30.10.11

gambar senget

*mood* baru habis exam. eh salah. baru habis tengok satu drama korea. which ambik masa berbulan. hehehehe. everyone who know me well, dah tahu sangat. kalau korea tu memang tak jalan. cuba bagi hindustan ke, raja lawak ke, cartoon ke, barbie ke. confirm aku tengok sampai tak tidur malam. oh btw, bila Merlin nak ada yang baru? ke dah ada aku je yang tak tahuuu? oh nooooo. let me know if dah ada latest season eyh people? pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeee :)

Assalamualaikum! :)

kenapa? ingat aku lupa nak bagi salam macam biasa ke? i wont, insyaAllah! :)

okay2. aku memang baru habis exam pukul 12 tadi. tahu tak sangat tak best bila kena jawab exam dengan keadaan kau sakit perut je manjang? and you've to stay in the toilet for about 15 minutes sebab sakit gila perut? oh my. tadi paper Calculus kot. setiap minit adalah berharga! small and silly mistake boleh dicheck sepatutnya dengan that 15 minutes. tapi, takpe lah. aku pun dah tak larat nak duduk dalam dewan tuh lama2. sakit perut sampai nak cramp kaki. which aku tak faham kesinambungan dia. hahahaha. takde motif kan?

pasal paper tadi, no comment. malas nak comment. tunggu je lah result. oh yea. petang ni saya nak turun main basket. lama gilaaaaaaaaaaaaa dah tak main basket. dah lah sedih tak dapat main basket time ESC under MME department. :( sedihhhh. last year masa main dengan budak2 first year, kitorang yang sangat amatur ni menang no 2 okay! hahahahaha. bangga iiiiiiiiiiii :p okay lah. takpe. dah takde rezeki kan? tak semua yang kita nak, kita akan dapat.

 hahahaha. i wish i could have this! <3
sayang sangat sampai berubah bentuk.

anyhow, congrats to Arsenal and Nogorii :)

SALAM~

28.10.11

saya takut :'(



saya takut.
seriously takut.
those dreams seem soo real to me.
berpinar2 kepala aku bila mimpi tu datang menyinggah2.
it's sooooo not cool okayh.
please, don't be real and come to my life.
i hate you. 
saya takut. :'(

27.10.11

ini cerita 25/10/2011 :)

-- disebabkan aku malas lagi nak bergerak daripada depan laptop ni, aku nak post something lagi :p --

Assalamualaikum! :)

"Kalau buat something tu kerana Allah, insyaAllah, Dia mudahkan jalan tu." :) 
-quoted from somewhere, someone, tapi tak ingat.

ini cerita 25/10/2011 :)

alkisahnya, tarikh ni, genap lah 45 tahun usia mak aku yang tercintaaaaa. :) dan aku dengan adik aku ni memang dah plan nak surprisekan mak aku ni. as dia memang request sangat2 supaya aku balik sempena cuti Deepavali. lagipun memang aku dah lama gila tak balik rumah. last aku balik yang open house raya harituuuuuu. haaaaa. record ni record. mak dengan ayah aku sampai dah 2 kali datang sini nak tengoka ku, jumpa, lepas rindu. malangnya, UIA tak cuti seminggu pun macam sekolah2 di seluruh Malaysia. so, aku call mak aku, kata aku tak dapat nak balik. plus, on 27th tu aku ada quiz and assignment and presentation.(okay, teringat balik kedisasteran siang tadi) so mak aku pun pasarah je lah kan.

jeng3. sekali adik aku msg. "Kak, kau memang tak boleh balik ke? sehari pun jadi lah. buat surprise dekat ibu." TING! dapat satu idea. aku reply, "Nanti akak bagitahu balik macam mana." isnin tu aku call adik aku. "Mel, akak balik esok. bawak kek. tapi nak kena call ayah dulu mintak tolong ambik or kalau dia tak boleh, nak mintak izin balik naik teksi dari ktm." kental tuuuhhh nak call bapak aku buat request gila macam tuuu. so aku pun tempah kek dengan wani, which kek dia tak jadi and aku end up beli dekat Jusco je, and selasa pagi baru aku call ayah aku tanya. dan yang paling best, ayah aku dengan rela hatinya nak join pakatan bertiga kitorang. yes! dah jadi pakatan berempat lah ni.

okay panjang gila cerita, aku dah lenguh, peha dah panas.

dipendekkan cerita, aku pun baliklah. dan memang surprise tu menjadi, sebab ayah aku dengan rela hatinya ikut je arahan aku, "Ayah, jangan bagitahu ibu tauuuu. surprise ni!" and satu lagi, "Ayah, singgah Jusco sekejap boleh? " :) first time tuuuuuuuuu. hohohohohoho. saya pemegang kuasa veto! 

so the plan went smoothly laaaa. walaupun takdelah beria aku bagi salam dengan kek dekat tangan dah siap pasang lilin semua, but still, kecoh mak aku tanya macam2. hehehehe. and the smile on her face, cannot be erased sampai sekarang. I LOVE YOU LAH IBU! 

apa kaitan dengan qoute kat atas tuh?

  1. tahu tak aku plan nak ponteng kelas tutorail Calculus 3 yang ada quiz lazimnya tiap2 minggu semata2 untuk balik and make sure aku sampai ktm kajang before 5? and guess what. kelas cancel! :)
  2. tahu tak aku tunggu ktm dekat kl sentral tu takdelah lama mana puuunnnn. dan aku dapat tempat duduk. selalu2 kalau aku balik saja2 tu, memang harapan lah kalau aku nak dapat train yang punctual and mulalah mulut aku rinagan je nak menyumpah semua benda. 
  3. tahu tak haritu ada special offer dekat kedai kek yang aku singgah dekat Jusco tuh? so kitorang dapat makan kek yang murah dan sedap! :) walaupun at first, aku dah frust kek yang aku tempah dekat wani tu tak jadi, tapi ada jugak pilihan yang lagi bagus Allah bagi dekat aku :)
  4. dan tahu tak kelas BM aku yang aku nak ponteng (jugak sangat2!), berlangsung selama 10 minit je? sebab cikgu aku ada hal! hehehehehe
seeeeeee????? niat aku, baik. nak balik, celebrate birthday mak aku, surprisekan dia, and buat dia gembira. Allah bagi aku bermacam pemudah cara untuk aku balik, tengok muka mak dengan ayah aku yang dah memang sah2 aku dapat pahala, and apatah lagi kalau buat diorang happy and senyum lebar2 nampak gigi. :) senang je nak dapatkan apa yang kita nak, and at the same time, dapat pahala kan?

NIAT tu. 

semua benda asal dari niat. tahukan kalau niat nak tolong orang pun malaikat dah tulis dah pahala dia. belum buat lagi. kalau buat dapat tambahan satu lagi. tapi kalau niat nak buat jahat, malaikat tak terus tulis. tapi dia memang dah sedia kaw2 punya nak tulis. tinggal kau buat dengan tak je. seeee? Allah sayang kita. kita sayang Allah tak? ;) 

err. tak nak comment kalau niat buruk tuh macam mana and apa benda. sebab nanti, tangan ni yang taip, mulut ni yang sebut, mata ni yang baca, buat jugak. cumanya, harapan supaya tak buat tu memang menggunung tinggi lah. 
jom setup niat! :)

and sorry, entry semua panjang2 and bosan2. kosong. takde gambar. but then, hope dapat bagi manfaat sikit. :)

SALAM~

kanak2 ribena

Assalamualiakum! tak jawab dosa! hehehehehe

hari ni hari yang disaster bagi aku. okay. monotonous gila ayat. sebab takde sangat tu kan? hehehehe. takde lah monotonous manaaaaaa. cumanya bak kata hanim, "sebenarnya takdelah berat mana pun something tuuuhhhh. dia based on macam mana kau timbang berat something tuh." yes hanim. sangat betul!

aku memang terkenal dalam kalangan kawan2 aku sebagai seorang budak yang sangat lah kuat merengek. yes, aku mengada. even adik2 aku pun claim that thing. tak habis2 menyakat aku macam lah aku ni gedik sangat. but then, aku admit lah. memang aku mengada. tapi bukan yang tahap gedik terkinja2 tuuuuu. (kot. ke korang rasa sampai tahap tu?) :p small things yang orang lain tak merungut pun, tak berat pun bagi diorang, aku nak merengek sana sini, call orang sana sini. melampau kan? but then, itu mungkin masih cara lama aku yang aku perlu buang slowly to be more mature. sebab yelah. takkan sebab tak boleh nak jawab quiz je kau dah nak claim hari kau disaster kan? siapa suruh tak belajar pulun2? dah tahu ada quiz tu seminggu awal kot. and come on lah. quiz tu 2% jeeeeee. standard lah harini kau boleh jawab exam, ada paper esok hari pulak kau rasa nak terbalik jawab paper tuuuu. kalau semua paper kau boleh jawab, dean's list naik jadi 4.0 ah. kan? so come on lah Najwa Farhana. stop being budak2 yang rasa nak makan penampar. hehehehehe.

dan untuk kawan2 yang selalu dengar aku merengek2, sorry weyh. korang selalu jadi mangsa aku. aku try, aku akan usahakan untuk jadi wanita yang lebih matang lepas ni. no more cakap2 belakang, bagitahu semua orang pasal semua benda sampai semua orang pun tahu apa yang aku nak buat and bla3 whatsoever, and yang paling penting sekali, aku akan try tak merengek2 macam budak kecik yang mintak lolipop besar tuuuu. aku janji aku akan try. tolong jangan condemn aku bila aku tak completely jadi matang in a blink of an eye. kita manusia, sama2 belajar benda baru, sama2 belajar nak improve diri dari hari ke hari. semoga kita semua sama2 jadi manusia yang jauh lagi baik daripada semalam dan semalam dan semalam. :)

p/s : entry ni mengarut. tapi memang khas untuk tatapan diri sendiri sebenarnya. :) tQ!

SALAM~

24.10.11

tak tahu kenapa aku emo tahap gila2 punya. dengan semua orang pun nak ngamuk. tiah datang tanya soalan je pun. muka aku macam nak makan dia. kesian dia. sorry tiah. didn't mean it.

i really need to go home and recharge everything. it's been almost 2 months. saya nak balik. :'(

21.10.11

Assalamualaikum!

ada kawan aku tegur dekat fb, awal bangun? hehehehe. saya dah improve lah! try untuk tak tidur lepas subuh. semua orang tahu kan tak elok tidur lepas subuh? hehehe. so bila dah hari2 pun tak tidur lepas subuh, maknanya mala kena tisur awal lah kan? so memang korang takkan nampak aku lah bila malam buta dok online2 niii. hehehehe. tapi serious. belum pukul 12 aku dah shut down. bukan laptop tau. mata aku ni haaaa :p

heeee. seronok bersenang lenang terdampar online dekat bilik macam ni. semua orang takde dekat bilik. so tergolek lah aku sorang2. hehehehe. hari ini sangat cerah! selalunya pagi Jumaat akan jadi pagi yang paling indah. sebab dia penghulu segala hari :)

i'm not going to talk about last night exam. i can just look at the question and think nothing. apa punya soalan lah macm tu. =,= *sigh*

dah lepas! :)
ini buku pinjam library. semalam punya exam. means, dah lepas jugak! :p

ini yang tengah struggle sekarang. hahahahaha. lawak kan? :P like i care. janji aku lulus nanti! :p

coming sooooooooonnn. 30th october. selamat maju jaya Najwa ! :) (padahal tak sentuh apa pun lagi)

itu sahaja buat masa ini. saya nak keluar! walaupun banyak benda tak settle lagi. hehehehe. bye2!

SALAM~

17.10.11

boleh tak kalau aku nak kata aku lapar? :p

okay. sekarang hujan lebat dekat UIA Gombak. padan lah tadi masa menapak balik ke Ruqayyah, panas terik yang aku rasa, peluh menitik2 dari dahi ke pipi. awan pun cantik sangat2 tadi. gebu macam gula kapas. :)

okay. yang menjadi masalahnya sekarang ni, aku ada kelas sleu pukul 6. macam mana nak redah ni? again, redah hujan lebat macam ni? aku dah redah hujan lebat sekali hari tu. nak pergi kelas sleu Thermo ni lah. lenjun weyh. ni macam manaaaaa? aku nampak bas dekat tepi bilik aku ni. rasa nak jerit, "Pak cik! tunggu sampai pukul 5.45 boleh? saya nak naik bas pak cik. saya ada kelas pukul 6!" -,- nak kereta satu boleh ayah? hehehehehe

oh. mid term manufacturing process 1 tadi takde lah boleh buat sangat pun. aku tak tahu apa aku buat. hantam saja lah labuuuu. hikhikhik. tapi serious best dah lepas satu beban. tapi beban2 lain menggunung lagii. takpeeeee. as long as kita buat something kerana Allah, insyaAllah, kita akan rasa senang dan tak terbeban. :)

ini semua kesan minggu lepas yang sangat stress. hehehehe. betullah janji Allah, setiap satu kesusahan, pasti ada kesenangan. have faith on Him! :)

mood stabil macam ni sangat susah nak dicapai sebenarnya. thank you awak. for make things clear and at least, i know that we won't be in that situation again. at least, for now. itu satu kelegaan. and of course, terima kasih Allah sebab bagi peluang untuk still sedut oxygen supaya boleh terus improve diri. jom topup iman! :)

mari asar dan pergi kelas!
SALAM~

16.10.11

baru pagi tadi ber Fit For Fun race sempena CONVEST. malam buta, pukul satu pagi, 3 anak dara comel masak maggi. dah habis maggi 3 bungkus share 4 orang, bancuh cucur udang yang segera tu pulak. dok lah menggoreng dan melantak sampai pukul 2 tadi. now, masing2 dah senyap masuk compartment masing2. dan disebabkan aku dah tidur tadi, sejam, aku kena habiskan satu chapter ni. lambat gila aku baca. macam kanak2 baru belajar mengira.

 ini gadis comel satu. 

ini gadis comel 2.

ini gadis comel 3.

dan ini gadis comel 4. 

:p


by the way, that's not the point.

___________________________________________________________________________________

Assalamualaikum.

tahukah korang, Allah tak pernah tetapkan masa bila kita boleh nak berubah. Dia jugak tak pernah jemu tunggu kita cari Dia. teringat akak study circle dulu cakap, "Allah kan kekasih kita. Dia jealous tau tengok kita lama2 dengan orang lain, benda lain." okay. now I missed study circle banyak2. tak suka leadership class yang macam apa. at least dulu, seminggu sekali dapat jugak makanan hati ni. adussss. double up your effort untuk tambah iman jom? :)

Prophet S.A.W reported that the devil said to Allah, "i shall continue to lead Thy servants astray as long as their spirits are in their bodies. Allah replied, "(Then) I shall continue to pardon them as long as they ask for My forgiveness."

see? Allah dah janji. so, apa tunggu lagi? Allah takkan pernah mungkir janji Dia. no matter how big dosa yang kita dah pernah buat, jangan hesitate untuk turn back to Islam yang sangat indah. 

peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. :'(

p/s : saya bersyukur saya ada kawan2 yang boleh hold saya kuat2 anytime saya rasa macam nak tersungkur dengan nafsu. 

SALAM~

15.10.11

T

Assalamualaikum.

okay. enough study atas katil. puas dah katil tu tampung aku. bukan setakat tidur. semua pun atas katil. now, dah dekat atas meja dah.

tahukah korang yang aku nak sangat2 pergi Islamic Performance Night tuuuu? ohh. untuk kamu2 yang bukan student UIA, event malam ni ada talk and persembahan sikit by several artist. ini bukan sebab nak pergi tengok artist tau. ini sebab rasanya dah lama sangat2 aku tak pergi dengar talk2 yang boleh jadi salah satu santapan rohani. tapi aku sangat berbelah bagi antara nak tinggal buku manufacturing process ni dengan tak pergi dengar talk2 tu semua. ada Wardina kot. mesti dia banyak gila benda nak kongsi dengan semua especially pasal penghijrahan dia. tapi aku end up pilih nak study dekat bilik, jadi looser sorang2 sebab semua orang pun pergi. sebab semua orang pun takde exam macam aku. nope. i mean, roommates aku semua free from lusa punya exam. aduhai.

alamak. dah berbunyi guruh dekat langit. *sigh*

kalau hujan ni karang, aku kena off laptop. bila aku kena off laptop, maksudnya takde lah aku boleh belajar. notes semua dalam laptop kot. nak print guna printer yang baru je beli, kertas pulak A4 takde. aduhai. seems like everything doesn't belong to their own places. kan? nak buat tu, ada ni. nak buat ni, ada tu. i've been always stuck in this kind of situation. where I have to choose between two things that I really want to grab both. and at the end of the day, aku sedih sendiri. :'( tak suka. ke sebab dah lama tak balik? tak recharge battery? tak update antivirus diri sendiri? waaaaaa. SAYA HOMESICK! ni kalau cakap dekat ibu esok ni, confirm dia bebel. siapa suruh tak nak balik? akak yang pilih sendiri tak nak balik tu kan? ala buuuu. bukan sengaja2 tau! nak sangat2 balik. i miss home badly :'(

and, tolonglah berhenti tanya mana dia. dia ada je hidup dekat atas muka bumi ni. sebabnya aku sure, kalau something bad happened to him, i'll definitely know. cumanya, specifically, aku tak tahu dia dekat mana. let Mr. Time do his job. aku tak nak masuk campur. ada jodoh kitorang, aku jemput korang semua. i'm sick of thinking the answer that I never know. he's doing fine, at least. dan soalan korang akan buat aku rasa lagi teruk. tolonglah bukan sekarang. aku nak exam kot. and you, that unsettle things between us, please. let's have a meet and solve it. i'm tired of this. enough said. don't let me giving up. i;ve said it before. don't.

p/s : t.i.r.e.d.
SALAM~

9.10.11

Shoot.

Apa yang aku dah buat niiiii?? aku tidur sepanjang hari! tak produktif langsung hari ahad aku! damn. quiz berlambak. assignment menggunung atas meja tu. aku boleh tidur macam orang gila tak jumpa katil setahun ni apasal??? gila weyh. sumpah gila. tadi lepas update blog yg before ni, terus tidur. and now, bangun2 terus update blog? wth. memang lah aku ni gila. dapat apa je tidur satu hari? orang lain dapat panjat Everest. dapat kerja nak tambah duit. dapat main basketball. aku? habuk pun tara. assignment tak siap. next few nights takkan cukup tidur. ni siap dapat taik mata extra. huh. rasa nak mencarut dengan diri sendiri. k bye.

"Suka-suka, dapat duka"

Subahanallah. menitik2 air mata dari Asiah ke Ruqayyah semalam. ada yang menitik jatuh ke bumi, ada yang sampai dekat tudung je. aku pun tak tahu kenapa. semua orang yang passed by aku, pandang dua tiga kali. dengan muka yang bermacam2. siap dengan muka yang ada question mark besar gila pun ada. don't worry sisters. i'm okay. :) but seriously, aku malu dengan korang. hehehe. kalau jumpa lepas ni, jangan tanya tau? and jangan jugak cakap, "Eh, ni lah budak yang menangis air mata menitik2 harituuuuu." jangan eyh? aku mintak jasa baik korang, jangan. SEGAN! hehehehe.

inilah akibatnya bila emosi sangat tak stabil dan ditambah dengan badan yang exhausted tahap tak ingat. pukul 8 pagi keluar bilik, pukul 10 malam pun belum sampai bilik lagi. it;s more than 12 hours okay. fine aku yang pilih. pasal emosi, aku malas nak tulis dekat sini. yang pasti, memang aku sedih sangat2 semalam. tak terkata. marah yang bertukar jadi extremely sedih, dan membuatkan kilang air mata aku bekerja. so kawan2, sila jaga diri masing2 dan perasaan juga. nanti tak stabil macam aku, mulalah malu macam apa. jalan pun dah tak betul sebab watery eyes. kabur semua. sikit je lagi nak masuk longkang semalam. aduhai. nak balik! uia kejam. :'(

Who cares when I hurt? sisters dekat uia ada! :p jangan jeles eyh :p 

And, to explain the tittle, semalam pagi sampai petang, memang aku bersuka ria dengan budak2 Steadfast. tu yang malam macam orang gila menangis depan semua orang. tak tahu malu betul. :p


SALAM~

4.10.11

belajar itu satu jihad

Assalamalaikum! :)

majoring tu memenatkan. seriously. kau selama ni buat semua benda ramai2, so penat and susah tu tak de lah rasa sangat. bila semua benda kau nak kena buat sendiri, haaaaaaa. kalah vvvvvip. ada je kerja kau nak buat. memang terkejut jugak mula2. tapi, insyaAllah boleh lah. 7 subjects je. spm dulu kau ambik 10, okay je? hehehehe. alaaaaaaa. alasan je semua tuuuu. pasti boleh. kan Malaysia boleh? :)

dan untuk pengetahuan korang, aku dah berjaya register untuk ambik driving license! aku dah pergi dengar lecture dia yang 5 jam tu. next step, aku tak tahu lagi bila aku nak pergi ambik test computer tu. nanti2 lah. bagi lepas minggu ni dulu. sesak nafas aku. quiz dengan exam berderet2. tapi, seriously!

NAJWA FARHANA DAH REGISTER UNTUK DRIVING LICENSE! 

hahahahahaha. looser kan aku? dah nak 21 pun kot. alaaaa. chill lah. beter late than never kan? tapi, cuak sebenarnyaaaaaaaaa. mana reti bawak kereta! omg. tapi ibu kata, tu lah dia nak ajar tuuu. yang akak bayar beratus2 tu, tu dia nak ajar bagi pandai lah tuuuuu. akak boleh je buat semua benda sebelum ni, i'm sure, u'll definitely doing fine untuk lesen ni jugaaaakkkk :) thanks lah ibu! you always have that faith on me. :) tak sabar nak berjaya tambah satu lagi skill dalam diri sendiri. kita kena naik satu level dari diri kita yang sekarang ni. set your goals guys! :)

p/s : jangan lupa, belajar itu satu jihad. :)
SALAM~

3.10.11

I'm back !

Assalamualaikum! :)

saya kembali kawan-kawan!

setelah berbulan laptop tersadai, akhirnya, dia pulih! oh my. gembira gila bila dah boleh nampak balik tulips on the dekstop. memang tak dinafikan, menggelepur hidup takde laptop ni. banyak benda tersangkut. hahahaha. takdelah. macam susah sikit. since nak pakai untuk study kan. susah nak pinjam2 orang ni.

dan, since internet dekat bilik ni dia connect sendiri, lagilah aku happy! maknanya dia cukup kuat lah tu kalau dah boleh connect sendiri. sayasuka! <3

okay lah. aku ada 2 quiz esok. thermofluids and material science. nak pergi mandi. jangan lupa Maghrib ye kawan2! saya dah! :)

p/s : jangan lupa doa supaya Allah terima amalan kita! esp ; solat. :)
SALAM~