resdung ni sejenis alahan. adik beradik dengan semua jenis allergic dalam dunia ni termasuklah asma@lelah. korang pelik? ini fakta daripada doktor aku okayh. bukan daripada aku. hehehehe. ibu ada lelah. so kira macam aku inherit penyakit anak beranak sepupu sepapat dia lah ni. :p resdung ni ada banyak jenis. ada yang alah dengan seafood, habuk dan macam2 lagi. tapi aku, alah dengan sejuk. heeee. pelik? tapi benar. hidung aku tak boleh nak sejuk lebih2 sikit. nanti aku akan bersin non-stop dan rasa nak cabut hidung panaskan atas dapur. heee. dan sangat susah nak bernafas. aku pernah rasa macam nak mati dah (kott) bila tak boleh nak bernafas sebab sejuk sangat. ini jadik kalau tidur dengan kipas speed no 2 selalunya. dan semalam, AKU BERJAYA TIDUR DENGAN NYENYAKNYA TANPA ADA GANGGUAN PERNAFASAN SEMASA DAN SELEPAS BANGUN TIDUR! :))
aku kecoh? kesah apa. korang tak tahu ada rasa sakit dan tak selesa macam aku. bagi yang rasa, meh kita sama2 berusaha cari cara terbaik untuk dapat tidur dengan best setiap malam! :)) aku pun tak tahu kenapa tiba2 malam semalam aku dapat tidur dengan sangat selesa walau kipas berpusing dengan kelajuan no 3. selalunya kalau pakai no 1 pun aku dah sangat2 tak selesa sebab kena cover hidung dengan selimut and end up dengan lemas dalam selimut sendiri. yelah kan. kot celah mana nak dapat ventilation kalau dah selimut melekat dekat muka. haihhhh. tapi semalam, tidur tanpa selimut! kipas speed 3! weeee~~ :)) bahagianya kalau hari2 Allah kasik macam ni :) terima kasih Allah!
tulip SANGAT cantik. nak satu!
cantik kan tempat ni? jom lah pergi awak! :))
yang ni colour dia sweet sangat kan? :)) love!
dapat satu yang ni je pun takpelah! :))
p/s : takde idea nak letak ganbar apa sebenarnya. entry2 sebelum ni lama dah tak bergambar. :) tapi seriously, cantik kan? :)
SALAM~
2 comments:
the first picture is keukenhoff tulip's garden... ;)
Nice place for tranquility ~
wohaaa. saya yang mengepost pun tak tahu tempat ni dekat mana. hahaha. btw, thank you for the sharing :)
Post a Comment