okay. cuti yang UIA bagi cukup2 dua bulan ni, memang aku buat waktu aku berehat je lah. nak kerja, sebulan tu dah puasa. walaupun itu bukan sepatutnya jadi alasan kan, tapi yang paling besar alasan dia, of course lah parents tak kasik. hehehehe. alaaaa. lagipun, aku banyak sangat join program. errr. banyak ke? heeee. takde lah. first weekend yang aku cuti, pergi program dekat bukit cerakah. next weekend nya, program dekat puchong. next weekend, ada malam amal on sabtu, ahad ada reunion dgn kawan lama skdb yg 9 tahun tak jumpa, malam tu terbang ke seremban. duduk seremban seminggu jaga iman dgn haikal. isnin tu dah puasa, balik kl. minggu lepas ni, sabtu petang sampai ahad pagi, ada program sikit dekat semashur. haaaaa. inilah cuti yang aku rasa macam agak terisi. but still, aku rasa bosan and tengah kira2 lagi bila nak balik UIA. which is, ada 4 kali isnin. lagi. hahahaha. mengarut tak aku? :p
oh ya. malam ni aku akan berperang. untuk satu subject yang majoriti budak engine kena ambik tapi bukak satu section je. apa lah yang UIA kedekut sangat section pun aku tak tahu. dah lah subject ni pre requisite untuk subject next sem aku. kalau aku tak ambik sem ni, sem depan aku bakal tak boleh nak ambik subject yang lain2. zaman bilanya aku nak grad wahai UIA oi? kau nak ke mengadap muka aku lama2? hailaaaaaaa. hehehehehe.
dan, perasaan untuk hari sabtu petang sampai ahad pagi dekat semashur, tak boleh nak disampaikan. semua ada. jumpa kawan2 lama. tak terkata. lebih kurang 4 tahun dah aku tak jumpa diorang. and Jepp yang menumpangkan, terima kasih. walau ada cerita di sebalik cerita, takpe. aku bersyukur sangat2. thank you korang. betullah kalau orang kata, kawan sekolah takkan sama dengan mana2 kawan yang kau boleh kutip sepanjang hidup kau. korang tetap yang terbaik! aku nak korang tahu, aku sayang korang sangat2! tak terkata. couldn't imagine hidup aku, kalau korang tak pernah muncul sebagai kawan aku. okay. sedih.
SALAM~
No comments:
Post a Comment