15.5.11

thank you Allah!

done! i'm done with it. akhirnya. dapat sesuatu yang sangat pasti. terima kasih Allah! :) tak terkata terima kasih dengan apa yang Kau bagi. dan insyaAllah, misi ini akan dijalankan dengan jayanya walaupun masih tak tahu apa cara yang terbaik. takpe. He'll show the way.~ apa yang pasti, ini akan sangat meringankan hidup. mungkin tak senang dan tak indah. tapi biasa lah, jalan nak menuju redha Allah bukan mudah kan? bukan manis dan damai je sentiasa. Rasulullah yang sangat tinggi kedudukan di sisi Allah pun rasa susah berdepan dengan macam2 rintangan untuk berjaya dalam Islam. ni pulak aku kan? heeeee. dan kalau pun susah tu akan datang mengganggu gugah prinsip yang baru nak dijinak2kan dalam diri, percaya lah. cakap lah banyak2 kali dalam hati, "ni baru sikit. tak tercompare dengan semua dosa yang pernah kita buat dulu." dan lagi, "Allah sentiasa ada dengan orang2 yang sabar. orang yang sentiasa berusaha nak buat baik walau sangat susah untuk dia sebenarnya." :)

oh yea!

ada tips untuk kawal nafsu. tak kira lah nafsu apa pun. lagi2 untuk kaum2 saku ni, kaum Hawa, yang semua orang tahu ada 99 nafsu. marilah berpuasa! lama dah tahu benda ni. tapi masa buat, mungkin tak terasa keberkesanan dia kan? mungkin sebab tak betul2 menghayati apa yang tengah buat. tak betul2 ikhlas. setiap kali beribadah, mintak lah dengan Allah, "Ya Allah. Kau terimalah ibadahku ini." :) pendek je kan? senafas pun boleh. tapi, kalau baca senafas, sempat ke Allah nak dengar? :)

korang tak perlu tahu lah apa misi aku yea? kang kalau cakap kang, orang kata gebang pulak kan? hehehehe. biarlah aku je tahu apa yang aku nak buat. banyak yang perlu disiapkan. semua. yang penting, keberhasilan dia. hahahaha. :)

p/s : sorry kalau post ni macam berlagak aku tahu semua benda. sekadar perkongsian simple yang mungkin ramai antara kita dah lupa. so, aku ambik kredit sikit lah untuk ingatkan orang lain walau actually ini ditulis 100% untuk diri sendiri :) so, no heart feelings okay? 
SALAM~

2 comments:

Nur Syafiqah Md Takiyudin said...

Nice one lah kak. Manede berlagak. Thanks for the info. :)

jujufarhana said...

hahaha. thank you! info simple je yang mungkin semua dah lupa :)