam calculus hari ni.


seriously mood nak study tahap suhu dekat Antartika. NEGATIVE. and i did spent my time for study, by sleeping all day long. gila kan? and bila semua benda macam ingat tak ingat time exam, rasa sedih dia mengalahkan rasa putus cinta. tahu tak how frustrated i am when i woke up from sleep, i can review back all the careless i did here and there in my answer sheet. s*** memang geram, sedih semua bercampur baur. Subhanallah.

tapi ini jadi macam satu pengajaran. aku memang jenis manusia yang kena fail dulu baru sedar realiti hidup. which is, BAD. seriously. i don't get it why i need to fall down to the earth's crust? kalau rebounce dia melambung2 tinggi lepas tu takpe. ni sikit je. okay. bersyukur Najwa. please bersyukur.


tulis sendiri benda ni. banyak kali baca, tak apply2 jugak lagi tak tahu lah. ni dah siap tulis dah ni. semoga aku tak ulang the same mistake over and over again. Amin.

SALAM~

25.3.12

announcement

ehem2. *ketuk2microphone* 

SAYA LULUS DRIVING TEST!!

haha. satu dunia aku nak announce. biar lah. itu satu kebanggaan. sebab dulu aku rasa orang yang pandai bawak kereta ni ajaib. there's too many things to be taken care of masa drive tu aku rasa. itu nak tengok, ini nak tengok. dan at last, aku berjaya jugak! weehoooooo~ punya lah gabra tahap tak ingat. tapi Allah tu Maha Penyayang. even aku sorang2 test tu, i mean buka dengan kawan lah, Dia turunkan dekat aku kawan2 yang hebat. yang sama2 takut and cuak and tenangkan each other dengan lawak2 diorang and care to each other. yang freely share pengalaman masing2. yang tak kedekut ilmu and yang tak sakitkan hati. i love you all! i got a lots from you guys. kita tak tahu korang lepas ke tak test hari tu. tapi whatever it is, Congrats korang! sebab berjaya jadi kawan yang hebat untuk kita. :) don't ever give up tau. esp to Fira, Laili and Kak Fazlina. :) though i know that you guys will never read this, nak tulis jugak. i appreciate you all. thank you so much!

malas nak cerita apa jadi masa test. penat. lagipun ni tengah study IC untuk paper Isnin. ecah pun dah balik bawak breakfast. so, bye2!

SALAM~