6.12.10

carik yang sekufu, masa tu saham dah jatuh . . . . . .

aku boleh cakap ni adalah antara cuti panjang yang terbaek dalam dunia! kenapa? sebab kebanyakan masa terisi dengan benda2 yang boleh dikatakan berfaedah lah. sekurang2nya takde lah aku tersadai 24 jam depan tv sampai tv pun dah jemu tengok aku. heh! nak cerita semua benda buat time cuti memang tak lah kan. mau muntah korang2 yang baca ni. so meh aku extract mana2 aktiviti yang aku rasa best. :)

  1. ada satu minggu tu, aku duduk seremban. rumah mak long. for the whole week, tolong atuk jaga hilman dengan haikal memang sangat seronok! haikal, kepandaian dia tuh at the age of 3, sangat menghiburkan. hilman, sangat comel dan mudah dijaga. cuma ye lah. budak tengah membesar, lelaki pulak tuh. lasak lah sikit kan. tapi, it's kinda theraphy lah. best sangat! :))
  2. cuti ni sangat best sebab dia tengah Year End Sale kan? so, memang banyak dan sakan lah aku bershopping! mines, jusco cheras selatan, jusco depan rumah habis kene tawaf. oh yea. kitorang tak shopping dekat mid,klcc etc yea. jauuuuuhhh and out of bajet. tapi still. SHOPPING!!! i loike~~
  3. selalunya masa duduk rumah ni, aku mesti ada gaduh2 manja dengan omel and ibu lah. ini yang wajib. tapi cuti ni tak ada! waaaaaaaahhhh. hebat lah aku kan. menjadi semakin besar mungkin? eheh. seronok2.
  4. pergi banyak gila wedding orang dan berangan yang indah2 untuk aku nanti. sangat best ohh! berangan kan free :)
  5. cuti sebulan tak rasa macam sebulan. tak rasa macam lama tak rasa jugak macam sekejap. so-so lah boleh kata. tapi ada lah masa2 tertentu aku yang aku rasa nak gila2 balik uia. biasalah, manusia tak pernah bersyukur. :p
dalam banyak2 ni, aku nak comment satu point je. satu pun cukup dah koott. point no 4. eheh. gatai naa. tak lah. ini satu benda normal dan wajib dah untuk difikirkan bila orang2 semua kata aku dah besar. (yeke?) ok lah. attend wedding2 orang memang seronok. sebab? makan free, tengok pengantin2 comel dan cantik, dapat goodies, dan macam2 lagi lah. tapi kan, disebalik semua2 ni, ada benda yang buat aku fikir. dan bukan aku je mungkin. ibu pun sebut2 selalu. asyik je sebut2. anak dia dah besar mungkin dia rasa. ibu asyik cakap. nak carik, kene carik yang sekufu. yang sama level. nanti senang. tak de yang kecik2 hati. nak carik, kene carik dari sekarang. lambat2 nanti takde yang nak. dah jadi senior, takkan nak mengorat junior kot? kawan2 senior yang lain dah nak carik junior nak buat calon isteri masing2. masa tu saham dah jatuh. dusshhh! sikit punya ligat otak aku ohh. hahahahaha. diam sahaja lah mampu kan? :) ini lah yang menyebabkan aku tekad gila nak kahwin lambat ni!! gila2 punya tekad wooo~~ serious! nak kahwin kene macam ni, kene macam tu. pendek cerita, kena angkut terus yang boleh baca doa ini, doa itu, solat cantik, doa lancar, hensem, kerja best, kaya, dan lain2. oh ibu. wujud lagi ke orang macam tu dalam dunia? bunyik dia macam perfect sangat2! takut saya mendengarnya. lalalalala~ tapi tak mustahil kan? takpe2. nak dapat yang macam tu, banyak yang kena ubah. nak yang macam tu, kena jadik macam tu dulu. waaahhhh. sikit punya belit ayat niyh! :) suka hati lah jari yang menaip ni. otak putus fius dah rasanya.

hehe. takpe2. belajar dulu pandai2. nanti dah jadi orang kaya, dah boleh senangkan ibu denga ayah, baru fikir kahwin. boleh? :)) saya pun kecil comel lagi nak fikir2 kahwin ni. kenapa aku perasan cakap aku kecik lagi? sebab aku memang macam budak kecik yang comel2 lagi tu haaa. tak matang langsung. lari2 dengan adik2 rebut2 nak salam ayah before ayah pergi kerja, nak attend mana2 majlis pun still tanya ibu baju mana yang nak pakai, masak pun tak pandai lagi, dengan pemalasnya, dan baaaaaaaaanyaak lagi. haaaa...... itu ada gaya macam orang yang dah besar dan matang dan dah boleh kahwin kah?? tak kan? orang gila je nak kahwin dengan orang macam ni. :p hehe. memang lah macam best kahwin ni. tapi lagi best sekarang ni rasanya. mari enjoy hidup bujang! :) oh yea! couple dengan kahwin tak sama yea. sila note itu. :)

p/s : bukan tak mahu kahwin yea rakan2. kahwin kan macam kita sempurnakan agama kita, Islam. cuma mungkin nanti2 lah. bukan dalam masa terdekat ini. banyak lagi yang nak dicari.

SALAM~

No comments: