26.10.12

malam raya

ini post malam raya.

hehe. Assalamualaikum. :)

aku baru siap buat video birthday mak aku tadi. siap exactly at 12 am which means, dah lepas dah sebenarnya birthday diaaa. xpeeee. nanti I bagi dia nonton itu video, sure terharu punyaaaa. kalau dia tahu lah punya payah nak buat video yang simple je tuuuuuu macam mana. hahahaha.

malam raya. sedih hati ni sebenarnya. sayu je rasa. ada erti yang Allah cuba nak sampaikan. tapi tak dapat2. jauh lagi nampaknya benda yang aku nak kena capai untuk faham ni. xpe2. usaha! kena kuat! :))

nothing to write on. but then, just remembered one of my friend who text me last night just to share what she feel. I know the feeling. teringat2, terkenang2, terbayang2. I've been through all that. be strong darling! have faith in Him, pray harder. Rahsia hati Allah je yang tahu. sebanyak mana pun kita mengadu dengan manusia, tetap Allah yang mengizinkan mereka2 untuk ease sakit yang kita rasa tu. kalau mintak direct, haruslah lagi cepat kan? hehehe. dah2. tak nak cakap panjang2. nanti emo sendiri malam raya ni. untuk awak kawan yang tersayang, kita kirim doa untuk awak ni. kalau dah sampai doa tu nanti, bagitahu yea? ;)

Ahad ni kenduri aqiqah Amar Harith. baru nak budget buat homework semua hari sabtu. so, macam mana ni?


untuk merelaxkan hati, mari kita buat peace macam yang aku buat dekat atas ni! hehehe. sorry ibu. sorry ayah. sorry lab mates. sorry Mr Time. and yang paling penting sekali, sorry diri sendiri! :p 

SALAM~

19.10.12

rasa hati


Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, 
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, 
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, 
Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, 
Indahnya tarbiah Allah, tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya.

this saying, saying ke? sangat membuat aku berfikir. sungguh. yakin dengan apa yang kita dah mintak dalam doa. yakin dengan apa yang Allah bagi lepas kita mintak. is THE BEST. tak mudah. tak senang. aku tahu. tapi layak ke kita sebagai hambaNya nak pertikaikan keputusan dan takdir yang Allah dah susun? Dia yang Maha Mengetahui segala yang berada di langit dan di bumi. Redha dan Pasrah. itu yang perlu. kalau dah doa kuat2, rajin2, sungguh2, jangan lupa ajar hati untuk redha dengan apa yang Allah bagi. insyaAllah dipermudahkan. kebergantungan kita kan sememangnya dan selayaknya 100% pada Allah? :) peringatan untuk diri sendiri.

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA 
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN 
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG 
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN 
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN 
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN 
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN

ini pulak. sangat susah nak buat even satu. betul lah orang kata. learning process is the toughest one if you yourself don't want to do it. belajar ni tak boleh nak paksa2. dia datang naturally dari hati. so, selamat belajar semua! every single second in our life, sebenarnya kita tengah belajar. belajar hormat orang, belajar kawal marah, belajar buat pertimbangan yang rasional, belajar memberi(erti hidup pada memberi :p) and belajar macam2 lagi. apa yang aku sebut ni, apa yang aku tengah rasa, lalui sekarang. 

okay2 dah. nak start buat mid term sekarang. pukul 5 hantar weyh. pukul 3 ada kelas. haaaaaaaaaa. dah tu aku buat apa lagi kat sini? okay. sila lempang diri laju2. 

take care! Salam :)