9.9.11

HARI NI DALAM SEJARAH

Assalamualaikum! :)

nak tahu kenapa tajuk post ni macam menarik? hahaha. bagi aku, it does! sebab apa? sebab semalam memang sejarah lah dalam hidup aku. nak tahu apa? AKU BALIK RUMAH PUKUL 11:00 MALAM. perlu ke aku besarkan lagi? MALAM. okay dah cukup besar. itu pertama kali seumur hidup aku. pelik? looser? suka hati lah korang nak cakap apa. sebab, memang mak dengan ayah aku treat kitorang semua macam ni. dulu lagi teruk. sampai ke muka pintu rumah orang tu dia hantar aku kalau nak pergi mana2. teruk ke? yes dulu aku memberontak gila. rasa nak ngamuk setipa kali dia cakap, "tak boleh!" tapi aku rasa, tak ada salahnya apa yang parents aku buat. cuma aku akui lah. sedikit keras. so, orang2 yang berjiwa kental macam kitorang ni je lah yang dapat menahan. :)

oh ya. aku balik semalam lambat sebab menghadiri gathering raya batch aku. cop. did i use menghadiri? okay. itu skema. join sudah. hehehe. macam biasalah. dah hujung masa baru aku nak mintak permission apa semua. dan yang sebenarnya, aku rasa mak aku tak tahu pun kitorang masak sendiri semua. kot. hahahaha. so memang kalau dah kau anjurkan event and dari a sampai z kau buat semua, memang tak lah sejam dua je boleh settle and siap semua and cabut balik kan? so, sedikit miscommunication berlaku di situ. so, sorry bu! :)

and sila jangan tanya diorang marah ke tak. sebab aku memang tak tahu. pukul 9.30 mak aku call, tanya dekat mana, aku still dekat rumah adzrin masa tu. cumanya dah naik kereta lah. tengah bye-bye semua orang. dari bukit jelutong tu, nak sampai rumah aku, sejam jugak lah. plus, pieq hantar gha dulu. so, dalam kereta memang aku menggigil. habis semua orang aku kacau, bagitahu aku cuak. sampai rumah, memang dah gelap. terketar2 call adik aku. tapinya caaaiiitttt. dia tak angkat. tidur sudah rupanya. try jugak kumpul kekuatan and dial number ibu. 2 kali, tiba2 pintu pagar terbukak. yes, rumah aku guna autogate. memang takde harapan lah kau nak masuk dalam at least tidur depan kolam ke kan. kalau mak aku mengamuk semalam tu, tak bukak pintu, memang tidur lah aku dekat luar pagar depan tong sampah. haaaaa. kecut semua organ dalaman aku. masuk2, aku tahu mak aku baru bangun, and tak pernah2 aku buat, errrr, buat tapi jarang, salam mak aku and naik atas. haaaaaaa. takde pun kena bebel apa. tapi aku tahu, memang mak aku marah. ayah aku? dia tak tahu ni. kalau dia tahu, mahu kena basuh pieq dengan ungku tuuuuuu.

oh by the way, thank you so much dekat ungku dengan pieq. ungku, sebab dialah orang yang aku contact untuk gerak sekali dari kajang ni. walaupun sebenarnya yang aku tumpang tu, kereta pieq. hehehehe. pieq pulak, thanks sebab sudi hantar aku depan pintu pagar rumah. siap tanya nak kitorang hantar sampai depan pintu depan ke? yelah. hantar balik anak dara orang lambat2 kan. and jugak sebab tunggu sampai mak aku bukak pintu pagar. thank you2. cuak jugak duduk depan rumah malam2 buta sorang2 kan. haiiishhhh.

pengajarannya, sila jangan balik rumah lambat kalau tak nak rasa semua organ dalaman kecut-berut macam aku. anyhow, semalam sangat best! dapat tengok shah main organ. organ rasanya sebab bukan piano. hehehe. dapat main masak2 dengan semua orang. dan yang paling penting, dapat jumpa ramai kawan lama yang ada, aku tak jumpa dekat 4 tahun. memang betullah sampai tujuan hari raya ; untuk melawat saudara mara. :) till death tears us apart okay friends? and yes. semalam aku dapat satu pengalaman berharga. thanks to all :)

tiba2 rasa kosong. apasal?

SALAM~

7.9.11

fuh fuh. Assalamualaikum! :)

apa khabar semua? seronok berhari raya? sakan na? berapa kilo dah naik? heeee.

lama kan aku tak update. dah cakap dah haritu. akan menyepi sekejap. mood raya lah. buat apa update2 blog kan? tak cool tau anak dara duduk mengadap laptop online tak henti2. hahahaha. no offence eyh. alamak tak reti eja. correct me okay. takdelah. cumanya, mak aku confirm membebel sepanjang zaman kalau aku buat macam tu. kalau mak korang okay, takpe. :)

so, apa cerita raya? aku suka kalau makin lama kita hidup dekat dunia ni, makin banyak pengalaman and ilmu yang kita kutip. then buat panduan and pengajaran dalam hidup. takde lah sia2 kan. okay. takde point. oh by the way. saya dah semakin tak kisah sekarang. lantak pi lah apa nak jadi pun. saya kuat ohh. hehehehe. Allah ada lah. tak kisah tau kalau takde kau pun. tukar lah. aiman tak kisah tu jadi najwa tak kisah. boleh? eh, suka hati aku je kan? :p hahaha. takde motif. okay lah. malas nak taip dah. bye! SALAM~