21.2.13

Sebelum muntah


Assalamualaikum.

first of all. aku nak mintak maaf. aku dah janji nak positive kan? I'msorryIjustcan't. :'(

only one word can describe these 3 weeks of new semester ; dead.

 aku tak rasa aku hidup since start sem haritu. non-stop punya commitment dengan segenap penjuru, sungguh lah membunuh. tak terkejar semua benda rasa. and bila aku lost tak tahu apa purpose semua ni, aku hanya mampu tadah tangan and berdoa dekat Allah. dan Allah mesti ada hikmah and perancangan yang lagi rapi. still non-stop semua benda yang datang. aku rasa kecik sangat2 bila semua benda memerlukan perhatian aku. terlalu banyak benda yang nak dilihat. yang nak diambil kira. sampaikan aku demam almost 2 minggu. 2 malam terketar2 sendiri atas katil. 1 minggu antibody nak remove semua sakit. tapi sungguh lah. sakit tu penghapus dosa harusnya. muhasabah diri balik. sakit tu baru sikit. dosa aku? Allahuakbar tak terkata. banyak lagi daripada pasir dekat lautan dunia.



sangat memerlukan balik sekarang. Jumaat. do come fast please? recharge2! recharge energy. still tak faham macam mana orang boleh tak nak duduk dekat rumah. nak elak itu lah ini lah. tak nak penat semua. bukan ke ini lah masa nak serve parents. while they are here with us? hailaaaa. xpe2. bukan semua orang ada vision yg sama on some things.

article hunting. nak muntah dah baca, scroll, pangkah, search lagi lagi lagi dan lagi.

30.1.13

+ve

Assalamualaikum :)

aku dah pernah janji that 2013 will be very positive kan? aku rasa semalam at least aku walk aku punya talk. hehehe. feeling that positive and bantu orang lain jadi positive, serious bagi aku punya dada lapang gila2. at least, aku tahu aura positive aku yang menyala2 and membara2 tu, tersalur ke saluran yang betul. ahaaaaa. korang blur?

alkisahnya. semalam, budak2 UIA punya final exam released. and aku rasa, ada jugak U lain yang result keluar semalam. ni based on dekat Twitter lah. heeeee. and aku serious rasa nak berjoget tengok subject yg aku bagai nak pengsan takut repeat since masa final tak bergerak langsung pen tu atas kertas, pusing sini pusing sana kertas tu pun, jenuh aku nak fikir nak tulis apa, LULUS. hahaha. bukan with flying colour. tapi cukup menyenangkan hati aku. hehehe. ALHAMDULILLAH. and that's enough. cukup untuk menjadikan aku over positive. hehehehe.

dan Allah tu Maha Besar. Dia bagi aku kekuatan tu bukan saja2. rupanya untuk tolong kawan2 yang down. tapi kawan aku yang sorang ni hebat. walaupun dia mcm down lah dengan result dia, dia still positive jugak. kalau aku? ke laut mungkin. hehehehe. dia just frust sangat2 sebab dia dapat gred tu while org lain perform gila2 that subject. and itu hanyalah kerana dia tak ambik mid term sebab accident. kejam gila lah sir tu bg aku sebab tak bagi ambik mid term. bukan nya dia tak datang sebab saja2 suka2. dia accident lah siiiirrrrr. alahai. kata pun kemalangan. bukan nya boleh saja2 nak kemalangan tu. tak sengajaaaaaaa. haigooooo. kesian lah. kalau dia ambik mid term tu, harus dia skor gegila kot. tapi dia percaya dengan rezeki.

and for you my dear friend, 

tolong lah percaya dengan rezeki yang Allah bagi. kau belajar sungguh2 even time kau sakit, setiap step yg kau ambik untuk naik satu2 anak tangga dengan tongkat kau, Allah kira insyaAllah as jihad. knowing you, kau inspirasi aku untuk the whole sem sebenarnya. aku selalu cakap dekat diri aku, kau yang tak sihat pun sungguh2 belajar, lagi kuat semangat drpd aku yg sihat walafiat ni. kau bagi inspirasi dekat aku pun, dah dapat pahala jugak. gred tu dunia je. throughout kau nak dapat gred tu, banyak dah saham untuk dekat 'sana' yang kau dapat. sabar tau? aku akan sentiasa ada untuk sokong kau. Allah bagi kau lebih saham yang dekat 'sana' ganti yg dekat sini insyaAllah. teruskan usaha! kau daebak weyh! aku salute niiii. nampak tak? *letaktangandekatdahimacamtimekawadtu :p

this is what exactly you have done friend. and keep it up! insyaAllah kau jumpa kejayaan yang kau cari. amiiinnnnn :)

dan seharusnya, ini untuk semua. selamat memulakan sem baru dengan jayanya! teruskan usaha. jangan pernah mengalah okay! :D

cukup positive tak? ehehehehehehe. 
SALAM~

8.1.13

Paranoid (?)

Assalamualaikum.

serious tak menyesal langsung balik. sebab energy yang dicharge memang tinggi punya level dia. hehehe.

and i'm worried of my friends. perlu ke stay up sampai subuh dekat engine korang? bahaya laaaahhhh :'( aku sayang korang. jauh nak jealous ke apa. tapi, please please please and please. bahaya tu tak kira tempat. kalau dah korang open up yourself to danger, memang tak boleh nak cakap apa dah kan? even Allah pun pesan, jangan bahayakan diri sendiri. tolong jangan berani sangat boleh? yes. itu hak korang. tapi apa guna kawan kan? apa guna aku tak cakap kerisauan aku tengok korang macam tu. tapi betullah macam kawan aku cakap, masing2 dah besar. dah boleh fikir sendiri. korang pun dah pernah buat benda2 besar yang lain. aku just mampu cakap sikit2 and doakan yang terbaik untuk korang je. semoga korang sentiasa selamat and di bawah lindungan Allah as korang pergi belajar tu sama macam berjihad. insyaAllah xde pape :)

aku je yang paranoid lebih ke apa? @_@

7.1.13

positive vibe? insyaAllah

Assalamualaikum. 

it's been a week in 2013. sedikit busy dengan exam yang membunuh. yang dah lepas tu lepas. yang akan datang ni kena kejar kuat2. since ni pun tahun baru, so kena bagi aura positive sikit dekat semua orang kan? x salah memberi. x baik lokek2. :p 

malas nak cerita benda tension2. malas nak buat cerita2 sedih ala2 P.Ramlee. :p

they are gifts from friends.
bayangkan tu anda dan pasangan hidup anda. both are needed to build such a beautiful house like in the picture. :)
sorang takde, rumah tu jatuh. serious. sebab magnet rumah tu tak kuat sangat. kekekekeke

kalau dah basic kuat, baru boleh bercucuk tanam kan? hahaha. baru ada hasil :)

3.30 in the morning. :)

aku suka gila penuhkan softboard aku dengan macam2. tapi yang wajib ada haruslah planner aku. aku ni pelupa. but in the picture, planner tu korang tak nampak sebab aku malas nak bagitahu satu dunia apa yang aku busy sangat sekarang ni. hehehe. tgok mood lah kan. hmmm. meja aku? yes aku tahu bersepah. and meja ni sangat kecik. okay. bersyukur Najwa. orang lain jangan kata meja, rumah pun takde nak duduk. hmmmmm

currently, tengah berusaha habiskan satu chapter then tidur. aku tak pernah rasa semangat and hyper macam ni masa study. kan best kalau mood ni ada sampai bila2. heeee. mungkin rasa berdosa and berhutang dengan semua orang sebab dah balik rumah 2 hari and tak sentuh pape. so that, i've rewarded myself, sekarang masa untuk berusaha lah pulak kan? kejap je semua ni. berapa hari je lagi nak habis. then nak main ke tertonggeng ke apa, it's okay. :)

There'll be day in which you'll thank Allah that not all your prayers were answered.

Jangan serik nak usaha lagi. Jangan berhenti usaha dan doa.

ini yang aku jumpa bila down sangat2 paper on 2nd jan was very s****. aku tak boleh jawab langsung. pusing kertas sana pusing kertas sini, semua pun kosong. blank. tak bergerak pensil aku atas kertas tu weyh. ke sebab lain? tell me no. tolonglah Najwa. control your very dear heart. then ayat atas ni menyejukkan segala2nya. dan mungkin jugak buat aku tak berhenti baca buku. i mean, study. 

aku ada tanggungjawab nak jadi Khalifah yang Allah turunkan untuk Bumi ni.

aku ada tanggungjawab nak amalkan apa yang Rasulullah buat.

aku ada tanggungjawab nak bagi kejayaan, kegembiraan, kebahagiaan and kesenangan kat ibu dengan ayah aku.

aku ada tanggungjawab untuk jadi contoh yang sangat baik untuk adik2 aku.

aku ada tanggungjawab nak jadi kawan yang baik untuk kawan2 aku. 


banyak tanggungjawab aku. apa lagi yang aku tunggu? 2013 shall see all positive vibe from me :)