30.6.11

tapi tapi tapi


okay. ini aku beli cadangnya nak buat masa cuti. tapi tapi tapi, ecah dah start buat!!!! adoiiii. hati tak sabar gila2 nak buat sebenarnya. dah lah elok je tergantung dekat soft board tu. aiseeeehhhh. macam mana? *TAK SABAR*

Yasmin, tolonglah ada lagi yang cantik2! nak beli lagiiiiiiiii. hahahahahaha. tamak kan aku? yang satu ni pun belum tentu siap dengan jayanya. tapi tapi tapi, ecah buat banyak daaaaahhh. sekejap je kot! :p

SALAM~

29.6.11

Assalamualaikum~ 
ini cadangan Ikataki lah ni. buat kalau bosan. tapi ni bukan bosan. ni malas nak study. hehehehe. :p so layan je lah aku mengarut pagi2 buat ni eyh. :) kalau boring, korang boleh buat jugak.
1) Your favourite song. 
- semua pun suka! nak list down banyak. tapi I ni suka dengar lagu jiwang2 je. :p sekarang I tengah dengar lagu I Do :)


2) The meaning behind your blog name.
 - nama sendiri lah. najwa=juju farhanahudzir=farhana mohd hudzir. full name siap. :p 



3) Your favourite television programme.
- hurm.. ni takde yang specific lah :)


4) Favourite book.
- cinderella! :p


5) Favourite quote and why.
- sabar itu indah walaupun perit. kenapa suka? sebab memang sangat betul. sabar dapat pahala. sabar tu tak kena bayar pun. free je. tapi senang je Allah nak bagi pahala. indah lah kan dapat pahala? :))



6) List 20 of your favourite things.


- foods, laptop, handpgone, Quran, stationary, books, love(thing ke ni?) :p, bantal, tulipssss, mineral water, ice, cotton buds, teddy, pictures which carry undefined memories, selipar jamban, pensil pilot hitam, laguu, headphone, external and smilessss. :))
7) Favourite films.
- banyaaaaakkkk lah ni! tak nak jawab!:p


8) Talk about a great place you have travelled to.


  - ini? haritu pergi siam, thailand. ni je lah yang paling jauh aku pernah pergi. sebab ni vacation dengan family kan, so dia punya best tu tak terkata!! :))
9) Share a photo of your friends.
ini kawan2 yang random. saja letak gambar ni. jangan ada yang ambik hati okay? :)



10) Share something your afraid of.
- semua orang tahu aku takut KUCING. :p


11) A recent photo you took.


- memang baru ambik tadi. :) 
12) What do you believe?
- Allah :) one and only.


13) Your life goals.


- nak jawab SYURGA. boleh? :)
14) A picture you love.
- gambar tu takde dalam laptop ni. gambar zaman dulu2 kita main cuci filem kan. tak scan lah pulak. sebab dia dah cantik dalam frame dekat rumah :))


15) Your dream house.


- a house full of love :) waaaah gituuu :p tapi kalau dapat rumah camni pun best jugak! :)

16) Share something your OCD about.
- eh. OCD ni apa?


17) What are you really looking forward to?


- keberjayaan lah of course! dunia akhirat!
18) Your wedding/future wedding/wedding you have attended.


- I bujang lagi meyh~ :p latest wedding, Aunty Ilani dgn Uncle Shade. akan datang, Tomok dengan Ayu. :)
19) What do you miss?
- You and me together! hhehehehehe. tak lah. zaman kanak2 yang riang lagi gembira!!! teringat masa kecik pernah masuk contest colour smarties :)


20) Nicknames you have.


- Juju, Najwa, Wawa, Farah, Ju, Jow, Joe and paling tak boleh lupa, Cikgu Salmah(cikgu Matematik dekat SEMASHUR dulu) pernah jerit nama aku kuat2, "FARHANAAAAAA!!!!" :p
21) Favourite food.
- yang penting pedas lah. kalau tak, tak masuk lah dalam tekak I. kesian perut kan? :)


22) A website you enjoy looking at or care deeply about.


- enjoy? care? takde lah. semua biasa2 je.
23) A video you have made or enjoy watching.
- ending doraemon! sumpah sedih! ini tengok ye. bukan buat. :p


24) The town you live in.


- kajang.
25) Put your i-pod/i-tunes on shuffle what are the first ten songs?


- takde i-pod/i-tunes. macam mana? jawab ikut winamp ni boleh? :)  
  • Tearing Up My Heart - N'Sync
  • Sayang - KRU
  • Tujhe Yaad Meru Aayee - Kuch Kuch Hota Hai
  • Menyesal - Sixth Sense
  • Warkah - Bau
  • If I were A Boy - Beyonce
  • Hotel California - The Eagles
  • More Than Words - Frankie J
  • Dil Kya Kare
  • Kau Ilhamku - Man Bai
 see? dah kata aku jiwang. :p

26) Plans for the weekend ahead.
- ahad exam, so sabtu belajar =_=


27) Your Pets.
- takde! takkan ada! 


28) What's in your handbag?


- kunci locker, wallet, handphone, tissue, earphone, mineral water. 
29) Favourite show or concert you have been to.
- takde :(

30) What do you love about life right now?
- kita boleh pilih apa kita nak untuk hari esok! :)) 

SALAM~

me



When you need me but do not want me,
then I must stay.
When you want me and no longer need me,
then I have to go.
Well I can feel it in my bones that he's alive. I just know it.
- Nanny McPhee.

28.6.11

LETIH

assalamualaikum! :)

tahukah korang kenapa aku baru berkesempatan nak update blog ni?
tahu?
tak tahu?
meh cheq bagitahu meyh.

sebab aku sibuk bergelumang dengan project subject manufacturing drawing aku. fuuuhhh. lega gila siap tadi. siap lah kan. dah due date hari ni, pukul 5 petang. mana tak siapnya. terbaiklah. 2 hari aku berkampung dekat Cad Lab E5 level 3 tu. nak cerita ke ke'disaster'an 2 hari tu? nope. tak payah. full stop. karang tak memasal perasaan nak hentak semua teknologi depan mata memuncak balik. hehehehe. :p

banyak gila benda nak cerita ni. tapi sebab semua macam dah basi, aku malas lah. dengan kepenatan dekat badan yang mencapai tahap maksimum ni, aku rasa macam kalau aku minum air sepuluh gallon pun belum tentu hilang semua sakit dekat saraf. letih gila eyh alkisah dia. just bayangkan sepinggan nasi je untuk 2 hari. itu pun baru makan tadi. baru tahu dan sedar yang tak senang nak berjaya dalam hidup. sama lah dengan tak susah nak fail jugak. kau main je lah memanjang. tak payah study apa2. confirm kau fail. hahahahaha :p

okay lah. dah maghrib. post ni tak berfaedah pun. sorry. akan berusaha tulis post2 yang boleh bagi banyak benefit dekat para pembaca. bye korang!


SALAM~

23.6.11

7.6.11

formspring.me

ask ask ask http://formspring.me/najwahudzir

saya sayang awak lah kawan! :)

assalamualaikum.

perkongsian dengan kawan yang seorang tadi, buat aku rasa nak tulis something. lebih kepada peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. kita kena selalu bersyukur dengan apa yang kita dah ada sekarang ni. apa kat sini, general okayh. barang, harta, keluarga, kawan, nyawa, muka, kaki, tangan dan semua2 lah yang sekarang ni dah nyata milik kita. kenapa?

sebab kalau kita rasa macam tak cukup, kita kena ingat. orang lain jauh lagi tak cukup daripada kita. aku faham dan aku tahu manusia ada satu nature dalam diri dia which, tak pernah rasa cukup. tak pernah puas. pendek kata, tak pernah bersyukur dengan apa yang dah ada. dan manusia ni termasuk lah aku.

korang baca tak latest entry aku kalau tak silap. ada aku cakap pasal, jangan nilai pasangan kita sebarangan. sebab yang pastinya, kita pun tak perfect. come on lah. kita ni bagus sangat ke? kalau nak kata perfect, memang kena pergi tengok cermin dulu lah. kita kena belajar terima both kebaikan dan keburukan dia. kena berani hadapi kenyataan. kalau2 dia bukan yang macam kita harapkan dan idamkan. jangan terkejut and cepat melatah. slow2 fikir balik. itulah diri dia. dia mesti berharap yang kita boleh terima dia macam mana dia try nak terima kita seadanya. :) kalau dah betul jodoh, we're meant to complete each other kan? so, to my dear friend (aku tahu kau tak baca ni) , chill sahaja okayh? jangan nak dibanding dan dicompare dia dengan bf orang lain. jangan nak sibuk2 cakap dia ni sweet, dia tu cute. encik awak tu dah sangat bagus untuk awak. dia mungkin ada alasan dia sendiri kenapa dia macam tu. untuk kesenangan awak di hari nanti mungkin? :)

ingat.

bersyukur sebab ada orang yang tak kahwin2 lagi tak jumpa jodoh, tapi awak dah ada dia insyaAllah. bersyukur sebab at least awak ada dia. bersyukur sebab awak dah boleh start nilai dia walaupun kita takkan pernah betul2 kenal siapa dia bf kita melainkan bila dah betul2 hidup bersama nanti. bersyukur sebab still ada masa nak tadah tangan dekat, mintak dekat Allah, bagi jodoh yang betul2 untuk kita. bersyukur sebab kalau dia jugak yang jadi jodoh awak, itu je cacat yang dia ada. :) okay? saya sayang awak lah kawan. jangan sedih2 and rasa macam tak best ke apa eyh? banyak dah dia buat untuk tunjuk sayang dia dekat awak. dia takkan buat kalau dia tak sayang kan? percayalah, mungkin dia yang terbaik. :)

kita tak boleh nak letak expectation yang tinggi pada satu2 perkara. sebab nanti, apa pun hasil dia, kita akan lebih kecewa daripada berpuas hati. cuba kalau tak expect lebih? :)


cakap macam ni !


p/s : kepala ligat berfikir masa nak console dia tadi. ini je yang mampu. itu pun dia takkan baca. :( 
rindu zaman2 hebat untuk console orang.
SALAM~

5.6.11

yess! hahaha

okay. tajuk macam puas gila kan? memang puuunnnn!! heeee. seronok gila bila dapat tidur dengan amannya bila takde gangguan pernafasan seperti yang selalu2 nya. hoyeah~~ seronok! korang yang dah tahu, aku ni ada penyakit sinus, or dalam bahasa jawanya, resdung. hehehe.

resdung ni sejenis alahan. adik beradik dengan semua jenis allergic dalam dunia ni termasuklah asma@lelah. korang pelik? ini fakta daripada doktor aku okayh. bukan daripada aku. hehehehe. ibu ada lelah. so kira macam aku inherit penyakit anak beranak sepupu sepapat dia lah ni. :p resdung ni ada banyak jenis. ada yang alah dengan seafood, habuk dan macam2 lagi. tapi aku, alah dengan sejuk. heeee. pelik? tapi benar. hidung aku tak boleh nak sejuk lebih2 sikit. nanti aku akan bersin non-stop dan rasa nak cabut hidung panaskan atas dapur. heee. dan sangat susah nak bernafas. aku pernah rasa macam nak mati dah (kott) bila tak boleh nak bernafas sebab sejuk sangat. ini jadik kalau tidur dengan kipas speed no 2 selalunya. dan semalam, AKU BERJAYA TIDUR DENGAN NYENYAKNYA TANPA ADA GANGGUAN PERNAFASAN SEMASA DAN SELEPAS BANGUN TIDUR! :)) 

aku kecoh? kesah apa. korang tak tahu ada rasa sakit dan tak selesa macam aku. bagi yang rasa, meh kita sama2 berusaha cari cara terbaik untuk dapat tidur dengan best setiap malam! :)) aku pun tak tahu kenapa tiba2 malam semalam aku dapat tidur dengan sangat selesa walau kipas berpusing dengan kelajuan no 3. selalunya kalau pakai no 1 pun aku dah sangat2 tak selesa sebab kena cover hidung dengan selimut and end up dengan lemas dalam selimut sendiri. yelah kan. kot celah mana nak dapat ventilation kalau dah selimut melekat dekat muka. haihhhh. tapi semalam, tidur tanpa selimut! kipas speed 3! weeee~~ :)) bahagianya kalau hari2 Allah kasik macam ni :) terima kasih Allah!

tulip SANGAT cantik. nak satu! 

cantik kan tempat ni? jom lah pergi awak! :))

yang ni colour dia sweet sangat kan? :)) love!

dapat satu yang ni je pun takpelah! :))


p/s : takde idea nak letak ganbar apa sebenarnya. entry2 sebelum ni lama dah tak bergambar. :) tapi seriously, cantik kan? :)
SALAM~

1.6.11

it's june!

ohhhh. sangat lapar okay. ini semua reaction lepas habis exam DIE-namics a.k.a dynamics. hahahahaha. lapaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr :((

jangan tanya apa2 pasal exam tadi. tak terkata. noktah.

harini rabu. esok khamis. BALIK!! aku tak terkata dah homesick ni. nak muntah dah makan makanan cafe yang tak sedap sebab tak dimasak dengan penuh kasih sayang. nak makan ibu masak :( okay homesick! takpe2. sabar sikit je lagi. nak balik! heeeee :)

actually dah lama nak post pasal satu benda ni. baru harini rasa nak taip. baca yea? :)

korang pernah dengar tak janji Allah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik? and sebaliknya? mesti pernah kan? heeee. risau tak bila sedar yang diri sendiri tak baik mana untuk dapat pasangan yang baik? "Jangan bermimpi untuk mendapatkan Rasulullah andai diri tidak seperti Khadijah." :)

tengok Nur Kasih tak? heeeee. Nur baik, lawa, pandai, beragama tu kahwin je dengan Adam yang kita semua tahu dulu macam mana. perempuan yang baik tak end up pun dengan lelaki yang baik? kesian Nur sebab kahwin dengan Adam yang gantung dia tak bertali. walau pun dia dapat kahwin dengan lelaki yang dia sayang. dan ini hanya lah sebuah cerita yang dipentaskan untuk kita, tapi in reality, ada je terjadi. tak percaya? jangan tipu diri sendiri. mesti korang pernah tahu dan dengar yang real punya. kan? hehehehehe. dah tu, belum campur lagi cerita bini gila punya alim, laki kaki kelab malam. tapi jodoh panjang je sampai anak cucu. macam mana? hehehehe.

jangan risau. janji Allah, Dia tak pernah tak tunai. kalau sekarang korang rasa risau sebab korang and pasangan korang tak macam match each other, maksudnya, sama2 baik in order to built up keluarga yang berhemah gitu, according to Islam lah, korang kena review balik. jangan give up selagi boleh. mungkin ni salah satu cara Allah nak bagi hidayah or petunjuk untuk kita semua sama2 jadi lagi baik daripada yang sebelum2 ni kan? hidayah datang dalam banyak cara. jangan nak cepat melatah cakap dia tak sesuai untuk kita. kita sendiri kena tengok dulu diri kita. dah elok sangat ke nak kata dia tu tak elok dan tak sesuai untuk kita? :p
muhasabah diri balik okay? lagi bagus kalau boleh buat sama2. aku ramai kawan yang macam ni :) sama2 berlumba nak jadi baik. tapi before that, kena tahu dan faham dulu apa maksud baik okay? :) so that, Allah dah tunai janji Dia. perempuan baik, untuk lelaki baik. ;p

semoga kita tak pandang rendah dekat orang lain sebelum cermin diri sendiri dulu. :) 

p/s : tulip cantik. nak satu boleh? 
SALAM~