1.6.11

it's june!

ohhhh. sangat lapar okay. ini semua reaction lepas habis exam DIE-namics a.k.a dynamics. hahahahaha. lapaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr :((

jangan tanya apa2 pasal exam tadi. tak terkata. noktah.

harini rabu. esok khamis. BALIK!! aku tak terkata dah homesick ni. nak muntah dah makan makanan cafe yang tak sedap sebab tak dimasak dengan penuh kasih sayang. nak makan ibu masak :( okay homesick! takpe2. sabar sikit je lagi. nak balik! heeeee :)

actually dah lama nak post pasal satu benda ni. baru harini rasa nak taip. baca yea? :)

korang pernah dengar tak janji Allah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik? and sebaliknya? mesti pernah kan? heeee. risau tak bila sedar yang diri sendiri tak baik mana untuk dapat pasangan yang baik? "Jangan bermimpi untuk mendapatkan Rasulullah andai diri tidak seperti Khadijah." :)

tengok Nur Kasih tak? heeeee. Nur baik, lawa, pandai, beragama tu kahwin je dengan Adam yang kita semua tahu dulu macam mana. perempuan yang baik tak end up pun dengan lelaki yang baik? kesian Nur sebab kahwin dengan Adam yang gantung dia tak bertali. walau pun dia dapat kahwin dengan lelaki yang dia sayang. dan ini hanya lah sebuah cerita yang dipentaskan untuk kita, tapi in reality, ada je terjadi. tak percaya? jangan tipu diri sendiri. mesti korang pernah tahu dan dengar yang real punya. kan? hehehehehe. dah tu, belum campur lagi cerita bini gila punya alim, laki kaki kelab malam. tapi jodoh panjang je sampai anak cucu. macam mana? hehehehe.

jangan risau. janji Allah, Dia tak pernah tak tunai. kalau sekarang korang rasa risau sebab korang and pasangan korang tak macam match each other, maksudnya, sama2 baik in order to built up keluarga yang berhemah gitu, according to Islam lah, korang kena review balik. jangan give up selagi boleh. mungkin ni salah satu cara Allah nak bagi hidayah or petunjuk untuk kita semua sama2 jadi lagi baik daripada yang sebelum2 ni kan? hidayah datang dalam banyak cara. jangan nak cepat melatah cakap dia tak sesuai untuk kita. kita sendiri kena tengok dulu diri kita. dah elok sangat ke nak kata dia tu tak elok dan tak sesuai untuk kita? :p
muhasabah diri balik okay? lagi bagus kalau boleh buat sama2. aku ramai kawan yang macam ni :) sama2 berlumba nak jadi baik. tapi before that, kena tahu dan faham dulu apa maksud baik okay? :) so that, Allah dah tunai janji Dia. perempuan baik, untuk lelaki baik. ;p

semoga kita tak pandang rendah dekat orang lain sebelum cermin diri sendiri dulu. :) 

p/s : tulip cantik. nak satu boleh? 
SALAM~

2 comments:

Mutiara said...

sob sob. sgt terkesan dgn entry kau kali ni. perempuan baik utk lelaki baik. nak dpt lelaki yg baik kita kena ubah diri kita dulu kan? btw, doakan aku dgn dia :) InsyaAllah. aminnnn

jujufarhana said...

alolololololo. jangan lah nangis. hehehehe. itu memang janji Allah pearl. jangan nak berangan kahwin dengan orang baik kalau kita tak baik. tapi kalau dah takdir, kena reveal. kalau dia baik drpd kita, mintak dia ajar. kalau kita baik drpd dia, ajar dia. so, sama2 jadi baik :) Allah takkan tolong hamba Dia kalau kita tak tolong diri kita sendiri. AMIIIINNNN!!! :))

p/s : tiba2 malu ada orang baca post ni.