30.11.10

yea I nak kahwin dengan orang kaya. tapi siapa yang tak nak? :))

akibat kebosanan yang melampau, semua movie lama2 yang best2 yang ada dalam laptop ni, diselongkar dengan jayanya. dan aku terpandang satu movie ni. pisau cukur. ohh. cerita ni sangat best!! tak kan pernah bosan tengok walau berulang ulang ulang ulang kali ok! aku yakin kalau siapa2 yang tengok akan cakap macam ni. eheh. even orang yang tak berapa nak suka tengok cerita melayu pun mengakui ke'best'an cerita ini. aku lagi lah. siap tengok cerita ni dekat panggung lagi. hahhh. walaupun unplanned, tapi tak menyesal langsung bayar tiket okay! :)) antara ayat yang paling aku suka , "yea I nak kahwin dengan orang kaya. tapi siapa yang tak nak?" eheh. sampai mati aku suka ayat niii.. :)) dan juga itu mamat baru sangat comel ohh..


he's so cute dalam movie ni. character, mimik muka.
terbaik lah! :))



SALAM~

29.11.10

hindustan

hari ini khatam tengok satu movie yang aku rasa best sangat. yes. itu cerita hindustan. cerita hindustan mana yang aku cakap tak best kan? tapi yang ni serious best selepas cerita2 hindustan yang best yang lain. heee. :)

tajuk : Rab Ne Bana De Jodi.
hero : Shah Rukh Khan.
heroin : tak kenal dan malas nak kenalkan. tapi dia pandai lah jugak berlakon dan dia cantik yang natural. :)

malas nak cerita panjang2. tapi nak bagitahu main point yang aku rasa sangat penting dalam cerita ni lah. :) kita tak perlu berkahwin dengan yang orang yang kita sayang atau sayang kita. copp. bukan2. maksudnya, macam kalau dalam cerita tuu, SRK memang dah fall in love dgn perempuan tu masa mula2 dia nampak perempuan tu lagi. tapi perempuan tu sayang orang lain. masa perempuan tu nak kahwin, calon pengantin lelaki ni mati, accident. nak dijadikan cerita, SRK ni lah yg kene kahwin dgn perempuan ni. wasiat ayah perempuan ni. terang jelas dan nyata kan perempuan tu tak sayang husband dia punn. tapi husband dia sayang gila2 lah. orang nerd, yg tak pernah tahu apa itu cinta, bila dah sayang orang, mcm tuu lah hasilnya. how he respect his wife, tak payah cakap lah. dia tahu wife dia tak ready dan sangat sedih. sangat memahami gituu. dia sanggup buat apa je untuk tengok wife dia happy. sangat sedih cerita ni sebenarnya. sampai satu masa tu, dia create another character yang dia agak2 wife dia ni suka macam yang diorang selalu tengok movie sama2. asalnya character yg diwujudkan ni untuk surprise wife dia je. tapi cerita dia jadi panjang meleret2 sampai dia boleh guna new character yg dia sendiri wujudkan tu untuk tahu siapa yang wife dia sayang. orang macam mana yang wife dia happy dan nak habiskan hidup sama2. sangat sedih wooo. tak senang nak convince orang yang kita sayang dia with less action and whatsoever. macam kalau pasangan2 bercinta sekarang buat lah kan? bagi itu ini semua. dengan dia yang nerd gila2 tu kan. usaha yang dia buat tuu, sangat berharga di mata aku. and of course in a very special way. lagu dia pun cakap his love is sweet,soft and slow. tapi, WORTH! dan cerita ini bagitahu juga, jangan pernah letak diri kita dalam sedih yang melampau lama2. nanti kita tak nampak bahagia yang ada depan mata. dan bukan orang hensem/cantik/kaya/pandai yang dicari semata. kalau dalam Islam, yang penting agamanya. dan kalau nak tambah, yang boleh dan mampu sayang kita sepenuh hati dan dia akan jaga kita sama macam mana kita akan jaga dia. errmmm. apa lagi yea? korang tengok lah sendiri yea? bukan mahu promote, tapi tengok lah untuk suka2. isi masa lapang dan ambil point mana yang penting dan berfaedah.

:)


SALAM~

26.11.10

mr badang VS mr jellyfish! :)


okay. to be honest ; YES, I MISS YOU.


gila tak? susah sangat3 kott untuk membiasakan diri hidup tanpa orang yang kita dah biasa dengan. sangat susah. sumpah. pernah lalu benda ni dulu. pernah rasa yang lagi teruk. tapi untuk yang keberapa kalinya, still aku tak kuat. dan rasanya ini yang paling sakit. paling tak kuat. dan paling macam orang gila. walaupun semuanya sentiasa berjaya dikawal, tapi still, sakit kat dalam rasanya takde siapa yang boleh faham and memang terang2 lah tak nampak kan? orang akan cakap aku sangat okay dan tak ada apa2 masalah pun. tapi deep inside? phewww~ tak terkata. i am a good pretender. or boleh cakap,tepat lagi,pelakon yang baik lah. sebab aku memang hebat bab2 tunjuk muka bahagia depan semua orang. hahahahaha. tanya lah orang dalam rumah ni. rasanya diorang takkan comment apa2. :) saya memang hebat!! :p aku pun musykil kadang2 kenapa aku macam ala2 kuat tapi tak kuat gitu. maksudnya, ada satu2 masa yang aku kuat gila2 kalah mr badang, ada satu masa yang aku lembik gila2 macam mr jellyfish. hehehe. ini masa2 kritikal aku yang sangat2 tak kuat lah ni. mr jellyfish dah kembali! eheh. kuat bila sedar yang Allah tengah bagitahu apa yang terbaik. kuat bila tahu yang doa aku Allah dengar. kuat bila perasan kalau macam ni, dosa tak de lah bertambah banyak.so, lagi bagus. kuat bila ada family and kawan2 yang sentiasa menghiburkan hati. mereka adalah orang yang tak akan pernah meninggalkan saya. for sure! :) kuat bila ingat yang Allah tak pernah mungkiri janji untuk hamba2Nya. kuat bila tahu mr time tengah usaha kuat2 tolong saya dapatkan apa yang saya mintak and of course, dengan izin Allah. kuat dan sangat kuat untuk semua ini! tapi kan, saya ni manusia biasa. manusia yang sangat rapuh dengan pendirian sendiri. manusia yang selalu lupa apa yang lagi penting dan lagi perlu dalam hidup dia. manusia yang tak sempurna lah senang cerita. jadi, akan ada masa2 kritikal aku yang aku akan bertukar jadi jellyfish! eheh. malas nak tulis bila masanya yang aku tak kuat. sebab banyak sangat. and biar lah aku je yang tahu. so that nanti musuh2 aku kat luar sana takde lah tahu apa kelemahan aku. biar diorang tahu kekuatan aku je. hehehe. so nanti diorang usaha nak beat aku kan? insyaAllah diorang akan jadi lagi baik daripada aku!! heeeee. :) *suka2!*

untuk mr you-know-who-you-are, kalau awak baca entry ni, sila abaikan eyh? saya tulis saja nak lepas apa yang saya rasa. saya kuat. mampu lagi bertahan. dan insyaAllah sampai bila2 kat sini je bertahan. sebab dalam apa2 keadaan pun, saya memang akan selalu jadi defender. awak tahu itu dan sila ingat okay? ini bukti yang saya selalu cakap kat awak saya kuat. :) jangan risau. kuat tu takkan hilang.


betul lah orang cakap, kalau luahkan, at least, kita sedikit tenang.
SALAM~

24.11.10

heyy. aku bukan tak suka kau. aku bukan tak sayang kau. tapi aku tak suka tengok kau buat perangai entah hape2 kau tuh. kau faham tak? kau ingat kau buat macam tu orang makin tambah suka dekat kau ke? aku memang tak suka orang yang tak pernah reti nak faham orang lain ni. ikut suka kau je nak buat apa kan? semua kau je yang betul kan? bila aku tegur, kau tarik muka, kau berambus pergi tempat lain. kau ingat perangai kau tu bagus sangat ke? kalau aku tak tegur kau langsung boleh tak? kau tak kan mati kan kalau takde aku? so kau hidup je lah dengan manusia2 lain dalam dunia ni. kalau kau carik aku lagi lepas ni, siap lah kau. aku kan bukan siapa2 dalam hidup kau. kalau la kau menyusahkan aku satu hari nanti, siap lah kau. aku akan ungkit satu2 perangai kau yg macam apa je tuh. aku tak pernah rasa aku marah orang sampai tahap ni ohh. nak mencarut pun ringan je mulut aku ni. kau memang. suka menyusahkan hidup aku.

21.11.10

jangan jadi tak stabil boleh? please please please. ni sampai dah gaya alif satar nyanyi lagu jangan nakal dah ni. hehehe. penat merayu dengan diri sendiri supaya jadi kuat. kuat! itu mesti! bukan harus lagi dah. :p cuti ni sumpah makan banyak. kalau orang lain,diorang sedih ke, stress ke, diorang akan kurang makan kan? ada yang sampai kene paksa2 makan. nak2 yang memang patah hati gila2. result exam teruk ke, kucing mati ke. aku ni, masalah paling utama adalah bosan. lagi bosan lagi aku makan. makan makan makan dan makan tak berhenti2. masalah gila. berat kalau naik lagi melampau2 lah pre obes bmi aku. haaa. macama mana? ada sesiapa ada idea untuk bagi aku tips untuk tak makan? agagagagaga. sumpah stress ohh. sekarang ni, kalau aku punya kuasa, aku nak mintak sebiji kereta, nak pandai drive, dan bawak kereta non-stop pergi mana2 je tempat yang aku nak pergi. waaaaaaahhh~ itu macam sangat best dan menarik dan semua2 lah. nak duduk dalam kereta sorang2 je. oh ya! kereta tu tak boleh nak rosak2 ke, habis2 minyak ke apa eyh. kereta tu kene cool je ikut kehendak hati aku. hehe. tak kira lah kereta biasa2 aje pown. jangan kereta buruk tak boleh bergerak langsung sudah. oh mungkin juga bukan kereta sorong. kikikikikiki. sangat tak betul kan? huhu. tu lah. dah cakap tadi. bila mana masa yang ada hanya digunakan untuk makan makan makan dan makan, memang inilah hasilnya. dan juga bila2 semakin kuat aku nak usaha untuk jadi sestabil yang boleh, ini jugak lah jadinya. :p saya insan kuat! hehehehehehehe perasan banyak oo ini amoi najwa farhana. :p suka hati lah. :p

haihhh~

terasa cuti dah nak habis. aku kene lapor diri awal ohh. awal seminggu(plus minus lah) daripada orang2 yang lain. sebab apa? sebab ada camping! arrrgggghhhhh. bosan. so that means, aku ada 15 hari lagi untuk bercuti. ada baiknya sebab :

  • lagi panjang cuti, lagi berat aku.
  • aku dah bosan gila duduk rumah.
  • lagi?
tak baiknya sebab:

  • cuti habis, dekat gombak penat+stress+emo=x suka.
  • tak boleh suka hati aku nak tengok cerita apa.
  • on9 lagi lah. jangan mimpi! macam mana mahu check result?
  • tak boleh makan sedap2.
hehehehe. so kesimpulannya? paham2 lah yea? :)

tak de mood tiba2 nak sambung tulis.bye!

18.11.10

17 nov

semalam hari jadi saya~ dan semalam juga ialah hari yang penuh dengan air mata dan makanan. hehehe. jangan risau. air mata itu bukan air mata sia-sia okay? :) cuma sedikit menitik air mata di pagi raya bila salam ayah dan peluk ayah, ayah bisik, "happy birthday". tak tahu kenapa. tapi rasa macam sayu sangat peluk ayah. lama kot dah tak peluk ayah. ayah, rindu! :) pusing2 salam semua orang sebab ramai gila kat rumah atuk, sampai turn ibu. berdebar sudah. tahu mesti menitik lagi lah cecair itu. huhu. ayat ibu pulak, "happy birthday akak. dah bertukar jadi nombor dua dah umur akak yang kat depan tu. dah besar anak ibu. ibu sedih." sejujurnya, aku tak tahu apa yang sedih. apa yang ibu nak sampaikan pun aku tak faham. mungkin juga takut tersalah faham. tapi hati dan mata punya connection memang terbaik, dan terus menangis aku kat situ.

sememangnya rasa hari jadi yang ke-20 semalam memberi banyak kesan. terasa ia satu turning point yang Allah nak tunjuk untuk jadi lagi baik. jauh lagi baik daripada apa yang ada sebelum ini. tekad dengan azam memang tinggi lah dalam diri kan. tapi bukan untuk ditulis kat sini. :) biar aku je yang tahu apa yang aku perjuangkan untuk jadi jauuuhhh lagi baik daripada sebelum2 ini. :) dan untuk rakan2 yang msg dan post dekat fb untuk wish birthday aku, terima kasih banyak2! ingatan dan doa yang korang bagi untuk aku,Allah je yang mampu balas. :)


Ju, kalau aku diberi pilihan untuk selamatkan nyawa aku atau nyawa kau, aku akan pilih untuk selamatkan nyawa kau. Kenapa? Sebab kau adalah kawan yang tak pernah tinggalkan aku daripada sekolah sampai sekarang. Agak2 aku susah, aku msg kau. Agak2 aku nak berpisau cukur, aku cari kau. Kau jugak kawan yang tak tarik aku ke arah keburukan. In fact, kau bagi aku inspirasi untuk membataskan pergaulan antara aku dengan lelaki. Ju, dalam banyak2 doa aku, Tuhan dengan jelasnya dah makbulkan satu doa;panjangkan umur kau. So... HAPPY 20th BIRTHDAY MY BESTIE. ((: - ira syaqira

Allah. aku baca msg ni lepas msg ayah aku. msg ayah aku dah mmg terbaik kan. tak mampu aku nak share dekat sini. dapat msg ira, bengkak mata aku bangun tengah2 malam tu. dan untuk kau ira, terima kasih. tak tahu nak cakap macam mana lagi terima kasih. aku sayang kau. dan nampak tak apa yang aku besarkan dalam msg ira tuh? itu membuat aku teringat,dulu2 ada antara kawan2 aku pernah tanya aku, "najwa,siapa best friend kau?" aku macam terkedu sekejap sebab masa tu memang aku tak tahu nak jawab apa. aku pernah ada kawan baik dulu. dulu. satu ketika dulu. dan sejarah tentang cerita2 persahabatan aku ni memang banyak dan macam2. aku tak nak sebut. lama aku fikir, then aku jawab. "buat masa ni, aku tak rasa aku ada kawan baik. aku ramai kawan. memang ramai. tapi takde satu yang betul2 kawan baik aku. takde siapa pun yang pernah tahu semua benda dalam hidup aku melainkan diri aku sendiri." kawan aku tu tersenyap je. heee. tak ingat lah tapinye siapa yang tanya. tapi, hari semalam, aku sedar. aku ada kawan baik aku, cik ira syaqira :) thanksssssssssssss mak cik! :)

dan untuk kawan2 lain, jangan terasa yea? anda juga merupakan kawan2 baik saya. tak nak lah sebut satu2. sebab rasanya, ada yang blushing menyorok bawah katil nanti. hehehe. :) anda2 semua juga adalah antara sumber kekuatan saya. anda semua memang terbaik lah! :) saya sayang anda semua! :)

p/s : maaf entry sedikit lari. :)

p/s 2 : semalam memang makan banyak. banyak gila. nasi minyak+ayam masak merah+pulut kuning+rendang ayam+kuah kacang+kari ayam+kari tulang+ketupat pulut+lemang+sup tulang+soto+kek buah+nasi impit fuuhhh. memang terbaik! :)

SALAM~

16.11.10

mood


(1)
:'(




(2)
it's supposed to be like this ayte?


(3)
will you?

(4)
i do :'(

(5)
this is soooo true. all the hellos will end with a very terrific goodbyes.
ohh how i hate goodbyes.
(6)
WAIT or GIVE UP?





p/s : current mood

SALAM~


15.11.10

untuk kamu

saya belajar satu benda baru hari ini. perempuan sangat kuat. kuat yang hanya boleh disebut sebagai undefined. infinity. tak kira apa yang jadi, perempuan akan jadi yang paling kuat tak kira macam mana sakit pun dia. orang tak kan tahu sakit dia macam mana sebab dia je yang rasa. untuk lelaki2 yang membaca, jangan lah buang masa korang untuk sakitkan hati perempuan. usaha lah macam mana pun. korang tak kan pernah berjaya. sebab perempuan sangat kuat. kalau tak kenapa dalam dunia ni ada ibu tunggal sahaja? bukan ayah tunggal? hentikan lah usaha korang untuk menyakiti hati perempuan. betulkan niat,turn back to Allah dan jalankan tanggungjawab korang yang dicipta sebagai ketua untuk semua dengan cara yang paling lembut. bukan cara yang menyakitkan. korang tak pernah ada hak nak sakitkan makhluk ciptaan Allah yang lain. lagi2 korang dicipta untuk melindungi dan membimbing.


p/s : maaf sedikit emo.


SALAM~

camne nak benci sumone? huhu.

hishhh...tak baik lah benci orang..nanti kita pun orang benci..so,kesimpulannya jgn benci orang!hehehe..takde cara untuk benci orang daripada saya..maaf.. :))

ask ask ask

how to forget sumone dat u love in just a few days?

aiseyh..soalan nak maut jeee...nak lupa in af ew days memang tak lah kan..tanya lah siapa pun dlm dunia..xde punya...tapi x mustahil..mr time akan tolong with Allah's help..sibukkan diri is cara yang paling berkesan..then apa2 pun jadi,turn back to Him..ini tak senang..tapi at least berkesan..harus kuat! :)

ask ask ask

14.11.10

TQ


ini kek hari jadi saya yang ke-20. terima kasih.
saya lapar. sekejap lagi baru saya update okay? sementara itu,sila jawab soalan ini. :)