23.7.11

happy face, sweet dreams

KORANG!

hehehehe. assalamualaikum! :))

tahu tak kenapa aku terlebih ceria malam ni? sebab tadi pergi shopping!!! weeeee. well~ perempuan dan shopping tak dapat nak dipisahkan. setuju tak? siapa setuju angkat telinga! hahahaha. ni lah jadi bila mood gembira menjulang tinggi. betullah kalau orang kata shopping tu therapy yang baik. bagi yang tak kena keluar duit lah. hehehehe. :p

oh btw, aku tak shopping saja2 okay. kebetulan jusco SALE. dan jugak memang nak kena carik baju untuk malam amal anjuran sekolah ibu malam esok(malam ni kalau ikut jam). protokol nak menepati tema majlis, merah hitam. :) menggagau kitorang carik baju nak pakai. heeee. almaklumlah. tak berapa nak berani nak pakai baju terang2 ni. heeee. oh dan satu lagi. SEPAH antara artis yang akan menjayakan malam amal ni. hopefully, semua akan berjalan lancar lah. heeeee. gambar baju, aku dan sepah nanti aku tunjuk okay? hahahaha.

dan tadi, aku belajar satu resipi baru dengan ibu. bukan atas kerelaan hati sebenarnya. biasalah ibu aku. paksa jugak. kalau tak paksa, anak dia sorang ni memang haram lah tak tahu apa pun kat dapur tu. senduk dengan sudip pun tak tahu beza lagi gamaknya. heeeee.okay2. back to topik kecil. tadi aku kata aku belajar masak kan? hari ni aku masak satu puding. kalau dekat pekan, orang panggil puding raja. korang tahu tak? meh aku tunjuk gambar sikit.


ni ilustrasi je eyh. yang kitorang buat petang tadi tuh tak lah macam ni. puding dia tu guna castard biasa je. so warna kunig. takde lah meriah2 macam ni pun. tapi rasa dia, SUPERB! hehehehe. makan sejuk2, lagi sedaaaaaaappp :)) lagi2 kalau puding dia tu ada jagung. weeeeeeeee~ menjilat sudu lah yang pastinya!! hehehehehe. okay lah. nak tidur. banyak benda nak buat esok. selamat malam dunia! :)

p/s : dah reti masak puding ni, kira boleh kahwin tak? weeee~ mood gatal menyerang! :p
SALAM~

2 comments:

Lyea said...

statement last tu.. alahaii~ :D

jujufarhana said...

kenapa dengan statement last tu cikpah? :p