31.5.11

hilang semangat ni.......




i miss you.
i need you.
you, definitely YOU.

27.5.11

tiba2

hoyeah~ 

assalamualaikum semua! :)
lama aku tak update kan? tahu kenapa? sebab setiap kali nak menaip, takde energy dalam badan. yang nak diupdate nya berlambak2 je. tapi jari-jemari tak tergerak. kan seronok kalau kita fikir je apa yang kita nak cakap, tapi blog ni tulis sendiri? hahahahaha. mengarut! :p

oh yea. untuk pengetahuan korang semua, hari ni I tido 15 jam. setelah ditolak tambah lah. redeem yang 2 hari lepas tak cukup tidur. satu malam tu aku tidur pukul 4 pagi. satu malam lagi, pukul 6.30 pagi. jangan nak impressed dulu okayh. bukan aku tidur lambat sebab belajar ke apa. ermm. yeah. mungkin betul. tapi kalau betul2 study, hanya study i mean, takdenya sampai kena tahap macam tu. kan? and now, aku stuck dekat uia sebab next week akan jadi disaster week. selasa midterm dynamics, rabu quiz, khamis assignment quiz. belum masuk assignment drawing yang anytime je kena pergi buat merata2 and submit. sebab? aku takde alibre. oh i hate short sem. *TIBA2* 

baik pergi belajar kan? but i can't concentrate when my whole family is sitting in front of tv tgok maharaja lawak! :( dan tadi nad msg, esok azri nyanyi lagu shahir! tak kesah lah kalau korang rasa aku mengarut sebab layan af ke apa ke. bagi aku, masing2 ada hak pasal benda ni. you can't simply kata orang yang layan cerita hindustan, indon, tengok af tu kolot and tahpape. tell me if korang rasa korang yang tengok korea ni bagus sangat. kalau korang rasa aku tengok semua tu mengarut, aku pun boleh kata apa yang korang tengok tu mengarut. so kita sama. fair kan? and lagi satu, tak payah lah nak bangga sangat2 dengan cerita2 luar yang mmg sah2 kita tahu teknologi perfileman diorang macam mana. kenapa? kau perlu ke wajib ke nak kutuk2 cerita anak melayu yang bermati2an nak upkan industri filem kat Malaysia ni? tak payahlah nak compare benda yang dah terang2 macam tu. takkan tengok cerita tu kat wayang lah apa lah. bila cerita melayu keluar dekat wayang je, tak nak tengok. sebab? nanti dekat astro ada. heh. cerita luar pun nanti dekat astro ada. kenapa mesti kau, anak melayu, taknak support Malaysia? kau tak suka ke Malaysia maju? kalau semua orang dekat Malaysia ni macam kau, memang sampai bila2 lah kita takkan boleh nak beat cerita luar. takkan terhasilnya cerita2 yang high quality dengan Malaysia yang penuh dengan orang2 yang macam kau. sorry aku guna bahasa kasar. tapi aku memang berapi macam maggi kari berapi dengan kau. masa aku dengar tu, aku rasa nak bangun dari meja and blah. muka aku macam apa je dah masa tu. kau bangga nak kata kau anak Malaysia tapi kau kutuk2 semua benda. pergi berambus lah duduk negara yang kau suka sana. tengok sikit boleh ke kau survive dengan perangai kau yang macam ****** tu. diorang yang kau puja sangat2 tu heran sangat ke dengan kau. kita tengok nanti. 

tiba2 aku marah.
SALAM~

20.5.11

assalamualaikum semua! :) macam terlebih decent pulak kan? heeee. takpe. itu perlu! :)

untuk entry kali ni, meh aku cerita sikit pasal buku yang aku main capai je sebab dah boring tahap gila semalam kan. buku ni originally in english. tapi yang aku baca ni, version bahasa melayu. aku pun tak tahu kenapa mak aku beli version BM ni. murah lagi kot? hahahhaa. padahal mak aku hebat gila English kot. :) 

okay lah. tajuk buku ni, How to Win Friends and Influence People written by Dale Carnegie. memang lah aku bagi link ni. dan korang boleh baca through internet je. tapi kalau korang boleh pergi beli buku ni and read it dengan penuh penghayatan, mesti korang akan rasa lagi puas! aku yang sepatutnya study Dynamics as next week aku ada 2 quiz pun, tak rela nak lepas buku ni. seronok bila tahu apa yang kita patut dan tak patut buat in order to have a better social life. susah aku nak explain dekat korang. baca lah sendiri yea? kalau nak pinjam pun boleh. :) tapi kena tunggu aku habis baca dulu lah. 

oh ya. sebut pasal 2 quizzes next week ni, tahu kah korang yang aku tak sentuh APA-APA pun lagi untuk cover semua benda yang akan keluar this coming Monday? ada 9 subtopics yang akan keluar isnin ni. satu pun aku tak sentuh lagi. and sekarang, aku boleh update blog pulak kan? petang karang adik aku pergi sekolah bawak calculator aku sebab dia ada exam Mathematics. great. 

zaman bila aku nak study kan? alasan je semua tuh. aku dah agak dah ini yang akan berlaku bila balik rumah. tapi malangnya bila aku usulkan dekat mak aku, aku nak balik harini(jumaat) sebab insyaAllah boleh study sikit kan dekat uia, mak aku tak kasik. macam mana? 

rumah bukan tempat aku study. benda ni ada dalam hidup aku since aku Form 1. kenapa? sebab aku duduk asrama dari aku Form 1. so bila balik, itu adalah waktu berehat yang paling ideal untuk aku. bawak lah balik selori buku pun, kalau kira nasib baik, aku bukak lah sebiji kot buku. kalau nasib baik. kalau tak nasib baik? korang fikirlah sendiri eyh. hehehehe. 

okay2. kenapa aku kecoh sangat pasal quiz ni eyh? sebab ini carry mark aku. yang akan menentukan grade aku nanti apa. sepanjang aku dekat main campus ni, result aku selalu tak berada di tahap yang memuaskan sebab aku punya carry marks ni lah. final memang aku pulun habis selalunya. tapi dah kalau carry marks macam apa, nothing we  can do kan? so, bagi aku sekarang ni, every quizzes is important dan tak boleh nak dipandang sebelah mata. 

eh2. dah2 lah tu kan. baik pergi study sekejap. bye2! 

SALAM~

17.5.11

happy teacher's day! :)

satu lagi cliche entry kan? yes. aku bukan creative orangnya. nak type apa yang ada dalam hati dan kotak fikiran je. suka hati lah kan? :)

okay. disebabkan aku sangat lah bengong tak wish "SELAMAT HARI GURU CIKGU!" or "HAPPY TEACHER'S DAY TEACHER!" dekat any of my teachers di segenap pelosok dunia, (okay, aku rasa ejaan bm aku ni tak betul.) aku wish dekat sini boleh? :)

SELAMAT HARI GURU CIKGU2 SEMUA! :)


hahahaha. ucapan macam ni cukup ke nak balas semua jasa cikgu2 dekat dunia ni especially yang pernah ajar aku sampai aku kat tahap ni? noooooo. definitely no lah kan. soalan senang je ni. but then, takde apa dalam dunia ni yang mampu nak balas balik jasa insan yang bergelar pendidik ni, walau sekeras mana pun kita usaha cari. tak ada. cuma, kejayaan yang kita bawak, yang kita capai, cukup membanggakan. cukup untuk hati kecil diorang berdetik, "tulah anak murid aku dulu." sambil tersenyum gembira. nothing is more precious than that. therefore, khas untuk cikgu2 yang pernah mengajar saya, Najwa Farhana bt Mohd Hudzir, dari Tabika Perpaduan, Sekolah Kebangsaan Kampung Cheras Bharu, Sekolah Rendah Agama Kampung Cheras Bharu, Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri, Sekolah Rendah Agama Al-Mubarakah, dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. and of course tak lupa untuk semua lecturer IIUM dari foundation dekat CFS IIUM Petaling Jaya and sampai sekarang, dekat sini, IIUM Main Campus Gombak. terima kasih yang tak terhingga! 

and definitely, to a very special teacher in my life, Puan Rusilawati Mohammad Lazim. you're my superwoman! you're the one who teach me all things in my life. i owe you everything~ 

last but not least, mak long! happy teacher's day along! you've been such a great teacher. i know that. walaupun terpaksa bertekak dengan anak2 cina tu kan? hehehehe. takpe. asal niat ikhlas, they'll thank you one day! :) 

these are my teachers! :) 
pink - Cikgu Rusilawati
purple - Cikgu Rosnawati (mak long)
diorang ni adik beradik. that's why nama nak dekat2 sama! 
dan mintak maaf sebab tak boleh nak upload semua gambar cikgu2 saya.
nak list down pun tak mampu. :( but then, korang tetap yang terbaik and akan ada sentiasa dalam hati! 

again, selamat menyambut hari guru buat semua guru di dunia. peranan anda sangat besar dalam kehidupan kami semua. we, especially me, won't be here without you guys. I LOVE YOU ALL!  

SALAM~

15.5.11

thank you Allah!

done! i'm done with it. akhirnya. dapat sesuatu yang sangat pasti. terima kasih Allah! :) tak terkata terima kasih dengan apa yang Kau bagi. dan insyaAllah, misi ini akan dijalankan dengan jayanya walaupun masih tak tahu apa cara yang terbaik. takpe. He'll show the way.~ apa yang pasti, ini akan sangat meringankan hidup. mungkin tak senang dan tak indah. tapi biasa lah, jalan nak menuju redha Allah bukan mudah kan? bukan manis dan damai je sentiasa. Rasulullah yang sangat tinggi kedudukan di sisi Allah pun rasa susah berdepan dengan macam2 rintangan untuk berjaya dalam Islam. ni pulak aku kan? heeeee. dan kalau pun susah tu akan datang mengganggu gugah prinsip yang baru nak dijinak2kan dalam diri, percaya lah. cakap lah banyak2 kali dalam hati, "ni baru sikit. tak tercompare dengan semua dosa yang pernah kita buat dulu." dan lagi, "Allah sentiasa ada dengan orang2 yang sabar. orang yang sentiasa berusaha nak buat baik walau sangat susah untuk dia sebenarnya." :)

oh yea!

ada tips untuk kawal nafsu. tak kira lah nafsu apa pun. lagi2 untuk kaum2 saku ni, kaum Hawa, yang semua orang tahu ada 99 nafsu. marilah berpuasa! lama dah tahu benda ni. tapi masa buat, mungkin tak terasa keberkesanan dia kan? mungkin sebab tak betul2 menghayati apa yang tengah buat. tak betul2 ikhlas. setiap kali beribadah, mintak lah dengan Allah, "Ya Allah. Kau terimalah ibadahku ini." :) pendek je kan? senafas pun boleh. tapi, kalau baca senafas, sempat ke Allah nak dengar? :)

korang tak perlu tahu lah apa misi aku yea? kang kalau cakap kang, orang kata gebang pulak kan? hehehehe. biarlah aku je tahu apa yang aku nak buat. banyak yang perlu disiapkan. semua. yang penting, keberhasilan dia. hahahaha. :)

p/s : sorry kalau post ni macam berlagak aku tahu semua benda. sekadar perkongsian simple yang mungkin ramai antara kita dah lupa. so, aku ambik kredit sikit lah untuk ingatkan orang lain walau actually ini ditulis 100% untuk diri sendiri :) so, no heart feelings okay? 
SALAM~

13.5.11

all in one

semester baru bermula! :) macam2 jadi. baru start sem weyh. baru start sem pun aku dah rasa macam2. baru berapa hari pun aku dah ada macam2 dekat dalam hati. teruk kan aku? hehehehe. takpe. masih boleh diabaikan. since hati aku masih suci murni dan segar gitu. hahahaha. pedulikan je semua kan? yang penting, aku usaha! hoyeaaaah!~

pengabaian bagaimana pun, berhasil! :) i'm very used to it. orang kata, "alah bisa, tegar biasa." :)

dan untuk short sem kali ni, aku ambik dua subjects. MEC 1392 ; Dynamics dgn apa yea course code untuk manufacturing drawing. hahahaha. tak guna kan UIA ada student macam aku? ngeeee. yang penting, berjaya! :))

oh yea. untuk short sem ni, roommate masih yang sama cuma bertambah ahli. buat masa ni je lah. tapi kitorang kena naik setingkat lagi. :( biru2 muka semua nak sampai bilik. hahahaha. setahun okay pendakian ini akan terjadi. takpe. boleh lah exercise kan. kata nak kurus. otot2 akan mula terbentuk dgn jayanya menggantikan lemak2 yang terkumpul. ngeeeee. bila najwa farhana merepek. nasib korang lah kan? :)

dan. masih mengalami dilema yang sama. bila hati tak pasti, hanya ada satu je tempat pergantungan yang pasti menenangkan ; Allah. Dia Maha Mengetahui. angkat tangan, berdoa sahaja yang mampu. bila terkadang dah rasa macam jumpa dah apa yang dicari, jangan pernah berhenti berdoa. sebab nanti syaitan akan datang in between. dekat sini lah yang kita selalu buat silap. :) teruskan pergantungan yea? saya harap saya pun begitu! amiiinnnn :)

mode : sangat merindui kawan2 lama. jom lah jumpa korang. :(
p/s : benda ni satu perasaan je ke apa? okay. memang tak senang, 
but still, mesti ada hikmah kan? doakan saya kuat ye rakan2. 

SALAM~

5.5.11




this is soooooo true! or else, u'll lose the person that you're most comfortable with.
:(

result!

~naaaaa~ cliche kan? hehehehe. suka hati lah. blog aku! :p

tak2. ni nak cakap pasal apa yang keluar depan mata aku tadi ni, adalah apa yang aku dah usaha, tak usaha, baca, tak baca, pergi kelas, tak pergi kelas, dan sebagainya lah. come on lah. korang pun student kan? tak pun, pernah jadi student kan? so korang tahu lah apa benda sebagainya yang aku maksudkan itu :)

ecah pernah cakap, "aku percaya, kita dah usaha. yang kita pergi SLEU semua tu, mesti Allah akan kira as usaha kita. turun dari ruqayyah nak sampai blok engine, terkejar2 takut lambat, buat muka tak malu nak masuk kelas orang, redah hujan, basah kuyup semua tu, mesti Allah akan kira."

itu sangat betul kan?

semuanya Allah kira. Dia Maha Mengetahui kan? hatta benda sebesar zarah pun dalam pengawasan Dia. inikan pulak terang tang2 kau berlari ayam kejar bas nak pergi blok engine untuk sleu itu. :) Dia tahu ada usaha kat situ. walau pun pergi kelas, aku boleh serap 30 minit yang pertama je. sebab dah penat seharian kelas kan? malam pergi lagi SLEU. exhausted lah. hehehehe. banyak je merungut najwa farhana ni kalau pasal belajar. cuba kalau suruh tidur ke. makan ke. CONFIRM! takde bantahan! hahahahaha. dan walaupun aku banyak je tuang kelas SLEU ni, lagi2 programming, aku still, ikhlas bila aku pergi tu. oppssss. ikhlas tak boleh sebut kan? heeee. i mean it. :)

tapi, satu yang pasti. apa pun keputusan tu, kena usaha lagi. tak guna menyesal benda yang dah lepas. aku ni ada satu perangai yang menyampah. dah dapat result yang macam tu, jauh lagi baik dari orang lain (lah kot) pun, aku akan still keluar ayat, "kalau aku usaha sikit lagi, mesti tak seteruk ni."

tak2. salah ni. aku tak boleh keluarkan perkataan kalau ni dekat benda yang dah jadi. tak baik. sebab? sebab macam tak bersyukur bunyi dia. bila orang yang lagi teruk drpd aku akan cakap aku tak bersyukur. walau pun itu sebenarnya aku nak marah diri sendiri. still tak boleh. kalau nak cakap, make sure ada dinding je dengan aku masa tu. baru boleh keluar ayat tu. hati orang kena jaga. hubungan dengan orang pun kena jaga. bila orang senang dengan kita, tak terasa, tak sakit hati, baru lah hidup pun senang. sebab kita tak hidup sorang2 atas muka bumi Allah yang luas ni. :)

dan dekat sini, aku nak cakap terima kasih banyak2 dekat, AYAH & IBU. kalau takde diorang, takde doa dari diorang, tak mungkin aku rasa nikmat menimba ilmu yang hebat macam ni.

family, jauh and dekat, yang banyak mendoakan dan bagi semangat, zillion thanks to all. :)

antara ayat yang aku suka ;
"good luck. may your dream comes true." -Mak Long

next, dekat kawan2. yang sangat2 banyak membantu. lahiriah dan rohaniah. kalau nak suruh aku mention satu2 nama, memang tak boleh. sebab, korang, SEMUA, banyak sangat tolong aku dah. kita rapat sangat sama2 kan? aku sayang korang semua. banyak2. sangat2.

dan yang paling penting. MERCI ALLAH! terima kasih sebab bagi aku orang2 hebat untuk mendukung dan menyokong setiap langkah dalam kehidupan seharian. Dia tahu aku tak kuat, sebab tu lah aku dapat wonderful people macam korang! syukran Ya Allah :)