26.2.11

saya demam!

haihhhhhh. what a lame saturday weyh. mana taknya. nak keluar tak boleh. badan sengal2 ayam. nak balik pun tak boleh. esok ada program. lepas subuh tadi, tidur tak bangun2. ye lah kan. makan ubat. bangun then feel loooots better. mana taknya. kalau dah badan berpeluh baju basah tak ingat, kalau tak better2 juga tak tahu lah kan. hehehehehe. ayat apa entah keluar.

okay2.

tapi, sumpah boring tahap tak ingat. nak buat apa ni? haihhhhh. walau berlambak benda nak kena study atas meja tu, walau berlambak assignment nak kene buat, dan walau final dah nak dekat dengan markah midterm yang tak memberangsangkan langsung tu, kira kena consider lah orang demam kan? heeeee. online takpe...... tergolek atas katil pun boleh online jugak. :) alasan ye cik najwa farhana? :)

actually tak tahu nak tulis pasal apa. tapi meh nak kongsi pasal unconditional love yang tak mungkin kita dapat dari orang lain except, ayah dan ibu tercinta! :)

they are amazing! :) memang kecoh je telefon aku berbunyi bila aku send msg dekat mak aku, "ibu ni sebar virus demam through hp eyh kat akak? heeee. tapi tadi pegi klinik dah. doc bagi vit c kunyah2."

alkisahnya, aku mmg tak berapa nak sihat dari hari isnin lagi. petang selasa tuh, memang badan sakit habis lah. pergi jugak workshop hari rabu sebab workshop susah nak ponteng kalau takde mc. dan sebab petang tu ada short quiz programming, tak boleh ponteng jugak. sebab aku takde mc lagi sebab aku tak demam betul2 lagi sebab tu tak pergi klinik lagi. hehehe. baik tak aku tak ponteng kelas walau demam? eheheh. malas sebenarnya. uia ni suka kecoh sikit kalau ponteng kelas, xde mc, nak replacement quiz, nak replacement class lah bagai. so aku layan je lah badan aku ni. sakit kot. dalam workshop panas, nak pengsan rasa buat welding yang macam apa tu. masuk musolla engine tu gila punya sejuk, then kelas programming sah2 lah sejuk kan. kata pun computer lab. haihh. sabar je lah. dan esoknya aku pergi jugak kelas. sebab, again, xde mc. hehehehehe. dan petang tu call ibu. ibu kata dia tak sihat. sampai malam jumaat,sah! demam! badan sakit macam apa je. haihhhh. but still lah kene pergi lab kan? sebab dia, korang tahu2 sendiri lah kan? :)

fuhhhhh. panjang gila paragraph atas kan? sambung dekat bawah lah.

so, jumaat pagi pergi kelas, lab. balik lab terus pergi klinik. doc kata temp okay je, tekak pun tak merah. dan akhirnya, petang tu baru msg ibu. macam yang aku msg kat atas tu tadi lah kan. heeeeee. straight ayah call a feww minutes lepas tuuhh.

ayah : assalamualaikum.
saya : waalaikumsalam. errrr. kenapa yah?
ayah : betul ke demam ni? berapa percent demam?
saya : (cewah ayah ni. boleh pulak dia buat2 lawak tanya. siap dia!)
errr. 1%! heeeee.
ayah : haish budak ni. serious ni serious.
saya : heeeee. tahu takut. okay je lah demam. demam biasa2 sahaja. :)
ayah : ayah ambik eyh?
saya : errrr. tak payah lah. ahad ada program.

dan seterusnyaaaa......... (malas nak cerita panjang2)

haaaaa. apa kaitan dia dengan unconditional love?
  • ayah dan ibu, walau anak dia sakit sikit je, risau macam anak dia sakit banyaaaaak saaaaaangaaaaaaat. risau dalam hati tu, Allah je yang tahu mungkin. sebab this unconditional love lah. :) kalau orang lain, ada ke nak risau sampai macam tu? kawan2 mungkin risau jugak. tapi bukan sampai macam tu kan? kalau bf lagi lah. jauh tak boleh nak buat apa.

  • ibu pun demam jugak. kalau dia datang ambik, maknanya dia kena drive kan? hey2. orang demam mana larat okay. kesian ibu kalau kena jugak drive datang ambik aku. berkeras jugak tu nak datang ambik. takut anak dia takde apa nak makan. yelah. ibu. dia tahu lah tekak anak dia yang sorang ni macam mana masa sakit kan. :) who else will know?

  • ayah call bertalu2! heeeee. seronok ohhh :) sebok tanya program habis pukul berapa semua sebab nak datang. demam baru kot ayah ku sayang. :) tapi seronok tau bila ada orang datang melawat! rasa macam kat sekolah dulu2 :)

seeeeee???? siapa lagi akan bertindak sedemikian rupa kalau bukan ayah dengan ibu tercinta? their unconditional love takde tukar ganti kot. sampai bila2 dan kat mana2 pun sayang diorang sama je. it'll never change even aku dah 20 tahun. tsk tsk. tiba2 emo nak balik. hahahahaha. tu lah. orang dah offer nak ambik bawak balik, jual mahal siapa suruh? :p takpe2. akan saya balik tak lama lagi! :) nanti kita golek2 sama2 okay? ;p errrr. sorry ah you guys terpaksa baca aku membebel pasal aku demam. mesti korang kata aku kecoh kan? but then, suka hati aku lah! ni blog aku kot. :p

p/s : i'm getting better! :)
SALAM~

5 comments:

Unknown said...

brjgkit dri saya tuh :p

法伊玆 said...

semoga cepat sembuh.!!

jujufarhana said...

alyaa : siapa yang berjangkit siapa? :p

limau : terima kasih daun keladi! :)

areniem_best said...

Laughter is the Best Medicine
senyum selalu...nie untuk kamu

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa


hahaha sedap suara ko!

jujufarhana said...

:) terima kasih anim! :))