10.12.11

he found his mrs right

Assalamualaikum! :)

last post tu, aku copy paste dr fb je. ini, memang cerita kehidupan aku.

Alhamdulillah, aku ada kawan2 yang sangat baik hati yang aku kira, macam pengrealisasi impian2 aku. haritu dgn kek. ni dengan dapat jugak main basket untuk ESC under MME. and yes, kitorang capai target. no 3 dalam genggaman! hoyeaaahhh~ thank you lah kawan2. sayang korang ketat2!

that's not the story yg related to the topic. the story that i would like to write here, akan buat korang menyampah dengan aku sebab it's like years ago punya cerita tapi aku nak heboh2 jugak dekat sini. but then, biarlah. aku nak simpan jadi satu kenangan dalam hidup aku. 

it's Tuesday, 6th of December 2011.

it's fine looking at you knowing that you're not mine anymore. seriously, it is fine. but you don't have to act like i'm a looser lah nak kena potong2 aku tunjuk kau ada awek kau bonceng belakang kau depan batang hidung aku. haaaaa. kan dah tak jadi nak bersopan santun. betul lah kata pearl, you have no good. you ruined my night by doing that. tak cukup ke kau dah memporak perandakan hidup aku dulu. be professional lah bro. sia2 je menang tadi bila kau buat perangai macam tu, aku maki hamun kau sepanjang aku atas motor tuh. haaaaa. kan dah. aduhai. apa motifnya cik abang oiiii?? habis marah dah aku tuh. habis bengang dah. dan habis fikir dah kenapa kau nak kena buat macam tu. yes. you found your mrs right. aku tahu dah. aku selalu nampak dah. so kau tak perlu nak show off macam tu. perlu ke untuk buat macam tu? you're too mature untuk aku fikirkan akan berperangai kanak2 ribena macam tu. be a good protector as you were before. be a good man. *sigh*

p/s : ini luahan rasa yang tak patut ada dah dalam kamus hidup aku. it's been YEARS. sorry awak. he's nothing to me. but you know things called memory right? it's just there. no worries. it won't stay long.  
i PROMISE you.

SALAM~

8.12.11

sangat lah sweet. aku yang baca pun rasa nak nangis. :'(

puisi cinta yg datang dari hati....


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


Zahiril Adzim to Shera Aiyob .