15.12.10






what? who? jawab2!

kalau what, of course lah subject2 sem ni yang macam apa je bunyi dia. baru dengar nama. belum manja2 sayang dengan diorang lagi. next, AGM STEADFAST. banyak lagi tak settle.

kalau who, kalian semua tahu siapa mungkin. he's always been the one yang akan distract aku no matter what. :)

suka suki

lama tak update. sedikit busy dan ketersampaian internet sangat limited. so, tak sempat berjumpa dengan mr blog yang tercinta. jangan merajuk yea? :) saya kembali! hehehehe. tak banyak nak cerita. new sem. new things. new aim and spirit! haihhh.....cliche kan? tapi ini hakikat. result last sem hampeh gila. result paling teruk pernah ada dalam sejarah uia. bagi aku lah. kawan2 mesti marah bila aku cakap macam ni. tapi ini jujur apa yang aku rasa. tengok result, tengok balik belakang, memang aku deserve lah. main gila kot last sem. gila2 punya main. bukan sikit2. dengan macam2 yang aku buatnye. tak terkata. sepatutnya aku bersyukur lah. Allah still nak bagi aku sedikit kejayaan walau dengan apa yang pernah aku buat. okay. take note najwa. jangan cakap sahaja. buatnya tidak. done. apa yang lepas, kena ambik jadi pengajaran. ok? ini untuk semua! :)

oh yea. pasal SET yang aku pergi masa cuti. itu sangat terbaik okay!!!!!! seriously! betul lah apa orang kata. what you least expected selalunya give something huge in your life. sangat betul ohh! walau SET takde lah bagi apa2 yang besar, tapi tak rugi pergi! tak rugi habiskan sisa2 cuti yang ada, tak rugi sakit badan tahap dewa sampai ayah kene urut, tak rugi bayar rm30, tak rugi lawan demam yang macam apa je masa nak pergi dan tak rugi angkat beg berat gila dari ruqayyah nak sampai main stair UIA okay! :) serious! korang memang terbaik! group member ; hafiz,hilmi,demang,kak imah,annur,ain,sab ; korang terbaik ohh! tak pernah jumpa orang sehebat korang! :) kak ain dengan kak mira, korang masak best! hehehehe. alhamdulillah tak kebulur kitorang :) dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. this is one of the best memories for 2010! thanks to Allah. :)

p/s : can't wait for saturday! :)
SALAM~

6.12.10

carik yang sekufu, masa tu saham dah jatuh . . . . . .

aku boleh cakap ni adalah antara cuti panjang yang terbaek dalam dunia! kenapa? sebab kebanyakan masa terisi dengan benda2 yang boleh dikatakan berfaedah lah. sekurang2nya takde lah aku tersadai 24 jam depan tv sampai tv pun dah jemu tengok aku. heh! nak cerita semua benda buat time cuti memang tak lah kan. mau muntah korang2 yang baca ni. so meh aku extract mana2 aktiviti yang aku rasa best. :)

  1. ada satu minggu tu, aku duduk seremban. rumah mak long. for the whole week, tolong atuk jaga hilman dengan haikal memang sangat seronok! haikal, kepandaian dia tuh at the age of 3, sangat menghiburkan. hilman, sangat comel dan mudah dijaga. cuma ye lah. budak tengah membesar, lelaki pulak tuh. lasak lah sikit kan. tapi, it's kinda theraphy lah. best sangat! :))
  2. cuti ni sangat best sebab dia tengah Year End Sale kan? so, memang banyak dan sakan lah aku bershopping! mines, jusco cheras selatan, jusco depan rumah habis kene tawaf. oh yea. kitorang tak shopping dekat mid,klcc etc yea. jauuuuuhhh and out of bajet. tapi still. SHOPPING!!! i loike~~
  3. selalunya masa duduk rumah ni, aku mesti ada gaduh2 manja dengan omel and ibu lah. ini yang wajib. tapi cuti ni tak ada! waaaaaaaahhhh. hebat lah aku kan. menjadi semakin besar mungkin? eheh. seronok2.
  4. pergi banyak gila wedding orang dan berangan yang indah2 untuk aku nanti. sangat best ohh! berangan kan free :)
  5. cuti sebulan tak rasa macam sebulan. tak rasa macam lama tak rasa jugak macam sekejap. so-so lah boleh kata. tapi ada lah masa2 tertentu aku yang aku rasa nak gila2 balik uia. biasalah, manusia tak pernah bersyukur. :p
dalam banyak2 ni, aku nak comment satu point je. satu pun cukup dah koott. point no 4. eheh. gatai naa. tak lah. ini satu benda normal dan wajib dah untuk difikirkan bila orang2 semua kata aku dah besar. (yeke?) ok lah. attend wedding2 orang memang seronok. sebab? makan free, tengok pengantin2 comel dan cantik, dapat goodies, dan macam2 lagi lah. tapi kan, disebalik semua2 ni, ada benda yang buat aku fikir. dan bukan aku je mungkin. ibu pun sebut2 selalu. asyik je sebut2. anak dia dah besar mungkin dia rasa. ibu asyik cakap. nak carik, kene carik yang sekufu. yang sama level. nanti senang. tak de yang kecik2 hati. nak carik, kene carik dari sekarang. lambat2 nanti takde yang nak. dah jadi senior, takkan nak mengorat junior kot? kawan2 senior yang lain dah nak carik junior nak buat calon isteri masing2. masa tu saham dah jatuh. dusshhh! sikit punya ligat otak aku ohh. hahahahaha. diam sahaja lah mampu kan? :) ini lah yang menyebabkan aku tekad gila nak kahwin lambat ni!! gila2 punya tekad wooo~~ serious! nak kahwin kene macam ni, kene macam tu. pendek cerita, kena angkut terus yang boleh baca doa ini, doa itu, solat cantik, doa lancar, hensem, kerja best, kaya, dan lain2. oh ibu. wujud lagi ke orang macam tu dalam dunia? bunyik dia macam perfect sangat2! takut saya mendengarnya. lalalalala~ tapi tak mustahil kan? takpe2. nak dapat yang macam tu, banyak yang kena ubah. nak yang macam tu, kena jadik macam tu dulu. waaahhhh. sikit punya belit ayat niyh! :) suka hati lah jari yang menaip ni. otak putus fius dah rasanya.

hehe. takpe2. belajar dulu pandai2. nanti dah jadi orang kaya, dah boleh senangkan ibu denga ayah, baru fikir kahwin. boleh? :)) saya pun kecil comel lagi nak fikir2 kahwin ni. kenapa aku perasan cakap aku kecik lagi? sebab aku memang macam budak kecik yang comel2 lagi tu haaa. tak matang langsung. lari2 dengan adik2 rebut2 nak salam ayah before ayah pergi kerja, nak attend mana2 majlis pun still tanya ibu baju mana yang nak pakai, masak pun tak pandai lagi, dengan pemalasnya, dan baaaaaaaaanyaak lagi. haaaa...... itu ada gaya macam orang yang dah besar dan matang dan dah boleh kahwin kah?? tak kan? orang gila je nak kahwin dengan orang macam ni. :p hehe. memang lah macam best kahwin ni. tapi lagi best sekarang ni rasanya. mari enjoy hidup bujang! :) oh yea! couple dengan kahwin tak sama yea. sila note itu. :)

p/s : bukan tak mahu kahwin yea rakan2. kahwin kan macam kita sempurnakan agama kita, Islam. cuma mungkin nanti2 lah. bukan dalam masa terdekat ini. banyak lagi yang nak dicari.

SALAM~

2.12.10

hye korang!(perasan macam ramai sangat orang baca blog aku) ehehh. suka hati lah kan? :p aku baru perasan, sejak 2 menjak ni, aku tidur tak lena ohh. boleh kata setiap jam aku terjaga. kenapa? aku pun tak tahu. bila fikir2, dari masuk gombak lagi dah jadi macam tuu. kenapa? you know gombak. hectic macam tak cukup tanah aku berjalan. padahal gombak itu dinasour! hehehehe. tak sabar nak jalan2 dekat gombak untuk gugurkan lemak2. ok. tiba2 geli sendiri. hehe. back to the topic, tak lena tidur. kenapa? padahal, dulu aku adalah manusia yang akan tidur macam tak nak bangun dah. letak je kepala atas bantal, jalan. ala2 nobita gituu. sekarang pun masih. tapi nobita takde bangun tengah2 malam setiap satu jam kan? haihh. macam mana ni? penat tau tidur terbangun2 ni. :( i need my beautiful sleep back!!! apakah puncanya? faktor usia mungkin? hehehe. but hey! i'm not that old okay. baru 20 tahun dan beberapa hari. :p tak tahu laah. puas carik cara untuk dapat tidur lena yang indah. tapi memang jarang lah dapat. kalau dapat, indah gilaa. mungkin Allah dah tarik nikmat tu balik sekejap sebab dulu aku kerja tidur je memanjang? eheh. mungkin. sekarang pun dah bangun pagi awal. pukul 8 awal lah kan? kalau dulu. na'uzubillah. pukul 12 pun kadang2 tak bangun lagi. betullah. faktor usia mungkin. ahakss! tapi takpe. bangun tengah2 malam pergi check semua orang ok ke tak, bagus jugak kan? sementara masih bercuti ni. hehehe. ohh. beberapa hari je lagi tinggal. kenapa kau kena ada encik perkhemahan? malas tau enggak? hehehe. mesti tak best nanti. tengok laa. i'm not joining this camping with my close friends. ini camping random kawan2. tapi ada suriyana ok lah kott. tengok je lah nanti. duhh. gtg. sakit perut!

SALAM~