29.5.12

tangan, baju kurung dan dot dot dot

Assalamualaikum ! :)

di saat boleh tahan ramai jugak kawan2 aku yang dah habis exam, aku baru settle dengan 2 paper. still got 3 to go. and next paper ni, sangat mencabar. sebabnya 4 bulan aku pergi kelas, itu pun ada yang pergi ada yang tak pergi, KOSONG. dah boleh nyanyi lagu Najwa Latif dah dekat sini. tapi takpe lah. aku still ada 4 hari untuk cover dia. buahahahahaha. so ironic kan? 4 months syllabus need to be covered in 4 days. that's explain why engineering students are awesome! hehehehe

alright. aku baru habis 2 paper kan? paper tadi adalah paper menulis yang panjang2 tu. essay lah maksud dia. dan disebabkan aku tak pergi last class tu, aku tak tahu pun boleh jawab dalam bentuk point. hahahahaha. padan lah dengan muka kan. dan sekarang, aku mengalami masalah sakit tangan yang melampau. 2 jam tak berhenti menulis weyh. menaip ni pun lembab lah jugak sebab kadang2 terasa jugak sakit dia. dan malam ni, aku confirm and sure 100% yang aku akan menangis bila nak tidur. sebab paper haritu pun samaaaaaa. 2 jam setengah menulis non-stop memang membuatkan aku menangis teresak2 nak tidur weyh. so, sila berlari sekarang carik minyak panas siap2 letak sebelah katil. @_@ masalah jugak kalau semua benda pun nak tulis sepanjang exam eyh?

jangan terpedaya. bukan lah maksudnya aku jawab cemerlang gila soalan2 exam aku tu. cumanya, trying to give the best shot. ibu aku selalu pesan, "BUAT YANG TERBAIK." it's that simple kan? :)

aku ada baca satu link ni. comel. senyum sorang2 aku baca. tadi sebenarnya nak copy paste. tapi tak boleh lah pulak. so korang try lah bukak and baca. confirm tersenyum2 punya korang! :p yang paling lebar buat aku senyum is ayat ni.

'Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali.'

it's more more and more safe to wear baju kurung when we are out there. people will much2 more respect you for what you're wearing. sebagai pelajar UIA yang sangat lah dedikasi dengan dress code, aku memang selalu bangga keluar pakai baju kurung. bagi aku, tu bukan satu masalah. janji, tutup aurat. :)

mode : seronok bila teringat ada 4 baju kurung dah tempah untuk raya. hehehehe. kau hadaaaa? :p

p/s : actually nak post lain tadi. ni dah melalut ke lain pulak. it's okay :) janji apa yang aku tulis ni at least bagi sedikit input untuk orang lain. :))

SALAM~

No comments: