18.8.11

18 Ramadhan

Assalamualikum! :)


hari ni dah 18 Ramadhan. malam ni, 19 Ramadhan. dah nak habis second phase, phase pengampunan. amacam investment untuk akhirat? 


Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal.
Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal.
Kalau malas solat sunat 20 rakaat, boleh solat sunat 8 rakaat.
Kalau malas solat sunat, boleh buka dan baca alQuran.
Kalau malas buka alQuran, boleh baca ayat alQuran yang telah dihafal.
Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal darimu.
Belum tentu Ramadhan seterusnya kita sempat bkn.



nah. kalau biarkan, rugi kan? takpe. walau korang tak sempat nak buat semua ni, gembirakan hati mak dengan ayah pun takpe. mampu tolong ibu masak dekat dapur pun dah okay. semua amalan baik kita kan dikira? :) usaha okay? chaiyok2! 


hahahaha. takde motif sebenarnya update blog ni. saja2 je. cumanya hari ni, rasa macam everything goes smoothly. seriously. best je. mungkin sebab tengok Jin Notti tadi? huahuahua. takde motif. kesian je korang baca post yang tak memberi faedah ni. takpelah. abaikan. hehehe. oh by the way, selamat berbuka dunia! :)


p/s : aku pening dengan font ni. macam apa je nak betulkan. abaikan lah. kalau korang pening, sorry! :)
SALAM~

16.8.11

Aminkan ramai2 boleh?

Demi Cinta Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

bacalah. aku tak terkata baca. :'(

Cari kekuatan :)

Assalamualaikum! :) 

tadi bukak FB, dan jumpa video dekat bawah ni. tengok lah.19 minit je. tak lama pun. :)


kalau Wardina boleh, aku pun boleh, kita semua pun boleh kan? jangan pernah berhenti berdoa. doa senjata paling kuat yang kita ada. soft reminder untuk diri sendiri dan semua. :) "cari kekuatan tu." ayat yang paling aku suka. that explain the title.

SALAM~

14.8.11

Mr. License

Assalamualaikum :))

Tahukah korang yang aku takde lesen kereta lagi di umur yang dah nak masuk 21 tahun ni? yes. gelakkan lah aku. sila. memang looser aku ni. tapi aku takde lesen ni bukan sebab apa tau. sebab aku yang tak nak masa ayah aku offer mula2 duluuu. and sekarang, bila dah takde cuti semua, padan dengan muka aku sebab dah macam payah sikit bila nak ambik lesen. unless, ayah aku bagi green light nak ambik lesen dekat UIA. heeee. angan2 tinggi ni. beria2 hari2 cakap dengan ibu, nanti ambik dekat UIA dengan kawan, murah and bla3. sekali Encik Mohd Hudzir tak benarkan. macam mana? nangis kuat2 meraung2 sambil berguling2 boleh? hahahaa. macam desperate gila nak lesen kan? okay. aku admit.

AKU GILA2 PUNYA NAK ADA LESEN SEKARANG NI!

impian aku banyak. dan baru aku sedar, most of it can be achieved dengan adanya lesen. motor tu reti bawak je cukup dah kot. hehehe. wahai Encik Mohd Hudzir, sila bagi green light eyh? i need it. please? :) i'll love you more!

p/s : banyak benda dalam kepala yang nak ditulis. tapi semua end up dekat draft. hahahah. sengal.
SALAM~

12.8.11

jom dengar cerita aku jom!

Assalamualaikum! :)

nak kongsi benda yang aku dok pot pet pot pet dengan kawan aku hari tuuuu. Jepp nama dia. hahahahaha.

korang percaya pada nasib tak? aku percaya! bukan tilik2 nasib tu tau. ni kira macam nasib, rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita. kenapa? sebab semua orang memang dah ada bahagian masing2. percayalah, Allah Maha Adil. Dia tahu apa yang Dia bahagikan untuk semua hamba-Nya. heeee.

okay2. aku proceed. actually, banyak sangat benda yang aku borak dengan kawan aku yang dah dekat nak 5 tahun tak jumpa ni. banyak. serious banyak. and most of it, bagi aku, berguna. pasal nasib and rezeki ni, dia nak terbang jauh ke Perth daaaahhhh. by the end of this month rasanya. bukan untuk sambung belajar okay. untuk kerjaaaaaaa. KERJA okay. sebagai chef rasanya. haaaa. rezeki kan? dia ni aku tak berapa nak sure excel ke tak spm. tapi, dia start life dia yang lepas sekolah ni, dengan bekerja sebagai chef dekat mana entah. and dia naik, naik dan naik. sampai lah dia ni jadi macam supervisor untuk few cawangan. haaaa. tak ingat dah aku. kalau salah sorry eh Jepp! :p then baru lah dia further study dekat KDU, ambik culinary. and baru je habis, tapi tak grad lagi, means takde scroll lagi dalam tangan, orang dari Perth dah datang untuk interview diaaaaaaa. see? kalau bukan rezeki, apakah ituuuu?

kat sini, aku bukan nak highlight yang rezeki tu datang bergolek tanpa korang usaha. tapi, kita tak pernah tahu rezeki kita. betul kan? orang yang excel spm pun belum tentu kerja hebat gila2 nanti. sama lah dengan orang yang 4 flat setiap sem. kejayaan sebenar kita tak terukur dengan result yang lepas2. yes, aku tak nafikan itu penting. tapi kita tak boleh bawak benda tu satu2nya je untuk apply kerja. ATTITUDE is benda yang paling penting. how you bring yourself depan orang. first impression orang yang tak kenal kau sangat penting. communication, macam mana kau punya sense of humor. benda2 ni tak boleh take for granted. ewah2. aku berkata2 macam aku ada semua ni kan? tak2. ada yang aku takde and kalau aku ada pun, banyak lagi aku nak kena improve. ini kira macam reminder untuk aku dan korang. untuk KITA. :)

actually macam banyak je sebenarnya yang kitorang membebel. ye lah. Cheras nak ke Semashur tu bukan dekat2 tau. kalau Jepp bawak, ada lah dalam setengah jam. (nak tercabut jantung aku naik kereta dengan dia ni.) tapi susah nak ditulis dekat sini. hope, apa yang aku tulis ni, walaupun sikit cetoet, boleh buat kita semua sedar sikit. aku pun, banyak benda sedar. sedar lah buat masa sekarang ni. nanti2 aku apply ke tak, wallahualam. hehehehe. :)

weh Jepp. thank you banyak2! kasik tumpang, melayan aku membebel, nasihat aku panjang lebar, dating paksa dengan aku dekat sungai menyendat bak kata kau, and of course, for the friendship. kau kalau lupa aku, siap ah! hahahaha. selamat berterbangan ke Perth, nanti. take care okay! :)

lapar tak? lapar tak? takde motif ni. :p


p/s : kira sebenarnya ni post untuk Jepp lah kan? hahahaha. :p
SALAM~

10.8.11

formspring.me

ask ask ask http://formspring.me/najwahudzir

to whom that may concern

aku rasa aku kena clear things up. kau jangan nak tambah kekusutan yang ada dalam kepala aku. funny jokes kau yang funny lah sangat tu, bukan datang tepat pada masa dia. kau jangan nak menggelabah ayam macam apa je cakap bukan2 okay? aku pun tak faham kenapa kau nak sebut all the bla2 things yang aku rasa at the moment, nak hempuk je kepala kau. ada eyh manusia dalam dunia ni yang menggelabah nak tahu itu ini pasal orang yang dia tak pernah nak pandang sebelah mata pun before this, dan bila dia tahu from others, nak kecik hati semua. kawan baik? apatah lagi. i never ask for your story. kau pun tak pernah heran dengan aku. pernah kau datang dekat aku cerita pasal hidup kau? sebab aku rasa aku ni kawan yang kau boleh nak carik bila kau susah je. bila kau down ke, nak mintak tolong apa2 ke, boleh lah aku carik kau. kau akan carik aku bila kau ada kepentingan kau je. aku panas hati gila bila kau sarcastic macam2 okay. kau siapa? aku siapa? kau nak suruh aku buat tindakan kejam tak mengaku kau kawan aku langsung ke? cukup weyh cukup. kadang2 aku rasa aku yang bodoh. ramai dah kot orang cakap dengan aku macam2 pasal kau. tapi aku still nak backup kau sebab aku rasa aku kawan kau. tapi bila kau buat macam ni, aku rasa macam aku nak delete je kau. cumanya aku macam tak boleh. i just couldn't. takkan sebab ni je aku nak mengamuk macam singa betina kan? tapi tolonglah, kalau kau baca post ni, dan kau sedar siapa kau, aku nak kau tahu, aku tak suka kau buat perangai macam ni. wrong timing lah bro. yes, aku panas hati sekarang and aku boleh je nak cakap macam2 macam ni. when the time comes, aku akan okay dengan kau. tahukah engkau, diri kau yang kau rasa patut jadi kawan baik aku, yes engkau, aku ni seorang yang sangat senang nak lupa apa yang orang pernah buat kat aku. dan termasuk lah engkau, kalau nanti marah aku dah reda ditambah pulak dengan pemahaman kau yang aku tak suka dengan apa yang kau buat ni, aku akan lupa. aku akan maafkan. tapi till then, sorry lah bro. banyak sangat benda kecik yang kau dah buat sampai bila tahap ni, benda ni kecik je jugak pun, aku tak boleh nak control dah. hope kau faham.


Respect people's relationships. There's so many other fish in the sea, so why mess with the one that's already 
been caught?


9.8.11

mix

Assalamualaikum. :)

okay. cuti yang UIA bagi cukup2 dua bulan ni, memang aku buat waktu aku berehat je lah. nak kerja, sebulan tu dah puasa. walaupun itu bukan sepatutnya jadi alasan kan, tapi yang paling besar alasan dia, of course lah parents tak kasik. hehehehe. alaaaa. lagipun, aku banyak sangat join program. errr. banyak ke? heeee. takde lah. first weekend yang aku cuti, pergi program dekat bukit cerakah. next weekend nya, program dekat puchong. next weekend, ada malam amal on sabtu, ahad ada reunion dgn kawan lama skdb yg 9 tahun tak jumpa, malam tu terbang ke seremban. duduk seremban seminggu jaga iman dgn haikal. isnin tu dah puasa, balik kl. minggu lepas ni, sabtu petang sampai ahad pagi, ada program sikit dekat semashur. haaaaa. inilah cuti yang aku rasa macam agak terisi. but still, aku rasa bosan and tengah kira2 lagi bila nak balik UIA. which is, ada 4 kali isnin. lagi. hahahaha. mengarut tak aku? :p

oh ya. malam ni aku akan berperang. untuk satu subject yang majoriti budak engine kena ambik tapi bukak satu section je. apa lah yang UIA kedekut sangat section pun aku tak tahu. dah lah subject ni pre requisite untuk subject next sem aku. kalau aku tak ambik sem ni, sem depan aku bakal tak boleh nak ambik subject yang lain2. zaman bilanya aku nak grad wahai UIA oi? kau nak ke mengadap muka aku lama2? hailaaaaaaa. hehehehehe.

dan, perasaan untuk hari sabtu petang sampai ahad pagi dekat semashur, tak boleh nak disampaikan. semua ada. jumpa kawan2 lama. tak terkata. lebih kurang 4 tahun dah aku tak jumpa diorang. and Jepp yang menumpangkan, terima kasih. walau ada cerita di sebalik cerita, takpe. aku bersyukur sangat2. thank you korang. betullah kalau orang kata, kawan sekolah takkan sama dengan mana2 kawan yang kau boleh kutip sepanjang hidup kau. korang tetap yang terbaik! aku nak korang tahu, aku sayang korang sangat2! tak terkata. couldn't imagine hidup aku, kalau korang tak pernah muncul sebagai kawan aku. okay. sedih.

SALAM~

I am sorry.


nothing can be explained. You won't hear. and I won't give any excuses. just, sorry. 

4.8.11

Assalamualaikum! :) 

ni ada checklist untuk aku semestinya, dan untuk semua. :) 

  1. bangun awal pagi
  2. solat sunat tahajjud
  3. solat sunat taubat
  4. solat sunat hajat
  5. solat sunat witir
  6. bersahur
  7. bersugi
  8. solat sunat rawatib sebelum subuh
  9. solat subuh
  10. membaca al-quran
  11. berselawat untuk Nabi s.a.w
  12. membaca al-mathurat / berwirid sehingga matahari terbit
  13. niat yang baik sebelum bekerja / belajar
  14. solat sunat duha
  15. membaca al-quran
  16. solat sunat rawatib b4 zuhur
  17. solat zuhur
  18. solat sunat rawatib after zohor
  19. solat azar dan al-mathurat
  20. menyediakan dan membeli barang keperluan berbuka tanpa membazir
  21. memperbanyakkan doa
  22. berbuka puasa dgn kurma atau air terlebih dahulu
  23. solat maghrib
  24. solat sunat selepas maghrib
  25. solat isya'
  26. solat sunat selepas isya'
  27. solat tarawih berjemaah
  28. tadarus al-quran
  29. niat berpuasa sebelum tidorr
  30. tidorr awal supaya dapat bangun awal
  31. berdoa sebelum tidorr
  32. banyak berdoa supaya dapat dipertemukan dgn lailatul qodarr
  33. menghadiri majlis ilmu / membaca buku ilmiah
  34. bersedakah
  35. beristighfar
jom check hari2 jom? ini untuk bulan Ramadhan ni. kira boleh je kalau kita nak buat as practice untuk hari2 yang lepas Ramadhan. time raya pon boleh check jugaaaakkkk :) InsyaAllah kita semua boleh buat niii. boleh! :)

SALAM~