12.10.10


A
llah memang selalu ada untuk tolong kan?

kenapa dah berbulan2 lalu jalan yang sama, pergi musolla yang sama setiap hari isnin sampai rabu, baru tadi nampak banyak benda yang menyedarkan diri sendiri apa yang perlu dibuat? Allah. memang Allah Maha Mengetahui segala2nya. Allah Maha Mendengar. kalau tak,masakan all this while yang aku tak tadah tangan berdoa, Dia tak tunjuk? sebab Dia tak dengar aku mintak. simple kan equation Allah buat? tak mintak = tak dapat. banyak gila words yang aku nampak sepanjang aku jalan nak pergi musolla, sampai lah ke kelas ec. nak balik pon still nampak. see? Allah dah tunjuk. tinggal aku je nak ambik step yang patut. sekarang berdoa pulak untuk kuat. kuat buat keputusan. kuat lawan diri sendiri. tak senang nak buat benda baik. tak senang nak jadik baik. tapi benda2 baik yang tak senang nak buat ni, kalau usaha sungguh2, with Allah's will and mr time punya pertolongan, insyaAllah boleh. dan hasilnya nanti mesti sangat best. mesti! sebab benda baik, yang Allah suka, mesti Allah redha. rakan2. doakan saya yea? mr blog pon. lagi lah wajib doakan saya! :) luas dah jalan yang Allah buka dan tunjuk. tapi kekuatan masih belum datang. ohh encik kuat. sila datang jadi kawan baik saya boleh? saya alu2kan kedatangan awak! :)


saya takut nak buat benda ni. takut tak kuat. takut tak mampu. takut orang kata berlagak nak jadik baik, padahal tak. takut orang kata benda baik ni tak kekal lama saya buat,nanti saya buat jahat jugak. takut semua2. tapi, ada ayat tadi yang tulis, if u said, "i am scared" , Allah replied, "I am here for you". ini buat saya rasa apa2 pon jadi, saya ada Dia to return to. percayalah. setiap kali kita pusing kepala kita untuk cari orang untuk dikongsikan masalah yang ada, dan di saat itu kita tak nampak siapa2, ingat, dalam hati kita, kita ada Allah. so, jom sama2 tadah tangan and berdoa banyak2 dekat Allah! kak fasiha kata, Allah ada sifat malu. Dia akan malu kalau tak makbulkan apa yang hamba-Nya minta. lagi2 kalau kita doa tak henti2, tak putus2, dengan penuh pengharapan. :)

oklah. mahu asar. dah pukul 6 lebih! macam mana nak jadi baik ni? :p

SALAM~

No comments: