21.10.10

hectic !

hello semua! aku baru balik dari quiz electric circuit. fuuhhhh. memang terbaik lah kan. jawab quiz macam jawab apa je. minggu ni sumpah hectic gilaaa. hahahaha. terbaik! najwa farhana memang terbaik! heeeee. okay2. let's review apa yang jadi minggu ni okay?

hari isnin takde apa2 yang berlaku. kelas berjalan seperti biasa. dan hey, final semakin menghampiri. so konon2 poyo lah study kan? hehehe.


selasa ; final CAD
!! haaaaa. ini part yang agak menarik lah. when you come to the final examination without any preparation, what do you expect for your result? haihh. tak serik2. semua orang pon tahu kalau tak usaha, confirm lah tak dapat kan? ok. kalau cerita drawing, CAD boleh cakap lagi. boleh tibai ikut suka hati tangan lagi nak tekan macam mana maouse tu bagi ada gambar and dimension semua. so, aku pon buat lah exam dengan tangan yang menggigil2. buat drawing, memang tangan akan menggigil dengan sendirinya x kisah lah pensil atau mouse tu yang akan bergetar2. hahaha. parkinson? tidak lah. nervous! hahaha. final CAD takdelah berjaya sangat. tapi lulus itu mungkin! hahaha. tunggu drawing yang pakai pensel 31 ni lah. tengok muka aku pucat tak keluar dewan tuh. hehehe. padahal nak majoring manufacturing ni. itu subject utama kowt besides static and dynamics. hesh. najwa2. then pergi makan kat kaed dan nampak lagi manusia itu. hahahahahahahaha. gelak je mampu. plus, geleng kepala. muka tak bersalah langsung! manusia2. tak terkata apa dah. ok2. enough. fullstop. then dah kenyang, pergi derma darah dekat masjid. lama gila beratur kot! dushh. ada pulak manusia yang tak berperangai macam yang dia pakai. adoi. sabar je lah. dan macam biasa lah. darah saya senang je penuh dalam plastik tu. hahaha. terlebih darah lah katakan. baik kita derma! :p dan beramah mesra dengan satu foreigner ni. dia suka gila cakap masyaAllah tau. sangat seronok borak dengan dia walaupon sekejap je. ada satu ayat dia yang tak boleh blah, "All the engineers here are very2 generous." hahaha. sebab apa keluar ayat ni. sebab dia tanya aku kuliyyah apa. hehehehe. uia pakai kuliyyah instead of faculty. :) yeaaahhhh!! kami mmg engineer yang baik! hahahaha. then pergi kelas ec. malam ada meeting. lambat balik + lapar. balik meeting, pukul 12 lebih baru buat homework yang melambak + kene study untuk quiz static petang rabu. fuuhhh. menarik!

rabu ; tak pergi kelas ungs sebab kono2 mahu study. tapi taakk pown. hahaha. faham2 lah najwa farhana kan? mmg pemal
as tahap tak ingat. tidur je sepanjang2 tu. gila tak? tasmi' pon tak. haishh. dan KASUT HILANG!!hilang okaaaayyyyyy~ kasut tu kalau kira2, baru pakai 4 kali. baru beli minggu lepas2. sedih tak? dah lah kasut tu ayah aku yang belanja. kasut tu pon aku sangat suka sebab cantik+selesa+murah. :'( tak terkata bila tau kasut tu hilang. bagitau ibu, respond dia senang je. "no comment" ala2 artis gitu tak? hahaha... bagitau ayah, "padan muka..he he he :P " , itu yang dia kata. adoi. redha je lah kan? hahaha..esok mahu report dekat MO. tadi lupa. :) dah2. malas nak cakap pasal kasut hilang ni lagi dah. malam ada kelas drawing. penat gila. balik pergi tasmi', menapak naik tingkat 4 blok G mahallah asma'. untuk hafal 2 hadith je. haishh. balik bilik kene study untuk quiz ec hari khamis. plus tasmi' al-Furqan. phewwww~

khamis
; ada quiz ec pukul 2. pukul satu kena pergi jumpa kak fasiha dekat masjid untuk tasmi'. pagi tak study langsung. tasmi' pon tak. duduk je tercongok macam orang gila dekat bilik. pasang lagu kuat2. nyanyi2 macam orang gila. otw nak pergi tasmi' baru hafal satu hadith. sampai2 kat masjid, baca hadith, then baru hafal 4 ayat je Furqan. see? dalam beberapa minit tu aku boleh hafal sebanyak tu. kalau aku usaha dari awal? tak ke penuh markah tasmi' aku? shesh~ teruk betul. tak usaha, tak dapat lah. haihhhh. kalau usaha mesti boleh. Allah pon ada untuk tolong orang yang berusaha SAHAJA! haissshh. penat mengeluh memikirkan ketidakmaintainan diri untuk keep on usaha untuk berjaya. macam mana nak jadi engineer berjaya? :( nasib baik kakak itu baik. aku hafal 5 ayat je, then dia suruh baca the rest. baik kan? :) terima kasih kak! sorry sebab menyusahkan akak. hehehehehe. quiz?tak yah cerita. tutor macam apa je. kalah lecturer kot. selalu nye dr. musse yang jaga quiz kitorang. tak menggelabah macam kau pon lah! dah kene duduk selang2 kan? kerusi tak cukup. kitorang dtg lambat sebab pergi tasmi' lama gila as ni hari last, dan tak dapat lah seat. mmg setiap kali quiz akan ada yang duduk kat lantai bawah kat belakang. fine lah. sekali kertas soalan tak cukup. satu soalan, kongsi 3 orang. macam mana lah tak duduk rapat2? kalau duduk jauh2, macam mana nak nampak soalan tu la sengaaaaaallllll. haaaaaaaaa. bengang gila aku. pastu pergi tulis soalan kat depan. dekat white board yang memang kotor dan itu soalan circuit okay. tak nampak langsung nilai capacitor kau tu. plus, kitorang duduk belakang sekali dekat bawah;atas lantai; kau ingat nampak ke??? duduk tengah2 atas kerusi pown belum tentu lagi clear circuit yang kau tulis kat depan tuuuu. nak tak nak memang kitorang buat bodo je la share soalan yang satu tu. poyos! nak kata2 kitorang tengok kertas each other pulak. kitorang tengok kertas soalan la weyh. haihhh. geram aku. susah gila bila ada orang kerek macam ni. haaaa. geram aku! dengan tak selesanya nak jawab kat bawah tu. gila!

pheeewww
~~panjang gila kan?cerita seminggu. hehehehe. aku nak post jugak. biar lah panjang pown. :p masalah hati, jiwa, raga, bakul, minda, dan semua2 tak include lagi ni. nanti la bila2 rasa mahu tulis, aku tulis. nak kene pergi belajar calculus. exam tak lama. tak start apa2 lagi. minggu ni nak balik sebab birthday ibu isnin tu. projek CAD baru nak start esok. haru betul lah jadi budak degree ni. ibu selalu kata, " alaaaaaa. degree kan far2 away lagi senang. tak payah risau. " tak payah risau banyak lah ibu. ibu tak ambik degree dekat UIA dan jugak bukan ambik kos ENGINEERING. ini sangat tough. dan nak menyesuaikan diri lagi. kitorang memang terabur gila2 kat sini. masih berusaha menyusun segala2nya untuk jadi okay dan normal macam dulu2 dan biasa2. pray for us, budak2 engineering okay? hehehehe. terima kasih! :)

sumpah penat.
SALAM~

20.10.10

kuat!

there will be the time
when people just don’t want you anymore,
they’ll leave you
and
won’t talk to you anymore.
you’ll have to stay STRONG and continue living.
because that’s life.


kuat itu perlu!
:)


18.10.10

kuat najwa kuat! yeaahh~~ jangan kalah! hehehehe. najwa farhana kan kuat? teruskan usaha untuk kuat. Allah ada. :) sekarang, sila fokus okay? sekejap je. lepas tu kau nak meroyan ke apa ke, suka hati lah. :)) sekarang mari tengok jadual final!

19/10 - CAD
23/10 - study circle 1
31/10 - drawing & ungs
2/11 - electric circuit
4/11 - calculus 1
7/11 - statics

malas nak letak waktu. pray for me yea rakan2? result midterm teruk. kene fight macam orang gila ni. orang lain semua okay je result. aku je huru hara. haihh la. apa nak jadi entah. tapi, sempat lagi ni. sempat2. akan diketepikan semua yang ada kat depan kecuali stduy dan buku! hoooyeeaaaahhh!! hahaha. gila sebentar. satu yang aku ingat dari kem motivasi mana entah yang aku pernah attend, "Never Never Never Never Never Never Never Give Up!" . memang. Allah kan ada untuk tolong hamba Dia yang tak berhenti2 usaha? so rakan2, marilah bersama2 berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! :)) all the best!

SALAM~

17.10.10

hello mr final ! :)

terbaik!!tak kurang 2 minggu je lagi final dan najwa farhana boleh lagi tadi pergi berjalan2 tak tentu macam orang gila takde hala tujuan. kepala memang takde dekat dunia nyata lah kan sampai nak kene langgar dengan teksi bagai. nasib baik pak cik teksi tu tak marah. kalau tak free2 kene maki. and berapa kali entah hari ni asyik kene cakap dekat orang, "sorry!" , sebab terlanggar. duhh~ kronik ni. kenapakah? inilah keadaan bila nak final. semua final aku dari start kat cfs lagi. mesti berterabur baik punya lah keadaan. huru hara! ada je benda yang menguji. orang lain kene handle paper final je yang berlambak2 tu. aku? ada extra homework okaayyy~ haihh. how meyh? like seriously. ada sape2 nak offer aku class 'How To Control Your Emotion' ? i need one by now. tak cukup nafas rasa fikir benda2 ni. tolonglah berlalu dengan baik encik final. kamu selalu datang dengan extra saudara. kenapa? rumah saya kecik je untuk ramai2 lawat dalam satu masa. kang terpecah2 kang. tak terlayan saya semua. ikut turn okay? please.


p/s : berjaya release sedikit selepas berjalan2 satu hari.
itu untuk hari ini.
esok?
lusa?
dan hari2 yang seterusnya?
let Him decides. :)
saya kan kuat?
perlu! harus! mesti!

SALAM~

16.10.10

the thoughts of losing you sangat kuat.
sangat kuat.
this is not my first time.
i can read what will happen next.
kenapa?
sebab "Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha." ke?
kuat!
it's a must!

12.10.10


A
llah memang selalu ada untuk tolong kan?

kenapa dah berbulan2 lalu jalan yang sama, pergi musolla yang sama setiap hari isnin sampai rabu, baru tadi nampak banyak benda yang menyedarkan diri sendiri apa yang perlu dibuat? Allah. memang Allah Maha Mengetahui segala2nya. Allah Maha Mendengar. kalau tak,masakan all this while yang aku tak tadah tangan berdoa, Dia tak tunjuk? sebab Dia tak dengar aku mintak. simple kan equation Allah buat? tak mintak = tak dapat. banyak gila words yang aku nampak sepanjang aku jalan nak pergi musolla, sampai lah ke kelas ec. nak balik pon still nampak. see? Allah dah tunjuk. tinggal aku je nak ambik step yang patut. sekarang berdoa pulak untuk kuat. kuat buat keputusan. kuat lawan diri sendiri. tak senang nak buat benda baik. tak senang nak jadik baik. tapi benda2 baik yang tak senang nak buat ni, kalau usaha sungguh2, with Allah's will and mr time punya pertolongan, insyaAllah boleh. dan hasilnya nanti mesti sangat best. mesti! sebab benda baik, yang Allah suka, mesti Allah redha. rakan2. doakan saya yea? mr blog pon. lagi lah wajib doakan saya! :) luas dah jalan yang Allah buka dan tunjuk. tapi kekuatan masih belum datang. ohh encik kuat. sila datang jadi kawan baik saya boleh? saya alu2kan kedatangan awak! :)


saya takut nak buat benda ni. takut tak kuat. takut tak mampu. takut orang kata berlagak nak jadik baik, padahal tak. takut orang kata benda baik ni tak kekal lama saya buat,nanti saya buat jahat jugak. takut semua2. tapi, ada ayat tadi yang tulis, if u said, "i am scared" , Allah replied, "I am here for you". ini buat saya rasa apa2 pon jadi, saya ada Dia to return to. percayalah. setiap kali kita pusing kepala kita untuk cari orang untuk dikongsikan masalah yang ada, dan di saat itu kita tak nampak siapa2, ingat, dalam hati kita, kita ada Allah. so, jom sama2 tadah tangan and berdoa banyak2 dekat Allah! kak fasiha kata, Allah ada sifat malu. Dia akan malu kalau tak makbulkan apa yang hamba-Nya minta. lagi2 kalau kita doa tak henti2, tak putus2, dengan penuh pengharapan. :)

oklah. mahu asar. dah pukul 6 lebih! macam mana nak jadi baik ni? :p

SALAM~

11.10.10

arrgghhhh!! mengantok! lately ni mengalami masalah tidur yang melampau! tidur tak lena kowt.. haishhh~~ sikit2 terjaga. sikit2 terbangon. letih tahu tak? kenapakah encik mata? awak ada apa2 masalah dengan saya ke? :( be nice to me okay? final is just around the corner. nanti waktu2 tak boleh nak tidur banyak2, mula lah kau sebok nak tidur banyak2. terencat namanya tuh! haihhh~ walaupun otak berfikir pasal baaaaaaanyaaaaakkk benda, sila berehat pada waktu yang disarankan okay? kitaran hidup terasa sangat tak normal sekarang. tidur pukul 2, bangun pukul 4. lepas subuh, tidur 1 jam. bangon, x boleh tidur dah. kelas sampai petang. dalam kelas, mengantok. malam x boleh nak buat kerja. nak tidur je tahu. GILA!! nak jawab apa periksa nanti??? duhhhh~

i'm letting you go

lama gila dah mahu tulis post ini. cuma baru hari ini berkesempatan. tajuk sepertinya menarik kan? tak. ini cuma sebahagian kenangan yang dah lama dilepaskan dan saja2 nak simpan kat sini. :)

untuk pak cik yang saya nak cerita ni,saya tau awak takkan baca. so, bagi org lain baca je lah yea? :) i have to admit,kenal dengan awak bukan satu kesalahan dan jugak bukan satu benda yang perlu disesalkan. Allah dah tentukan yang terbaik kan? terima kasih untuk semua yang pernah ada antara kita. banyak benda yang saya belajar daripada pak cik. banyak. terima kasih. dan harus diakui, pak cik yang pertama. susah nak lupakan dan lepaskan yang pertama. saya bukan dumbledore. lagi2 bila pak cik seems perfect di mata saya. :p tapi saya kena lah kan? move on is the best way. mr time dah tolong. Allah pon dah tolong. sekarang saya nak tolong diri saya sendiri. :) banyak kali dah Allah tunjuk apa yang baik untuk saya lupakan pak cik. saya dah nampak banyak kali. dan saya dah decide habis2, saya lepaskan awak. :) bukan senang. tak mudah. tapi Alhamdulillah. saya mampu. semoga pak cik bahagia dengan kehidupan baru! banyak persoalan dah terjawab. cuma satu je lagi. what is the true reason? itu sahaja! lambat laun mesti terjawab jugak kan? Allah ada. :)



sejarah dengan pak cik,xkan tertulis dekat sini.
biar saya je yang tahu okay?


saya just nak cakap, i'm letting you go.

SALAM~


7.10.10

unstable

saya rindu kawan2 sekolah saya. yang boleh pelok saya tanpa segan silu bila saya menangis tak berhenti2. zerra, alin, adzrin, yana, eby, echa, dan raaaaaaaaaamaaaaaiiiiiiiii lagi. dan juga membuat saya teringat seseorang. serious,ini masa kritikal yang kedua dalam sem ni. gombak sangat menguji ketahanan mental dan fizikal. dan air mata. please? jangan lah keluar sekarang. i need my mata untuk focus on study for my final lab test pagi esok. tolong? saya memang sangat tak stabil. tapi please? sabtu dan ahad masih ada untuk kau keluar. i don't even start the first experiment yet. tak cukup lagi ke semalam? Allah. berat sangat rasa dalam hati ni. nak sangat return back to Him. only He knows the best kan? saya tak suka buat pilihan. saya tak pandai buat pilihan. saya tak nak buat pilihan. encik pilihan. kenapa selalu jadi macam ni dengan saya? tak boleh ke ambik dua2? tamak sangat eyh? saya tak nak mengeluh. tapi saya ada blog ni je sekarang untuk kongsi semua2. saya dah biasa sorang2. walaupun dulu dah pernah ada orang ajar macam mana nak kongsi rasa dengan orang lain. tapi bila orang tu hilang, skills nak berkongsi tu pon hilang. and i don't think that it'll come back. isn't it's better for me to trust myself more than others? biarlah orang nak kata berahsia pon. memang itu maksud nama saya. NAJWA = bisikan RAHSIA. memang sakit simpan sorang2. tapi lagi sakit kalau kita nak share dengan orang, orang tu tak membantu langsung. menambah berat dalam hati dan dada lagi adalah. baik pilih sakit sendiri sorang2 diam2. sekurang kurangnya, diri sendiri yang sengal degil pendam sorang2. ohhhh. saya rindu kawan2 saya. kawan2 yang selalu ada bila saya susah dan senang. saya tak ramai kawan yang macam ni. ini hari emo sedunia. dear blog, thanx for always being there for me. saya sedikit lega sekarang. mari angkat tangan and doa banyak2 kat Allah bagi saya kuat kuat kuat dan kuat. thanks people!

p/s : saya masih mengalami masalah nak kawal emosi. :(
ada tak kelas untuk tangani masalah emosi macam ni?
saya nak jadi orang first yang register!

SALAM~

6.10.10

banyak yang mahu dikongsikan..tggu free yea? :)