8.11.12

Rainbow : se'rainbow' hati saya :)



rainbow enough? hehehe. can't wait to wear this on AGD. kata kena ikut tema. tema rainbow. aku ada gelang rainbow. kau hado? hehehe. beli benda kecik comel ni with RM3 dah cukup menggembirakan hati aku yang macam, errrrr, aku pun tak faham sendiri. tapi benda ni macam ada kuasa magic dia sendiri. tengok dia, happy sendiri. therapy colour mungkin? :) Sungguh, hati manusia Allah yang pegang. sekecik2 benda boleh buat kita happy and jugak sedih. sekeras2 manusia boleh jadi selembut2nya. kenapa? sebab Dia yang cipta kita. kita milik Dia. dan Dia Maha Kuasa. semua yang Dia kehendaki, sure Dia boleh buat. kunfayakun. ingat? :)

jangan lupa, bangun pagi, doa mintak dekat Allah semoga dipermudahlan semua urusan, dunia akhirat. insyaAllah hari kita akan okay sampai habis :)

harini boleh lah kalau nak rasa hebat or kuat sikit kot. hahaha. too many things happened. tapi masih mampu menjadi manusia yang rasional. tak pernah expect diri sendiri kuat macam ni. kuat gila weyh. goyang tu dah tak dah. gegar2 sikit je. effect ambik subject vibration kot sem ni? hahahaha. oh my. midterm tak habis lagi. tolong doakan yea? terima kasih daun keladi! :p Salam~

5.11.12

this time



yes. harini 5 Nov 2012. waktu yang sama tahun lepas, 5 Nov 2011, moment dia sangat berlainan. by time, kita bergerak jugak. kita berubah. cuma pilihan untuk berubah yang macam mana, semua atas tangan kita. Allah bagi kita kebebasan nak pilih semua tu. dengan peringatan dalam kitabNya, syurga dan neraka menanti sebagai ganjaran ataupun hukuman.

ONE THING THAT I LOVE MUCH ABOUT UIA IS KEWAJIPAN BELAJAR DAN TERUS BELAJAR ILMU AGAMA. 

setiap sem mesti akan ada satu subject yang akan hold aku kuat2 untuk terus faham Islam yang indah ni. oh my. banyak yang terluah dalam hati ni. dengan baca lagi dan lagi Contengan Jalanan. sepuluh kali baca, sepuluh kali nangis. merah2 sampai hidung. apakah.

Sungguh, Hati tu hak milik mutlak Allah. Dia yang pegang. Dia yang control. 

26.10.12

malam raya

ini post malam raya.

hehe. Assalamualaikum. :)

aku baru siap buat video birthday mak aku tadi. siap exactly at 12 am which means, dah lepas dah sebenarnya birthday diaaa. xpeeee. nanti I bagi dia nonton itu video, sure terharu punyaaaa. kalau dia tahu lah punya payah nak buat video yang simple je tuuuuuu macam mana. hahahaha.

malam raya. sedih hati ni sebenarnya. sayu je rasa. ada erti yang Allah cuba nak sampaikan. tapi tak dapat2. jauh lagi nampaknya benda yang aku nak kena capai untuk faham ni. xpe2. usaha! kena kuat! :))

nothing to write on. but then, just remembered one of my friend who text me last night just to share what she feel. I know the feeling. teringat2, terkenang2, terbayang2. I've been through all that. be strong darling! have faith in Him, pray harder. Rahsia hati Allah je yang tahu. sebanyak mana pun kita mengadu dengan manusia, tetap Allah yang mengizinkan mereka2 untuk ease sakit yang kita rasa tu. kalau mintak direct, haruslah lagi cepat kan? hehehe. dah2. tak nak cakap panjang2. nanti emo sendiri malam raya ni. untuk awak kawan yang tersayang, kita kirim doa untuk awak ni. kalau dah sampai doa tu nanti, bagitahu yea? ;)

Ahad ni kenduri aqiqah Amar Harith. baru nak budget buat homework semua hari sabtu. so, macam mana ni?


untuk merelaxkan hati, mari kita buat peace macam yang aku buat dekat atas ni! hehehe. sorry ibu. sorry ayah. sorry lab mates. sorry Mr Time. and yang paling penting sekali, sorry diri sendiri! :p 

SALAM~

19.10.12

rasa hati


Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, 
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, 
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, 
Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, 
Indahnya tarbiah Allah, tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya.

this saying, saying ke? sangat membuat aku berfikir. sungguh. yakin dengan apa yang kita dah mintak dalam doa. yakin dengan apa yang Allah bagi lepas kita mintak. is THE BEST. tak mudah. tak senang. aku tahu. tapi layak ke kita sebagai hambaNya nak pertikaikan keputusan dan takdir yang Allah dah susun? Dia yang Maha Mengetahui segala yang berada di langit dan di bumi. Redha dan Pasrah. itu yang perlu. kalau dah doa kuat2, rajin2, sungguh2, jangan lupa ajar hati untuk redha dengan apa yang Allah bagi. insyaAllah dipermudahkan. kebergantungan kita kan sememangnya dan selayaknya 100% pada Allah? :) peringatan untuk diri sendiri.

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA 
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN 
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG 
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN 
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN 
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN 
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN

ini pulak. sangat susah nak buat even satu. betul lah orang kata. learning process is the toughest one if you yourself don't want to do it. belajar ni tak boleh nak paksa2. dia datang naturally dari hati. so, selamat belajar semua! every single second in our life, sebenarnya kita tengah belajar. belajar hormat orang, belajar kawal marah, belajar buat pertimbangan yang rasional, belajar memberi(erti hidup pada memberi :p) and belajar macam2 lagi. apa yang aku sebut ni, apa yang aku tengah rasa, lalui sekarang. 

okay2 dah. nak start buat mid term sekarang. pukul 5 hantar weyh. pukul 3 ada kelas. haaaaaaaaaa. dah tu aku buat apa lagi kat sini? okay. sila lempang diri laju2. 

take care! Salam :)


9.9.12

Kosong by Najwa Farhana

Assalamualaikum.

pernah rasa kosong tak? sekosong2nya? sekeliling kosong. dalam kepala kosong. dalam hati kosong. kat telinga pun apa yang dengar kosong. semuanya kosong.

ni mungkin akibat balik UIA awal daripada orang lain sebab ada program. kosong dia, MashaAllah. terasa gilaaaaaaaaaaaaaaaa. sampai kan aku bawak motor balik meeting pukul 10 lebih pun, kepala kosong tak tahu pun tgah bawak motor. berkali2 menyedarkan diri sendiri, I can't feel like that. tengah bawak motor koootttt. nak mampus masuk longkang kalau kepala kosong macam tu? sighhhhhh.

I don't know why I feel that way. even time program pun, rasa sangat semua kosong. KOSONG. itu time busy tu. time tak busy? haaaaa. menjawab lah dengan diri sendiri. kali ni boleh kot kalau korang nak samakan aku dengan Najwa Latif tuh. hahahaha. tapi up until now, rasa kosong tu still ada. cumanya tak sekuat yang masa aku bawak motor tu lah. penat cari jawapan sendiri. baik tanya Allah. kan? He must have the answer. :|

new semester. new level. new things. new peoples. and I bet, new feelings. harap2 semuanya dipermudah. nak kembalikan momentum, tenaga, mood dan ketenangan jiwa.

ni orang kata ambik berkat. hehehe. kat mana2 pun nak letak gambar ni tunjuk. padahal sekeping je pun.  
Tahniah Sandy! :)

meet my Atok! sampai sekarang cantik dan sentiasa merah :p

inilah gambar adik2 group yang aku join program tu. bangga tak masuk blog akak? hehehehe. dekat zoo yang banyak gila haiwan pun aku rasa kosong. tapi logic lah. sebab I'm not an animal lover. :p


gambar dengan Sandy tu saja nak tunjuk, gambar dengan Atok tu pun saja nak tunjuk, gambar adik2 ni nak tunjuk bukti join program. hahaha. kesimpulannya motif gambar2 dalam post ni, saja2. hehehehe. till we meet again! post raya? tak rasa nak buat. 

SALAM~

30.8.12

jalan kita tak sama

Assalamualaikum.

never feel this grateful and happy sampai nari joget2 after berjaya menghack result yang sepatutnya keluar on 4th. serious, I am. aku menari sampai ayah pandang aku pelik and tanya 'kau ni kenapa kak?' errrrr. malu sendiri then semangat bagitahu i passed my exams and ayah kata, 'bersyukur lah dulu baru joget2 pun.' and I was like, 'dah. dalam hati tadi.' ok fine. memang buruk perangai.

betullah orang kata, Never Never Never judge a person because you never know what they've been through. ada siapa2 dekat sini yang menangis teresak2 lepas exam? menangis teresak2 yang tahap tak boleh nak berhenti walau dah melompat bagai? teresak2 kalah orang mati laki? kalah orang mati tunang? mungkin ada yang lagi teruk teresak2 daripada aku, tapi ada yang sebab exam semata? haaaaaaaaa. itulah Najwa Farhana. sebab tahu dah buat salah dalam paper exam yang aku sedar in 5 mins before exam ends and it costs 28 marks out of 100 where my CAM is sucks, yes, I cried a river. no. a pond. whatever. I can't stop thinking of how stupid I am to make that silly mistake. no. it's kerja orang yang selalu and suka careless dalam exam. it's me. aku selalu nampak salah yang aku buat atas paper exam and akan end up sampai kat bilik and check jawapan dalam buku teks dan menyumpah diri sendiri. pastu, tidur and tak ingat apa2 dah. bila bangun and nak sembahyang, ingat balik and doa kuat2 and banyak2 mintak dekat Allah. and Alhamdulillah, setakat ni Allah bagi SETIMPAL dengan usaha. bukan tak usaha then doa kuat2 and banyak2 then Allah senang2 je bagi okay. :p dan lepas all difficulties, aku lulus jugak. hey. lulus is a big thing for me.


sebab jalan kita semua tak sama :)


tiba-tiba teringat result tu yang hack je. bukan official punya. tapi harap-harap nothing change into something worse lah. Amin. kalau tak aku nangis guling-guling lagi. hehehe.

SALAM~

29.8.12

TQ, you

'You deserve someone better than me.'
'Saya doakan awak dapat orang yang jauh lagi baik daripada saya.'
'Saya tak rasa saya boleh sayang orang lain macam yang saya pernah sayang awak.'
'You're way too good untuk dicomparekan dengan orang lain.'
'Takpe lah. ada jodoh ada lah.'
'Maafkan salah dan silap saya.'
'Better don't.'
'If ada peluang, would you be mine again?'

di satu sudut dunia, wujud orang2 yang pernah keluarkan statement2 dekat atas ni. and to all of you,

THANK YOU :)


Wordless Wednesday #3

nak sikit? :p

5.8.12

keranahatiinitelahdilukai

Semalaman terkenangkan dirimu
Mengalir air mataku membasahi pipi
Mengapa kau sanggup meninggalkan diriku
Sedangkan kau tahu perasaan ini

Kau berjanji akulah kekasihmu
Sanggupku singkirkan semua cerita yang lalu
Tidak ku duga ini akan terjadi
Kata perpisahan yang kau pinta

Biarkanlah
Biarkan aku hidup sendirian 
Tak ingin ku mengenangkan kisah lama
Biarkanlah
Biarkan aku hidup sendirian
Kerana hati ini telah dilukai 



every word here, remind me to someone that used to be very important. USED TO BE. sangat ajaib dengan diri sendiri. how I can be okay and move on this far. even though there is always time where I went back there, still, I'm okay. this is one great love that is given by Allah to show me what is love about. 


Happy fasting everyone! #tibatiba
separuh Ramadhan dah lepas. still ada separuh lagi. never give up! :)