17.7.12

tribute

Rabu, 11 Julai 2012, 5.30 pagi. i got a call from ibu. 

Ibu : Assalamualaikum akak. dah bangun belum?
Aku : Dah. baru je ni. kenapa bu?
Ibu : takde. harini ada apa2 exam ke?
Aku : takde lah. ada quiz je petang ni. kenapa bu? call pagi2 ni.
Ibu : takde. nak bagitahu ni, Daddy (arwah) dah meninggal pukul 2.00 pagi tadi.
Aku : (senyap tak terkata apa. dalam hati je mampu, Innalillahiwainnailahirojiun)
Ibu : akak nak balik tak? kelas pukul berapa?
Aku : (still senyap)

aku tak berapa boleh nak cerna lagi sebenarnya masa tu. tu yg aku senyap. knowing yang Arwah dah pergi, sumpah sedih. aku rasa macam ada something yang tersekat dekat tekak. tak boleh nak cakap. tapi aku tahu lagi elok kiranya Arwah pergi. kesian sangat dah tengok dia terseksa and kesian sangat dah tengok Mummy penat and tension jaga dia.this might be the best for all of us.

Arwah memang bukan ayah kandung aku. tapi Arwah is someone yang sangat berjasa dalam membesarkan aku untuk jadi siapa aku sekarang. sebab Arwah yang jaga aku masa aku kecik dulu bila ibu dengan ayah pergi kerja. 

Arwah sangat loving, sangat sayang aku, sangat manjakan aku. Arwah lah yang rajin dukung aku kalau aku penat nak jalan pergi taman dekat rumah dia. Arwah lah orang yang akan ambik aku dekat rumah every New Year masa aku kecik2 dulu nak bawak gi tengok bunga api. Arwah lah orang yang akan suap aku makan sebab aku masa kecik tak suka makan. kalau kena paksa je aku nangis. tapi dengan Arwah tak. Arwah selalu belanja aku shopping dekat babu. Arwah suka bagi aku duit even masa dia tengah sakit pun. kadang2 rasa segan nak pergi lawat dia sebab tak sedap rasa nak ambik duit yang dia bagi. sebab sepatutnya, after all what Arwah dah buat untuk aku, aku yang patut bagi duit dekat Arwah. 

teringat air mata Arwah yang menitik masa aku suap dia makan dekat wad dulu. teringat bergenang air mata Arwah setiap kali aku salam dia nak balik dah. and aku as always akan cakap, 'Nanti Farah datang lagi. :)' dan now aku rasa menyesal gila2 sebab aku tak sempat nak jaga Arwah di saat2 terakhir dia dekat dunia ni. sepuluh hari Arwah dalam wad, sehari pun aku tak sempat nak jenguk dia and jaga dia even sekejap. Allah. ketar rasa tangan masa salam dengan Mummy nak balik UIA as aku ada kelas pukul 11, bila Mummy cakap, 'Daddy ada sebut2 nama Farah.' :'( 

Ya Allah. Kau ampunkan lah segala dosa-dosa Arwah Daddy yang sangat aku sayang Ya Allah. Kau peliharalah dia daripada seksa kubur. Kau lapangkanlah kuburnya, Kau cerahkanlah juga Ya Allah. Kau cucurkanlah rahmatMu ke atas rohnya Ya Allah. sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.

Daddy, I do love you very much. these words can't be read by you. but I want you to know how grateful I am to have you in this life. thank you for your unconditional love. I'll always pray for you. till we meet again. in Jannah insyaAllah.

aku sempat balik kejap je. pukul 6.30 pagi ayah sampai UIA, gate depan tutup lagi, aku jalan pagi2 buta sampai depan gate Ruqayyah which is seram lah jugak, 7.00 pagi sampai rumah, hantar adik2 pergi sekolah, terus ke rumah Arwah. aku tahan air mata. cukup lah orang2 yang dah menangis tu. cumanya sebak memang tak tertahan bila baca Yasin untuk Arwah. He's leaving. bila kita tinggalkan dunia ni, berbekalkan amalan je. and orang2 tersayang yang bacakan dan doakan untuk kesejahteraan kita. dan masing2 ada bahagian masing2. semoga kita semua mati dalam Iman dan Islam. Al - Fatihah.



p/s : aku still ponteng kelas pukul 11 tu sebab hujan lebat gila tak boleh nak turun pergi kelas and sambung tidur sebab ngantuk gila. 

SALAM~

2 comments:

法伊玆 said...

pernah rasa apa yang anda rasa. tabahkan hati, insyaAllah akan ada hikmah yang Allah janjikan. Al-Fatihah.

jujufarhana said...

insyaAllah. thank you!