27.10.11

ini cerita 25/10/2011 :)

-- disebabkan aku malas lagi nak bergerak daripada depan laptop ni, aku nak post something lagi :p --

Assalamualaikum! :)

"Kalau buat something tu kerana Allah, insyaAllah, Dia mudahkan jalan tu." :) 
-quoted from somewhere, someone, tapi tak ingat.

ini cerita 25/10/2011 :)

alkisahnya, tarikh ni, genap lah 45 tahun usia mak aku yang tercintaaaaa. :) dan aku dengan adik aku ni memang dah plan nak surprisekan mak aku ni. as dia memang request sangat2 supaya aku balik sempena cuti Deepavali. lagipun memang aku dah lama gila tak balik rumah. last aku balik yang open house raya harituuuuuu. haaaaa. record ni record. mak dengan ayah aku sampai dah 2 kali datang sini nak tengoka ku, jumpa, lepas rindu. malangnya, UIA tak cuti seminggu pun macam sekolah2 di seluruh Malaysia. so, aku call mak aku, kata aku tak dapat nak balik. plus, on 27th tu aku ada quiz and assignment and presentation.(okay, teringat balik kedisasteran siang tadi) so mak aku pun pasarah je lah kan.

jeng3. sekali adik aku msg. "Kak, kau memang tak boleh balik ke? sehari pun jadi lah. buat surprise dekat ibu." TING! dapat satu idea. aku reply, "Nanti akak bagitahu balik macam mana." isnin tu aku call adik aku. "Mel, akak balik esok. bawak kek. tapi nak kena call ayah dulu mintak tolong ambik or kalau dia tak boleh, nak mintak izin balik naik teksi dari ktm." kental tuuuhhh nak call bapak aku buat request gila macam tuuu. so aku pun tempah kek dengan wani, which kek dia tak jadi and aku end up beli dekat Jusco je, and selasa pagi baru aku call ayah aku tanya. dan yang paling best, ayah aku dengan rela hatinya nak join pakatan bertiga kitorang. yes! dah jadi pakatan berempat lah ni.

okay panjang gila cerita, aku dah lenguh, peha dah panas.

dipendekkan cerita, aku pun baliklah. dan memang surprise tu menjadi, sebab ayah aku dengan rela hatinya ikut je arahan aku, "Ayah, jangan bagitahu ibu tauuuu. surprise ni!" and satu lagi, "Ayah, singgah Jusco sekejap boleh? " :) first time tuuuuuuuuu. hohohohohoho. saya pemegang kuasa veto! 

so the plan went smoothly laaaa. walaupun takdelah beria aku bagi salam dengan kek dekat tangan dah siap pasang lilin semua, but still, kecoh mak aku tanya macam2. hehehehe. and the smile on her face, cannot be erased sampai sekarang. I LOVE YOU LAH IBU! 

apa kaitan dengan qoute kat atas tuh?

  1. tahu tak aku plan nak ponteng kelas tutorail Calculus 3 yang ada quiz lazimnya tiap2 minggu semata2 untuk balik and make sure aku sampai ktm kajang before 5? and guess what. kelas cancel! :)
  2. tahu tak aku tunggu ktm dekat kl sentral tu takdelah lama mana puuunnnn. dan aku dapat tempat duduk. selalu2 kalau aku balik saja2 tu, memang harapan lah kalau aku nak dapat train yang punctual and mulalah mulut aku rinagan je nak menyumpah semua benda. 
  3. tahu tak haritu ada special offer dekat kedai kek yang aku singgah dekat Jusco tuh? so kitorang dapat makan kek yang murah dan sedap! :) walaupun at first, aku dah frust kek yang aku tempah dekat wani tu tak jadi, tapi ada jugak pilihan yang lagi bagus Allah bagi dekat aku :)
  4. dan tahu tak kelas BM aku yang aku nak ponteng (jugak sangat2!), berlangsung selama 10 minit je? sebab cikgu aku ada hal! hehehehehe
seeeeeee????? niat aku, baik. nak balik, celebrate birthday mak aku, surprisekan dia, and buat dia gembira. Allah bagi aku bermacam pemudah cara untuk aku balik, tengok muka mak dengan ayah aku yang dah memang sah2 aku dapat pahala, and apatah lagi kalau buat diorang happy and senyum lebar2 nampak gigi. :) senang je nak dapatkan apa yang kita nak, and at the same time, dapat pahala kan?

NIAT tu. 

semua benda asal dari niat. tahukan kalau niat nak tolong orang pun malaikat dah tulis dah pahala dia. belum buat lagi. kalau buat dapat tambahan satu lagi. tapi kalau niat nak buat jahat, malaikat tak terus tulis. tapi dia memang dah sedia kaw2 punya nak tulis. tinggal kau buat dengan tak je. seeee? Allah sayang kita. kita sayang Allah tak? ;) 

err. tak nak comment kalau niat buruk tuh macam mana and apa benda. sebab nanti, tangan ni yang taip, mulut ni yang sebut, mata ni yang baca, buat jugak. cumanya, harapan supaya tak buat tu memang menggunung tinggi lah. 
jom setup niat! :)

and sorry, entry semua panjang2 and bosan2. kosong. takde gambar. but then, hope dapat bagi manfaat sikit. :)

SALAM~

No comments: