pukul 2.30 petang, lepas ayah hantar Aiman pergi sekolah, "Air cond kereta tu rosak. macam kena tipu je service harituuuu." ibu, "Akak, siap. 5 minit lagi kita pergi hantar kereta. teman ibu sebab ayah suruh tunggu tengok apa yang diorang nak service."
hooooooooohhhhhhhhhhhhhhhh ? tunggu dekat bengkel? okay fine. *pasrah gila naik atas sarung cardi dengan belit shawl macam apa*
sampai bengkel, abang tu kata 3-4 jam lagi siap lah kereta ni. dan masa tu, jam aku yang dah nak mati ni, tunjuk pukul 2.57 petang. abang tu suruh pergi mana2 dulu. as dia kata takkan ank tunggu dekat situ kan. tapi disebabkan ayah aku suruh jugak tunggu, aku dengan ibu pun landing baik lah atas sofa dekat dalam bengkel tu tengok tv. p/s, bengkel ni ada Astro okay! ;p so aku pun tengok lah tv tu macam dekat rumah aku sendiri. lepas Chuck, CSI. lepas tu Hawaii five-0. lepas tu Merlin. lepas tu Al-Kuliyyah. lepas tu Syurga cinta. satu2 cerita aku khatam except for Syurga cinta. haaaaa. lama tak?? :p sampai lah pukul 7, aku pun pergi beli makanan berbuka untuk mak aku.
rest sekejap.
letih sangat. tapi nak update jugak! :p
balik je dari beli makanan, spare part dah sampai. Bro Mike tengah main skru2 benda alah dispenser dekat kereta ibu dengan 3 lagi jejaka handsome belakaaaaaaa~ hahahaha. mode gatal melampau2 masa ni. tahu tak yang aku tunggu berjam2 sampai sakit bontot tuh aku tunggu apa? tunggu spare part tu datang melayang dari Segambut yang jam. adoih laaaaa. kesian tak aku? grrrrrr. nak marah pun tak guna sebab dah memang kena tunggu dekat situ kan? nasib baik ada cik Mutiara Faeeqah teman saya. thank you Pearl! :) dan kitorang pun berbuka lah dengan jayanya dengan 5 lelaki handsome dekat bengkel. ini pengalaman pertama yang takkan dilupakan! hailaaaaa. pengajaran dekat sini, rajin2 lah service kereta korang.
ini tak masuk lagi cerita huru-hara aku dengan adik aku nak pergi berbuka dengan kawan masing2. aku paling kesian dekat adik aku sebenarnya. kawan2 dia dah set semalam, tapi sebab mak aku suruh pergi dengan aku sekali harini, dia pujuk kawan2 dia buat harini. tup2, dia tak jumpa pun kawan2 dia tadi. semua dah balik. 8.30 dah kot aku sampai Jusco tu tadi. aku dapat lah jumpa kawan2 aku sebab diorang baik hati tunggu. lagipun kitorang dah besar kan. mak ayah takde risau sangat. adik aku ni baru 16 tahun dengan kawan2 dia. of course lah kena balik awal. Ramadhan pulak tuh. dengan dah janji dengan kawan dia nak ambik dekat rumah budak tu lagi. dah lah budak Farah ni(kawan adik aku yg kitorang ambik dekat rumah tu), family dia semua keluar. berbuka dekat luar. tak ke naya kalau budak ni tak jadi keluar berbuka? dia berbuka buah tamar je tahu..... aduyai. aku paling kesian dekat adik aku, dengan of course lah mak aku.
nak cerita ke pasal mamat 4 ketul tuh? tak payah lah ye. tak larat dah. lagipun, macam sweet sangat je nak cerita dekat sini. dan cuak sebenarnya. itukah perasaan bila macam mak korang suka kat orang ni and bla3? aku tak pernah mengalami kejadian2 luar alam macam ni. so, aku macam janggal nak mampus and tak berani nak pandang sape2. SEGANN!!!! biarlah nanti aku sambung cerita dengan Pearl je. hehehehe.
oh btw, berjumpa lagi dengan kawan2 lama, sangat best. walaupun sekejap and rasa gila bersalah sebab again, aku lambat lagi dan diorang tunggu aku lagi, dan aku datang dengan serabainya, dan nasib baik tak kena salam nenek kawan aku, still, aku rasa korang terbaik! THANK YOU GUYS. a big thank you to all of you :)
okay. ayat belit2 dah ni. dan yes, ada yang tak sampai dalam entry ni. takpelah. tak larat sangat2 dah sebenarnya. mahu tidur. esok akan jadi hari yang panjang jugak. so. good night semua! sila maafkan semua orang sebelum tidur termasuk saya :) TQ!
ini kawan2 saya yang OHSEM! :)
SALAM~
No comments:
Post a Comment