21.10.10

hectic !

hello semua! aku baru balik dari quiz electric circuit. fuuhhhh. memang terbaik lah kan. jawab quiz macam jawab apa je. minggu ni sumpah hectic gilaaa. hahahaha. terbaik! najwa farhana memang terbaik! heeeee. okay2. let's review apa yang jadi minggu ni okay?

hari isnin takde apa2 yang berlaku. kelas berjalan seperti biasa. dan hey, final semakin menghampiri. so konon2 poyo lah study kan? hehehe.


selasa ; final CAD
!! haaaaa. ini part yang agak menarik lah. when you come to the final examination without any preparation, what do you expect for your result? haihh. tak serik2. semua orang pon tahu kalau tak usaha, confirm lah tak dapat kan? ok. kalau cerita drawing, CAD boleh cakap lagi. boleh tibai ikut suka hati tangan lagi nak tekan macam mana maouse tu bagi ada gambar and dimension semua. so, aku pon buat lah exam dengan tangan yang menggigil2. buat drawing, memang tangan akan menggigil dengan sendirinya x kisah lah pensil atau mouse tu yang akan bergetar2. hahaha. parkinson? tidak lah. nervous! hahaha. final CAD takdelah berjaya sangat. tapi lulus itu mungkin! hahaha. tunggu drawing yang pakai pensel 31 ni lah. tengok muka aku pucat tak keluar dewan tuh. hehehe. padahal nak majoring manufacturing ni. itu subject utama kowt besides static and dynamics. hesh. najwa2. then pergi makan kat kaed dan nampak lagi manusia itu. hahahahahahahaha. gelak je mampu. plus, geleng kepala. muka tak bersalah langsung! manusia2. tak terkata apa dah. ok2. enough. fullstop. then dah kenyang, pergi derma darah dekat masjid. lama gila beratur kot! dushh. ada pulak manusia yang tak berperangai macam yang dia pakai. adoi. sabar je lah. dan macam biasa lah. darah saya senang je penuh dalam plastik tu. hahaha. terlebih darah lah katakan. baik kita derma! :p dan beramah mesra dengan satu foreigner ni. dia suka gila cakap masyaAllah tau. sangat seronok borak dengan dia walaupon sekejap je. ada satu ayat dia yang tak boleh blah, "All the engineers here are very2 generous." hahaha. sebab apa keluar ayat ni. sebab dia tanya aku kuliyyah apa. hehehehe. uia pakai kuliyyah instead of faculty. :) yeaaahhhh!! kami mmg engineer yang baik! hahahaha. then pergi kelas ec. malam ada meeting. lambat balik + lapar. balik meeting, pukul 12 lebih baru buat homework yang melambak + kene study untuk quiz static petang rabu. fuuhhh. menarik!

rabu ; tak pergi kelas ungs sebab kono2 mahu study. tapi taakk pown. hahaha. faham2 lah najwa farhana kan? mmg pemal
as tahap tak ingat. tidur je sepanjang2 tu. gila tak? tasmi' pon tak. haishh. dan KASUT HILANG!!hilang okaaaayyyyyy~ kasut tu kalau kira2, baru pakai 4 kali. baru beli minggu lepas2. sedih tak? dah lah kasut tu ayah aku yang belanja. kasut tu pon aku sangat suka sebab cantik+selesa+murah. :'( tak terkata bila tau kasut tu hilang. bagitau ibu, respond dia senang je. "no comment" ala2 artis gitu tak? hahaha... bagitau ayah, "padan muka..he he he :P " , itu yang dia kata. adoi. redha je lah kan? hahaha..esok mahu report dekat MO. tadi lupa. :) dah2. malas nak cakap pasal kasut hilang ni lagi dah. malam ada kelas drawing. penat gila. balik pergi tasmi', menapak naik tingkat 4 blok G mahallah asma'. untuk hafal 2 hadith je. haishh. balik bilik kene study untuk quiz ec hari khamis. plus tasmi' al-Furqan. phewwww~

khamis
; ada quiz ec pukul 2. pukul satu kena pergi jumpa kak fasiha dekat masjid untuk tasmi'. pagi tak study langsung. tasmi' pon tak. duduk je tercongok macam orang gila dekat bilik. pasang lagu kuat2. nyanyi2 macam orang gila. otw nak pergi tasmi' baru hafal satu hadith. sampai2 kat masjid, baca hadith, then baru hafal 4 ayat je Furqan. see? dalam beberapa minit tu aku boleh hafal sebanyak tu. kalau aku usaha dari awal? tak ke penuh markah tasmi' aku? shesh~ teruk betul. tak usaha, tak dapat lah. haihhhh. kalau usaha mesti boleh. Allah pon ada untuk tolong orang yang berusaha SAHAJA! haissshh. penat mengeluh memikirkan ketidakmaintainan diri untuk keep on usaha untuk berjaya. macam mana nak jadi engineer berjaya? :( nasib baik kakak itu baik. aku hafal 5 ayat je, then dia suruh baca the rest. baik kan? :) terima kasih kak! sorry sebab menyusahkan akak. hehehehehe. quiz?tak yah cerita. tutor macam apa je. kalah lecturer kot. selalu nye dr. musse yang jaga quiz kitorang. tak menggelabah macam kau pon lah! dah kene duduk selang2 kan? kerusi tak cukup. kitorang dtg lambat sebab pergi tasmi' lama gila as ni hari last, dan tak dapat lah seat. mmg setiap kali quiz akan ada yang duduk kat lantai bawah kat belakang. fine lah. sekali kertas soalan tak cukup. satu soalan, kongsi 3 orang. macam mana lah tak duduk rapat2? kalau duduk jauh2, macam mana nak nampak soalan tu la sengaaaaaallllll. haaaaaaaaa. bengang gila aku. pastu pergi tulis soalan kat depan. dekat white board yang memang kotor dan itu soalan circuit okay. tak nampak langsung nilai capacitor kau tu. plus, kitorang duduk belakang sekali dekat bawah;atas lantai; kau ingat nampak ke??? duduk tengah2 atas kerusi pown belum tentu lagi clear circuit yang kau tulis kat depan tuuuu. nak tak nak memang kitorang buat bodo je la share soalan yang satu tu. poyos! nak kata2 kitorang tengok kertas each other pulak. kitorang tengok kertas soalan la weyh. haihhh. geram aku. susah gila bila ada orang kerek macam ni. haaaa. geram aku! dengan tak selesanya nak jawab kat bawah tu. gila!

pheeewww
~~panjang gila kan?cerita seminggu. hehehehe. aku nak post jugak. biar lah panjang pown. :p masalah hati, jiwa, raga, bakul, minda, dan semua2 tak include lagi ni. nanti la bila2 rasa mahu tulis, aku tulis. nak kene pergi belajar calculus. exam tak lama. tak start apa2 lagi. minggu ni nak balik sebab birthday ibu isnin tu. projek CAD baru nak start esok. haru betul lah jadi budak degree ni. ibu selalu kata, " alaaaaaa. degree kan far2 away lagi senang. tak payah risau. " tak payah risau banyak lah ibu. ibu tak ambik degree dekat UIA dan jugak bukan ambik kos ENGINEERING. ini sangat tough. dan nak menyesuaikan diri lagi. kitorang memang terabur gila2 kat sini. masih berusaha menyusun segala2nya untuk jadi okay dan normal macam dulu2 dan biasa2. pray for us, budak2 engineering okay? hehehehe. terima kasih! :)

sumpah penat.
SALAM~

No comments: