banyak benda yang perlu dilakukan. kalau nak senarai, memang tak habis kertas. (tapi memang dah senaraikan pun dah) walaupun hari ni dah 16 JANUARI 2011, masih tak lambat kalau aku nak kata, aku ada banyak benda yang aku nak laksanakan sempena dengan tahun baru ni kan? walau juta2 orang cakap yang azam actually bukan masa tahun baru je, aku nak jugak cakap apa yang aku rancang jela2 sampai tak cukup kertas tuh, antara azam tahun baru yang aku nak dan cuba laksanakan sehabis baik. sebab? hidup kena ada tujuan. matlamat. goal. aim. jadinya, kalau start dengan azam tahun baru pun dah kira ok lah kan? sebab kalau mereka2 yang kenal aku dengan baiknya, mereka tahu aku adalah manusia yang susah nak ada pendirian dan matlamat hidup. aku selalu pegang konsep 'ikut je jalan yang ada depan mata. itu je yang terbaik.' sekarang tak. aku tahu aku boleh jadi yang jauh lagi baik daripada ni kalau aku ada matlamat hidup yang jelas. mungkin korang akan rasa aku looser gila sebab dah umur 20 baru nak sedar benda2 ni. tapi, at least, Allah dah tunjuk kat aku apa yang penting. Alhamdulillah. :)
kalau nak cerita pasal sem 2 dekat gombak, ya Allah. tak terkata. sumpah scary biskut mary(ayat alyaa) kenapa? subject2 dia menakutkan weyh! takde satu kelas pun yang aku suka nak pergi kecuali bm dengan workshop. core course yang lain? hampeh! programming memang musuh ketat sejak dulu. cumanya macam takde lah buta sangat macam dekat cfs dulu sebab belajar benda yang sama kan. electronics ni sepupu sepapat chemistry. so, tak suka. calculus 2 pulak. *sighhhhh* memang tak suka calculus (macam mana boleh jadi student engineering pun aku pelik sendiri), tambah dengan cerita2 seram dari mulut semua orang, memang nak terkencing2 je aku rasa. ada satu kelas sleu calculus yang aku pergi tuh, memang aku nak menangis dah dengar brother tuh cakap. serious. tak tipu. kalau tak, takde aku menggelabah macam apa je balik bilik malam tu study gila2 walau dah pukul 2 lebih dan mata mengantuk gila tahap letak batang mancis pun boleh patah. (p/s : balik bilik lambat sebab buat report workshop last minute kat bilik eida :p ) serios ini cuak. dan hujung minggu yang aku balik ni pun, still aku bukak buku walau yang aku study cuma lah lab report dan jawab soalan programming tutor sleu aku bagi. itu pun 5 soalan je. tapi rasa cuak tuh boleh buat aku yang malas tahap tak ingat ni, bukak jugak buku walau dekat rumah yang selalunya aku goyang kaki je enjoy2 kehidupan dengan segala sifat malas aku ni. haisssshhhhh. habis scary kan bunyik dia? sangat okay!!! :|
doakan yang terbaik untuk aku dan semua kawan2 aku yang lain okay? kitorang mesti boleh punya!
SALAM~
No comments:
Post a Comment