perkongsian dengan kawan yang seorang tadi, buat aku rasa nak tulis something. lebih kepada peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. kita kena selalu bersyukur dengan apa yang kita dah ada sekarang ni. apa kat sini, general okayh. barang, harta, keluarga, kawan, nyawa, muka, kaki, tangan dan semua2 lah yang sekarang ni dah nyata milik kita. kenapa?
sebab kalau kita rasa macam tak cukup, kita kena ingat. orang lain jauh lagi tak cukup daripada kita. aku faham dan aku tahu manusia ada satu nature dalam diri dia which, tak pernah rasa cukup. tak pernah puas. pendek kata, tak pernah bersyukur dengan apa yang dah ada. dan manusia ni termasuk lah aku.
korang baca tak latest entry aku kalau tak silap. ada aku cakap pasal, jangan nilai pasangan kita sebarangan. sebab yang pastinya, kita pun tak perfect. come on lah. kita ni bagus sangat ke? kalau nak kata perfect, memang kena pergi tengok cermin dulu lah. kita kena belajar terima both kebaikan dan keburukan dia. kena berani hadapi kenyataan. kalau2 dia bukan yang macam kita harapkan dan idamkan. jangan terkejut and cepat melatah. slow2 fikir balik. itulah diri dia. dia mesti berharap yang kita boleh terima dia macam mana dia try nak terima kita seadanya. :) kalau dah betul jodoh, we're meant to complete each other kan? so, to my dear friend (aku tahu kau tak baca ni) , chill sahaja okayh? jangan nak dibanding dan dicompare dia dengan bf orang lain. jangan nak sibuk2 cakap dia ni sweet, dia tu cute. encik awak tu dah sangat bagus untuk awak. dia mungkin ada alasan dia sendiri kenapa dia macam tu. untuk kesenangan awak di hari nanti mungkin? :)
ingat.
bersyukur sebab ada orang yang tak kahwin2 lagi tak jumpa jodoh, tapi awak dah ada dia insyaAllah. bersyukur sebab at least awak ada dia. bersyukur sebab awak dah boleh start nilai dia walaupun kita takkan pernah betul2 kenal siapa dia bf kita melainkan bila dah betul2 hidup bersama nanti. bersyukur sebab still ada masa nak tadah tangan dekat, mintak dekat Allah, bagi jodoh yang betul2 untuk kita. bersyukur sebab kalau dia jugak yang jadi jodoh awak, itu je cacat yang dia ada. :) okay? saya sayang awak lah kawan. jangan sedih2 and rasa macam tak best ke apa eyh? banyak dah dia buat untuk tunjuk sayang dia dekat awak. dia takkan buat kalau dia tak sayang kan? percayalah, mungkin dia yang terbaik. :)
kita tak boleh nak letak expectation yang tinggi pada satu2 perkara. sebab nanti, apa pun hasil dia, kita akan lebih kecewa daripada berpuas hati. cuba kalau tak expect lebih? :)
cakap macam ni !
p/s : kepala ligat berfikir masa nak console dia tadi. ini je yang mampu. itu pun dia takkan baca. :(
rindu zaman2 hebat untuk console orang.
SALAM~
No comments:
Post a Comment