18.11.10

17 nov

semalam hari jadi saya~ dan semalam juga ialah hari yang penuh dengan air mata dan makanan. hehehe. jangan risau. air mata itu bukan air mata sia-sia okay? :) cuma sedikit menitik air mata di pagi raya bila salam ayah dan peluk ayah, ayah bisik, "happy birthday". tak tahu kenapa. tapi rasa macam sayu sangat peluk ayah. lama kot dah tak peluk ayah. ayah, rindu! :) pusing2 salam semua orang sebab ramai gila kat rumah atuk, sampai turn ibu. berdebar sudah. tahu mesti menitik lagi lah cecair itu. huhu. ayat ibu pulak, "happy birthday akak. dah bertukar jadi nombor dua dah umur akak yang kat depan tu. dah besar anak ibu. ibu sedih." sejujurnya, aku tak tahu apa yang sedih. apa yang ibu nak sampaikan pun aku tak faham. mungkin juga takut tersalah faham. tapi hati dan mata punya connection memang terbaik, dan terus menangis aku kat situ.

sememangnya rasa hari jadi yang ke-20 semalam memberi banyak kesan. terasa ia satu turning point yang Allah nak tunjuk untuk jadi lagi baik. jauh lagi baik daripada apa yang ada sebelum ini. tekad dengan azam memang tinggi lah dalam diri kan. tapi bukan untuk ditulis kat sini. :) biar aku je yang tahu apa yang aku perjuangkan untuk jadi jauuuhhh lagi baik daripada sebelum2 ini. :) dan untuk rakan2 yang msg dan post dekat fb untuk wish birthday aku, terima kasih banyak2! ingatan dan doa yang korang bagi untuk aku,Allah je yang mampu balas. :)


Ju, kalau aku diberi pilihan untuk selamatkan nyawa aku atau nyawa kau, aku akan pilih untuk selamatkan nyawa kau. Kenapa? Sebab kau adalah kawan yang tak pernah tinggalkan aku daripada sekolah sampai sekarang. Agak2 aku susah, aku msg kau. Agak2 aku nak berpisau cukur, aku cari kau. Kau jugak kawan yang tak tarik aku ke arah keburukan. In fact, kau bagi aku inspirasi untuk membataskan pergaulan antara aku dengan lelaki. Ju, dalam banyak2 doa aku, Tuhan dengan jelasnya dah makbulkan satu doa;panjangkan umur kau. So... HAPPY 20th BIRTHDAY MY BESTIE. ((: - ira syaqira

Allah. aku baca msg ni lepas msg ayah aku. msg ayah aku dah mmg terbaik kan. tak mampu aku nak share dekat sini. dapat msg ira, bengkak mata aku bangun tengah2 malam tu. dan untuk kau ira, terima kasih. tak tahu nak cakap macam mana lagi terima kasih. aku sayang kau. dan nampak tak apa yang aku besarkan dalam msg ira tuh? itu membuat aku teringat,dulu2 ada antara kawan2 aku pernah tanya aku, "najwa,siapa best friend kau?" aku macam terkedu sekejap sebab masa tu memang aku tak tahu nak jawab apa. aku pernah ada kawan baik dulu. dulu. satu ketika dulu. dan sejarah tentang cerita2 persahabatan aku ni memang banyak dan macam2. aku tak nak sebut. lama aku fikir, then aku jawab. "buat masa ni, aku tak rasa aku ada kawan baik. aku ramai kawan. memang ramai. tapi takde satu yang betul2 kawan baik aku. takde siapa pun yang pernah tahu semua benda dalam hidup aku melainkan diri aku sendiri." kawan aku tu tersenyap je. heee. tak ingat lah tapinye siapa yang tanya. tapi, hari semalam, aku sedar. aku ada kawan baik aku, cik ira syaqira :) thanksssssssssssss mak cik! :)

dan untuk kawan2 lain, jangan terasa yea? anda juga merupakan kawan2 baik saya. tak nak lah sebut satu2. sebab rasanya, ada yang blushing menyorok bawah katil nanti. hehehe. :) anda2 semua juga adalah antara sumber kekuatan saya. anda semua memang terbaik lah! :) saya sayang anda semua! :)

p/s : maaf entry sedikit lari. :)

p/s 2 : semalam memang makan banyak. banyak gila. nasi minyak+ayam masak merah+pulut kuning+rendang ayam+kuah kacang+kari ayam+kari tulang+ketupat pulut+lemang+sup tulang+soto+kek buah+nasi impit fuuhhh. memang terbaik! :)

SALAM~

2 comments:

::ayn:: said...

Weh najwa sayang handphone saya rosak, saya cuti sampai january baby. Kenapa darling?
Jom keluar hari isnin:))

jujufarhana said...

saya di seremban niiii......lambat lagi baru pulang.. :( x dapat lah join mahu keluar isnin...plan apa?