24.2.11

betul lah orang kata kalau kita buat satu2 benda tu atas orang lain, kita akan kena balik.
betul lah hukum karma kata, what goes around comes around.
betul lah jangan sekali2 pernah buat orang rasa tak best dengan kita in any way.


:(


padan dengan muka sebab sakit rindu orang. padan dengan muka sebab tak rindu Allah. kalau rindu Dia tak de nye nak sakit2 rindu lah apa lah. nampak sangat sakit rindu orang tu tak berfaedah. kalau berfaedah, mesti rasa dia manis. ini payau pahit semua ada. tak best. kalau rindu Allah, Dia tahu, tanpa perlu bagitahu, sebab Dia ada dalam diri kita, tahu apa yang ada dalam dan luar diri kita, tanpa perlu kita cakap dan sebut. dan kalau rindu Dia, Dia akan rindu kita balik. sebab Dia Maha Penyayang! mana boleh tak rindu balik kekasih hati kita kan? :)) kalau rindu Dia, mesti nak cakap lama2 kan? nak borak2 sampai tak ingat benda lain dah. simple! bukak al-Quran and baca! cara yang paling mudah nak cakap dengan kekasih hati. free of charge of course. modal air liur je kot. itu pun tak kena bayar apa2. tak susah kan? kalau tak faham, pinjam tafsir kawan. :))

najwa farhana pandai cakap je ni. nak buat, Allah, again, Dia je yang tahu. kemain susah lagi. kenapa? sebab syaitan? hahahahahahahaha. teringat study circle. inilah jawapan feveret aku kalau kakak fasi tanya, "kenapa suka nak buat dosa walau dah tahu akibat dia?" "kenapa orang susah nak buat baik?" "kenapa susah nak istiqamah buat benda baik?" haaaaaaaaaa. gelak je akak tu dengar jawapan aku. memang ohhhhhh. hati dan jiwa manusia yang tak berapa nak kuat macam aku ni senang kena usik dengan anasir2 luar yang kebanyakkannya berpunca daripada syaitan. tapi, ada satu benda yang kita kena tahu. apa yang Rasulullah pernah dengar tentang apa yang dijanjikan oleh syaitan towards kita, manusia dan apa yang Allah balas balik sebagai janji yang sama untuk kita, manusia.

Rasulullah S.A.W reported that the devil said to Allah ; "i shall continue to lead Thy servants astray AS LONG AS THEIR SPIRIT IN THEIR BODIES." and Allah replied ; "(Then) I shall continue to pardon them AS LONG AS THEY ASK FOR MY FORGIVENESS."

nampak? jelas tak ayat tu? fikir2 sendiri okay? :) mahu masuk tidur. selamat malam!



mengalami masalah yang sama setiap kali balik dari study circle.
:(
salam~


No comments: