26.10.12

malam raya

ini post malam raya.

hehe. Assalamualaikum. :)

aku baru siap buat video birthday mak aku tadi. siap exactly at 12 am which means, dah lepas dah sebenarnya birthday diaaa. xpeeee. nanti I bagi dia nonton itu video, sure terharu punyaaaa. kalau dia tahu lah punya payah nak buat video yang simple je tuuuuuu macam mana. hahahaha.

malam raya. sedih hati ni sebenarnya. sayu je rasa. ada erti yang Allah cuba nak sampaikan. tapi tak dapat2. jauh lagi nampaknya benda yang aku nak kena capai untuk faham ni. xpe2. usaha! kena kuat! :))

nothing to write on. but then, just remembered one of my friend who text me last night just to share what she feel. I know the feeling. teringat2, terkenang2, terbayang2. I've been through all that. be strong darling! have faith in Him, pray harder. Rahsia hati Allah je yang tahu. sebanyak mana pun kita mengadu dengan manusia, tetap Allah yang mengizinkan mereka2 untuk ease sakit yang kita rasa tu. kalau mintak direct, haruslah lagi cepat kan? hehehe. dah2. tak nak cakap panjang2. nanti emo sendiri malam raya ni. untuk awak kawan yang tersayang, kita kirim doa untuk awak ni. kalau dah sampai doa tu nanti, bagitahu yea? ;)

Ahad ni kenduri aqiqah Amar Harith. baru nak budget buat homework semua hari sabtu. so, macam mana ni?


untuk merelaxkan hati, mari kita buat peace macam yang aku buat dekat atas ni! hehehe. sorry ibu. sorry ayah. sorry lab mates. sorry Mr Time. and yang paling penting sekali, sorry diri sendiri! :p 

SALAM~

19.10.12

rasa hati


Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, 
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, 
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, 
Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, 
Indahnya tarbiah Allah, tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya.

this saying, saying ke? sangat membuat aku berfikir. sungguh. yakin dengan apa yang kita dah mintak dalam doa. yakin dengan apa yang Allah bagi lepas kita mintak. is THE BEST. tak mudah. tak senang. aku tahu. tapi layak ke kita sebagai hambaNya nak pertikaikan keputusan dan takdir yang Allah dah susun? Dia yang Maha Mengetahui segala yang berada di langit dan di bumi. Redha dan Pasrah. itu yang perlu. kalau dah doa kuat2, rajin2, sungguh2, jangan lupa ajar hati untuk redha dengan apa yang Allah bagi. insyaAllah dipermudahkan. kebergantungan kita kan sememangnya dan selayaknya 100% pada Allah? :) peringatan untuk diri sendiri.

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA 
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN 
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG 
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN 
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN 
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN 
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN

ini pulak. sangat susah nak buat even satu. betul lah orang kata. learning process is the toughest one if you yourself don't want to do it. belajar ni tak boleh nak paksa2. dia datang naturally dari hati. so, selamat belajar semua! every single second in our life, sebenarnya kita tengah belajar. belajar hormat orang, belajar kawal marah, belajar buat pertimbangan yang rasional, belajar memberi(erti hidup pada memberi :p) and belajar macam2 lagi. apa yang aku sebut ni, apa yang aku tengah rasa, lalui sekarang. 

okay2 dah. nak start buat mid term sekarang. pukul 5 hantar weyh. pukul 3 ada kelas. haaaaaaaaaa. dah tu aku buat apa lagi kat sini? okay. sila lempang diri laju2. 

take care! Salam :)


9.9.12

Kosong by Najwa Farhana

Assalamualaikum.

pernah rasa kosong tak? sekosong2nya? sekeliling kosong. dalam kepala kosong. dalam hati kosong. kat telinga pun apa yang dengar kosong. semuanya kosong.

ni mungkin akibat balik UIA awal daripada orang lain sebab ada program. kosong dia, MashaAllah. terasa gilaaaaaaaaaaaaaaaa. sampai kan aku bawak motor balik meeting pukul 10 lebih pun, kepala kosong tak tahu pun tgah bawak motor. berkali2 menyedarkan diri sendiri, I can't feel like that. tengah bawak motor koootttt. nak mampus masuk longkang kalau kepala kosong macam tu? sighhhhhh.

I don't know why I feel that way. even time program pun, rasa sangat semua kosong. KOSONG. itu time busy tu. time tak busy? haaaaa. menjawab lah dengan diri sendiri. kali ni boleh kot kalau korang nak samakan aku dengan Najwa Latif tuh. hahahaha. tapi up until now, rasa kosong tu still ada. cumanya tak sekuat yang masa aku bawak motor tu lah. penat cari jawapan sendiri. baik tanya Allah. kan? He must have the answer. :|

new semester. new level. new things. new peoples. and I bet, new feelings. harap2 semuanya dipermudah. nak kembalikan momentum, tenaga, mood dan ketenangan jiwa.

ni orang kata ambik berkat. hehehe. kat mana2 pun nak letak gambar ni tunjuk. padahal sekeping je pun.  
Tahniah Sandy! :)

meet my Atok! sampai sekarang cantik dan sentiasa merah :p

inilah gambar adik2 group yang aku join program tu. bangga tak masuk blog akak? hehehehe. dekat zoo yang banyak gila haiwan pun aku rasa kosong. tapi logic lah. sebab I'm not an animal lover. :p


gambar dengan Sandy tu saja nak tunjuk, gambar dengan Atok tu pun saja nak tunjuk, gambar adik2 ni nak tunjuk bukti join program. hahaha. kesimpulannya motif gambar2 dalam post ni, saja2. hehehehe. till we meet again! post raya? tak rasa nak buat. 

SALAM~

30.8.12

jalan kita tak sama

Assalamualaikum.

never feel this grateful and happy sampai nari joget2 after berjaya menghack result yang sepatutnya keluar on 4th. serious, I am. aku menari sampai ayah pandang aku pelik and tanya 'kau ni kenapa kak?' errrrr. malu sendiri then semangat bagitahu i passed my exams and ayah kata, 'bersyukur lah dulu baru joget2 pun.' and I was like, 'dah. dalam hati tadi.' ok fine. memang buruk perangai.

betullah orang kata, Never Never Never judge a person because you never know what they've been through. ada siapa2 dekat sini yang menangis teresak2 lepas exam? menangis teresak2 yang tahap tak boleh nak berhenti walau dah melompat bagai? teresak2 kalah orang mati laki? kalah orang mati tunang? mungkin ada yang lagi teruk teresak2 daripada aku, tapi ada yang sebab exam semata? haaaaaaaaa. itulah Najwa Farhana. sebab tahu dah buat salah dalam paper exam yang aku sedar in 5 mins before exam ends and it costs 28 marks out of 100 where my CAM is sucks, yes, I cried a river. no. a pond. whatever. I can't stop thinking of how stupid I am to make that silly mistake. no. it's kerja orang yang selalu and suka careless dalam exam. it's me. aku selalu nampak salah yang aku buat atas paper exam and akan end up sampai kat bilik and check jawapan dalam buku teks dan menyumpah diri sendiri. pastu, tidur and tak ingat apa2 dah. bila bangun and nak sembahyang, ingat balik and doa kuat2 and banyak2 mintak dekat Allah. and Alhamdulillah, setakat ni Allah bagi SETIMPAL dengan usaha. bukan tak usaha then doa kuat2 and banyak2 then Allah senang2 je bagi okay. :p dan lepas all difficulties, aku lulus jugak. hey. lulus is a big thing for me.


sebab jalan kita semua tak sama :)


tiba-tiba teringat result tu yang hack je. bukan official punya. tapi harap-harap nothing change into something worse lah. Amin. kalau tak aku nangis guling-guling lagi. hehehe.

SALAM~

29.8.12

TQ, you

'You deserve someone better than me.'
'Saya doakan awak dapat orang yang jauh lagi baik daripada saya.'
'Saya tak rasa saya boleh sayang orang lain macam yang saya pernah sayang awak.'
'You're way too good untuk dicomparekan dengan orang lain.'
'Takpe lah. ada jodoh ada lah.'
'Maafkan salah dan silap saya.'
'Better don't.'
'If ada peluang, would you be mine again?'

di satu sudut dunia, wujud orang2 yang pernah keluarkan statement2 dekat atas ni. and to all of you,

THANK YOU :)


Wordless Wednesday #3

nak sikit? :p

5.8.12

keranahatiinitelahdilukai

Semalaman terkenangkan dirimu
Mengalir air mataku membasahi pipi
Mengapa kau sanggup meninggalkan diriku
Sedangkan kau tahu perasaan ini

Kau berjanji akulah kekasihmu
Sanggupku singkirkan semua cerita yang lalu
Tidak ku duga ini akan terjadi
Kata perpisahan yang kau pinta

Biarkanlah
Biarkan aku hidup sendirian 
Tak ingin ku mengenangkan kisah lama
Biarkanlah
Biarkan aku hidup sendirian
Kerana hati ini telah dilukai 



every word here, remind me to someone that used to be very important. USED TO BE. sangat ajaib dengan diri sendiri. how I can be okay and move on this far. even though there is always time where I went back there, still, I'm okay. this is one great love that is given by Allah to show me what is love about. 


Happy fasting everyone! #tibatiba
separuh Ramadhan dah lepas. still ada separuh lagi. never give up! :) 



26.7.12

broken inside

Assalamualaikum! :)

aku pun tak tahu apa yang aku buat dekat sini pukul 4.20 pagi. tapi yang pasti, aku tidur tadi lepas maghrib, tak turun pun terawih dekat surau Ruqayyah macam biasa sebab penat and takde orang nak teman. tak berani weyh nak jalan sorang2 dalam gelap nak pergi surau tu. bukan hantu yang aku takut. orang yang aku takut. biarlah orang nak kata aku pathetic ke apa. tapi, baik lah kita beringat sebelum kena. kan best kalau dah kahwin. mesti pergi terawih dengan Encik Husband and confirm2 lah tak takut. hehehe. the time will come. insyaAllah :))

tapi itu bukan alasan patutnya! jangan tiru perangai buruk aku. aku terawih jugak lepas bangun tidur pukul 12  tadi. settle terawih, chicken foldover yang buy 1 free 1 tuh sampai. weeehooo. melompat kitorang makan ramai2. seronok betul kikis mcd. hehehe. dan sekarang walaupun sebenarnya mata mengantuk gila, still berjaga sebab takut tak bangun sahur. kesian ecah dah masak nasi 3 pot. dah lah kitorang semua dah makan chicken foldover tadi. masing2 dah gosok perut. buatnya tak bangun makan nasi ecah masak, mahu kena belasah dengan dia. ada yang siap pesan masak lebih lagi. haaaa. mana nak campak? berapa kerat je budak2 ni yang tak boleh puasa. mampusssss. tak nak buang nasi. tak nak :'(

merapu.

hari ni ada quiz online. tak baca apa pun. sebab nak jawab sama2 semua satu kelas. esok ada mid term. tak baca apa lagi sebab suka buang masa and study last minute. daripada tadi dok online, main2 dekat youtube, download segala macam jenis lagu, tweet sana sini, dah pukul 4. kalau study, 2 slides dah selamat tidur pukul 11. hahahahaha. itulah kehidupan student. oppsss. sorry. i mean, student yang macam aku. hehehe.

there are few moments where my body is shaking just because of the memories that cross my mind. and, i just feel like crying when the moment comes. idomissyou #katahati


here are some random thoughts come from everywhere. but most of it, Twitter.

I never felt true love until I was with you, and I never felt true sadness until you left me.

Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never knew.

If it still hurts, you still care. It still. 

Ask me how many times my heart has been broken and I will tell you to look in the sky and count the stars. I'm a superwoman. :p

Allah pemilik rahsia rasa hati. :)

Walau kau sudah punya teman istimewa, Aku harap persahabatan kita masih seindah pelangi seperti dahulu. Special dedicated for you dear friend. 

Dari tepi jalan, menuju ke Tuhan.

mcm mana sy nak letak bercinta sbg priority bila saya ada pointer yg harus diperbaiki?

A heart can be broken; but it keeps beating just the same. That's why i still love you. 

I love you without knowing how, why, or even from where. This is why I can never answer your question. 

With or without you.

Sometimes, the best relationships happen by accident ♥

To be honest, you're the only one i've ever spent this much time and effort on. YOU.

I wanna be your favorite hello and your hardest goodbye.

The moments were sweet and it was nice knowing that you are there for me. But it is all 'used' to.

Thanks for your time spent, thanks for your credit wasted, thanks for your big hopes, thanks for your sweet talks, thanks for being there then.

the last 2 is special dedicated to you, En H. I'll be here. 


sayapatahdidalam.
SALAM~

18.7.12

sabar itu indah walaupun perit.


to be honest, exam semalam paling disaster yang pernah ada. dengan hidung tersumbat sok sek, kepala berat bagai nak pecah berpusing, perut lapar tak dinner lagi, 5 drawing questions in 2 hours, aku mmg boleh simpulkan bahawasanya sir aku mmg kejam. itu belum cukup dengan member kau membebel dia tak cuckup masa walhal dia sempat je buat semua soalan. nak compare dengan kitorang2 yang siap tinggal satu soalan penuh, lupa nak redraw balik table, tak tahu jawab langsung, kau nak membebel macam apa je. memang kena ah sound direct sekali dengan aku. jangan selfish weyh. ada yang makan kasut sekali kang. haha.

lama dah rasanya tak marah orang macam ni. mungkin effect badan tak berapa nak sihat, jadi cepat jeee nak marah orang. padahal sakit yang Allah bagi ni kifarah dosa2 yang lepas. patutnya, sabar lah sikit. sikit je. tak rugi mana pun. normal lah exam susah, tak cukup masa, kawan2 nak luahkan apa yang dia rasa. satu tips, kalau rasa nak marah lepas ni, cepat2 urut dada and istighfar. dan kalau sakit pun, ingat, Allah tengah uji ni. sabar je sikit. okay? sebab, SABAR ITU INDAH WALAUPUN PERIT :)