"Jika seseorang menahan keinginnya dari sesuatu yang haram kerana Allah,
maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal."
Allah. serious. banyak kali sangat2 jumpa ayat ni dan setiap kali jumpa, sangat menyentuh jiwa. tak mudah menahan diri dan hati daripada melakukan benda2 yang haram dan Allah murka. aku selalu gagal. selalu. sangat selalu. kena sangat kuat untuk lawan nafsu sendiri. dan kalau nak kuat, kena rajin topup iman. rajin2 solat awal waktu, jangan tinggal al-Quran (kalau tinggal 3 hari, hati boleh jadi gelap), jangan nak mencarut je kerjanya, dan macam2 lagi! sungguh banyak. aku ni, manusia yang tahu banyak benda yang aku boleh buat dan tak boleh buat. cumanya masalah terbesar aku adalah aku still buat benda2 yang aku tahu salah dan susah nak buat benda2 yang aku tahu betul sangat2. sangat susah nak ubah diri jadi baik in terms of baik. bukan takat baik biasa2, tapi baik. bak kata pearl, " bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud mengadap Tuhan. bukan mudah nak berubah, tapi bila dah berubah, ia sangat manis." ooohhhh. masa dapat msg pearl ni, aku rasa, aku nak sangat2 rasa manis tuh. jadi baik in terms yang betul2 baik. baik yang Allah define sebagai baik. tapinyaaaaa. Allah. tak mudah. terasa macam perlukan seseorang yang boleh tolong dalam context ni. tapi orang yang sesuai dengan jiwa aku. siapa? anyone? :|
SALAM~
2 comments:
Assalamualaikum~
Suka pos awk..
InshaAllah kita boleh berubah kalau kita betul2 nak berubah. Kita kena bermujahadah ( lawan keinginan/nafsu,untuk melaksankan perintah Allah )..Memang susah. dan setiap kali susah tu la kita mintak tolong dengan Allah. Lagi Allah suka sebab kita lagi dekat dengan Dia. And memang manis kalau dapat jadi baik... sebab kita taw apa yang kita buat tu Allah suka.. :D
Anyway, kesedaran tu dah ada. Alhamdulillah. Allah masih lagi ingatkan dan sygkn awk.. Mari sme2 kte islahkan diri jadi lebih baik. Sy pn dlm proses yg sme :))
“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
(Ar-Ra’du:11)
- hihi~ -
waalaikumussalam..
terima kasih! :) yup2.sangat manis kalau hati senang sebab buat benda yang Allah suka dan boleh tinggal apa yang Dia tak suka.serius tak senang nak buat, tapi bersyukur sangat2 sebab masih terpilih untuk Allah bukak mata dan hati.tengah usaha jugak!doa is the best senjata kan?always!thanx ingatkan :) sama2 mengingatkan okay?
Post a Comment