10.12.11

he found his mrs right

Assalamualaikum! :)

last post tu, aku copy paste dr fb je. ini, memang cerita kehidupan aku.

Alhamdulillah, aku ada kawan2 yang sangat baik hati yang aku kira, macam pengrealisasi impian2 aku. haritu dgn kek. ni dengan dapat jugak main basket untuk ESC under MME. and yes, kitorang capai target. no 3 dalam genggaman! hoyeaaahhh~ thank you lah kawan2. sayang korang ketat2!

that's not the story yg related to the topic. the story that i would like to write here, akan buat korang menyampah dengan aku sebab it's like years ago punya cerita tapi aku nak heboh2 jugak dekat sini. but then, biarlah. aku nak simpan jadi satu kenangan dalam hidup aku. 

it's Tuesday, 6th of December 2011.

it's fine looking at you knowing that you're not mine anymore. seriously, it is fine. but you don't have to act like i'm a looser lah nak kena potong2 aku tunjuk kau ada awek kau bonceng belakang kau depan batang hidung aku. haaaaa. kan dah tak jadi nak bersopan santun. betul lah kata pearl, you have no good. you ruined my night by doing that. tak cukup ke kau dah memporak perandakan hidup aku dulu. be professional lah bro. sia2 je menang tadi bila kau buat perangai macam tu, aku maki hamun kau sepanjang aku atas motor tuh. haaaaa. kan dah. aduhai. apa motifnya cik abang oiiii?? habis marah dah aku tuh. habis bengang dah. dan habis fikir dah kenapa kau nak kena buat macam tu. yes. you found your mrs right. aku tahu dah. aku selalu nampak dah. so kau tak perlu nak show off macam tu. perlu ke untuk buat macam tu? you're too mature untuk aku fikirkan akan berperangai kanak2 ribena macam tu. be a good protector as you were before. be a good man. *sigh*

p/s : ini luahan rasa yang tak patut ada dah dalam kamus hidup aku. it's been YEARS. sorry awak. he's nothing to me. but you know things called memory right? it's just there. no worries. it won't stay long.  
i PROMISE you.

SALAM~

8.12.11

sangat lah sweet. aku yang baca pun rasa nak nangis. :'(

puisi cinta yg datang dari hati....


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


Zahiril Adzim to Shera Aiyob .

24.11.11

all in one

Assalamualaikum! :)

fuh fuh~ lama tak update. busy weyh. hehehe. takde lah.

untuk entry kali ni, aku nak tulis, how my 21 years old start day by day. terasa susah. terasa macam kenapa semua nak kena jadi sekarang? but at the end, aku senyum, sebab aku tahu, itulah pelajaran2 yang aku kena face, even lagi besar pun ada lepas ni as umur tu pun dah cantik, 21! :p

okay. aku admit. it doesn't start with something that good. 2 days before my birthday, aku dapat msg yang sangat tak best daripada ayah aku. that bad news, buat satu badan aku shut down kejap for the few minutes. dengan keadaan yang aku baru bangun tidur. aku rasa macam mimpi. aku rasa macam aku mengeja satu2 apa yang ayah aku taip tu. M**** dengan D**** dah bercerai talak tiga. i was like. HAAAAAAAAAAAAAAAA????????????? :'(

and itu menyebabkan aku kena balik rumah to give my full support to them lah. which, aku ada like tons work to do. takpe. balik rumah tengok muka ayah dengan ibu je pun dapat pahala banyak2 :p okay. tu takpe lagi.

ni bila aki dengan nenek datang, bawak tulang2 dengan daging korban. ibu ni masak lah stew. aku memang jarang makan lah masakan tu. on saturday. bangun pagi ahad tu, aku rasa kepala aku berpusing. benda dalam perut rasa nak kena muntah tapi tak keluar2. and lagi teruk, kaki terseliuh. huaaaaa. pagi dah nak kena balik sebab assignment econs tak siap lagi, mid term econs tak prepare lagi. dan yes. memang aku sampai uia pukul 11 pagi. tapi aku tidur sampai pukul satu dengan kaki yang bengkak and kepala yang pening tak boleh nak duduk pun even. bangun baru msg2 semua orang and sadly, part aku pun pearl yang tolong buatkan. :( kesian semua orang. susah sebab aku. :(

cerita muntah2, berak2, tak perlu lah kot. itu first time aku kena sampai tahap macam tu. sampai lembik tersandar dalam toilet. 2 hari aku makan and minum, semua keluar balik. memang bersih gila lah kot perut aku lepas tu. and now, dah recover sikit :) Alhamdulillah. hikmah yang Allah bagi, dapat perut bersih balik! :)

oh yea. sebab aku sakit macam tu, aku tak boleh makan daging kerbau masak stew kot. huahuahuahua. tak nak kawan awak lah encik kerbau. awak jahaaaattt. :p ( p/s : nenek cakap, daging kerbau memang panas sikit )

dan disebabkan itu, aku tak dapat nak menikmati sepenuhnya kek pelangi yang kawan2 aku beli khas untuk merealisasikan kek pelangi yang aku angan2kan ni, kepada kek pelangi yang diorang surprisekan aku! :)) i love you lah kawan2! :-*

hahahaha. macam takde pape kan? in between, banyak je sebenarnya. malas nak merengek banyak2. cumanya, motif yang aku nak cakap. hikmah Allah tu besar. sangat besar dan luas. those things yang jadi dekat atas ni ajar aku banyak benda. and mungkin Allah turunkan sama dengan hari aku masuk umur 21 tahun which umur yang orang kata konon dah bebas, supaya aku jadi lagi matang and fikir jauh ke depan. apa yang Allah dah bagi ni, kena syukuri. tak kira lah nikmat ataupun ujian. :) peace no war!

SALAM~

16.11.11

hye green maniac !

Assalamualaikum! :)

mak aku pernah cakap. perempuan dengan pink memang tak dapat dipisahkan. yelah. bukak lah wardrobe gadis2 di dunia ni. mesti ada baju color pink. ye dok? hhehehehe. walaupun tu bukan warna kegemaran dia, still. she's look great in pink! :)

tapi masalah nya. sekarang ni aku macam ada satu warna yang sentiasa mengikut aku ke mana sahajaaaaaa. teka cepat teka ! ;p

aku bagi korang clue lah eyh?

first clue .

second clue .

third clue .

fourth clue .

letih dah aku bagi clue. takkan tak dapat2 teka lagi kooottt? hehehehe. 

yes2. warna itu adalah warna 
HIJAU

ini beg yang aku baru beli tak sampai sebulan. masa nak pilih, ada warna pink, kelabu, coklat, hitam and biru masa nak beli tu. and i choose this color out of all sebab itu yang paling cantik! :p

 itu botol yang menjadi peneman setia aku ke kelas. 
dan yang satu lagi tu, lotion yang aku baru beli due to kaki yang kering macam tak kena air 15 tahun. 
dan mug itu, from 2 Ehsan! memorable gilaaaaa.

 ini pun baru beli. seriously ni tak perasan. co-incidentally beli warna hijau. pelik tak?


tisu pun nak hijau? ini yang Giant jual lah! :p

 sejadah saya pun hijau tauuuuu :p

ini uncang yang dapat masa kahwin Kak Eqah. dalam banyak2 warna yang ada dekat situ, warna ni jugak yang aku pilih :)

tupperware mak aku ni.

"minum milo anda jadi sihat dan kuat!"

boleh tak nak kata ni make-up pouch aku? huahuahua. apa punya anak dara lah aku ni.

hehehe. inilah warna yang mengikut aku buat masa ni. sorry eyh green maniac! saya pinjam kejap warna kegemaran korang :)

SALAM~

14.11.11

7 weeks to go???

Assalamualaikum! :)

banyak yang nak dikongsikan sebenarnya. tapi bukan dalam entry yang ni. ni just nak cakap, tak percaya gila baca status sorang kawan dekat FB. dia tulis, 

"7 weeks to go."  

oh myyyyyyyyy. i was like, SERIOUSLY??? mati lah aku. subject sem ni sangat banyak dan to be honest, aku ada 2 subject yang aku scary mary biskut mery. dan now, tengah pening ayam nak siapkan assignments for these 2 subjects. macam apa je. aku tak boleh fikir langsung. blank. blur. kosong. and what?? 7 weeks to go to final? gilaaaaaa. sumpah gilaaaaaaa. mati tertonggeng aku sem ni. sigh. dah lah. malas nak merengek banyak2. nak sarapan. bye.

SALAM~

4.11.11

MERDEKA

Assalamualaikum! :)

seronok ohhhhhhhh. heaven gila rasa bila habis dah semua exaaammmsss. i mean, MIDTERM exam. okay fine. perasaan yang baru habis exam midterm-je-pun ni memang pelik. sebab rasa macam dah habis final. kenapa? sebab lepas exam cuti seminggu ke? sebab berkurun tak balik rumah ke? sebab penat sangat2 study ke? eh2. yang pasti yang last tu tak eyh. hehehehe. and now, i;m proudly to say that saya dah MERDEKAAA!!! hoyeaaaaaaah~ opppps. Alhamdulillah. :)

"buat salah dengan buat silap is two different things."
- ibu tercinta :) 

haaaaa. explain2. hehehehe. ini aku dapat masa call mak aku semalam before pergi exam. mintak restu kan. tak dapat cium tangan before masuk exam macam kecik2 dulu, kena lah guna teknologi yang penat2 orang invent untuk kegunaan2 positif macam ni. positif je tauuuu. hahahaha. yesss. back to topic. ibu kata, "ibu tak expect akak akan buat salah. tapi kalau silap tu mungkin. sebab silap bukan kita buat saja2. it happened bila kita tak sengaja. tapi kalau buat salah tu, kita memang dah tahu apa yang kita buat tu salah. kita still buat. ibu tak expect akak buat salah."

sentap mak nyaaaaahhhhh. :'( yelah. korang faham kan how mak aku differentiate these 2 thingy? in general pun applicable lah kiranya. setakat dalam exam, xpe. i still have final, quiz etc. tapi kalau dalam life? *sobss*

ibu, if and only if ibu tahu akak lah antara manusia yang selalu and pernah buat salah dengan niat, sebab tahu dah benda tu salah, you must be very disappointed kan? i'm so sorry. :(  

aku share benda ni untuk kita sama2 fikir. kalau dalam exam, kita habis blur dah dengan that question, kita takkan simply terus tulis jawapan yang not related langsung kan? sebab kita tahu sah2 dah salah. buat bazir tenaga, masa, and dakwat pen je. baik pergi fokus dekat soalan lain yang lagi boleh jawab. tak pun, paling kurang, kita akan fikir formula yang related(ni untuk budak engine macam aku lah) 

sama lah macam dalam life. sepatutnya lah. tapi kita tak.

walau dah tahu benda tu salah, still nak buat, still buat. okay. tak rasa pulak bazir tenaga, masa, duit semua. dah tahu benda tu salah, tak fokus pergi buat benda baik yang lain. tak fikir alternatif lain untuk buat jugak apa yang kita teringin nak buat tu tapi dengan cara yang betul. kenapa? kata exam oriented punya student. patut law exam dekat atas tu kita guna jugak lah dalam life. kan?

*sigh* ^________^

aku pun tak tahu kenapa. tapi aku nak usaha kuat2 lepas ni supaya tak buat salah. supayanya lepas ni, masa raya, tak kena mintak ampun salah dan silap. mintak ampun kalau ada buat silap je.  hehe. berangan. tapi takpeeeeee. angan2 yang disertakan dengan usaha, pasti jadi kenyataan! :) bare in mind, people make mistake. mistake is silap. bukan people make wrong things. :) saya cakap2 ni untuk diri sendiri jugak tau! kalau saya buat nanti, do remind me. and bukan jugak untuk point out siapa2. peace no war :)

SALAM~

1.11.11

Assalamualaikum. :)

rasanya ni kali yang kedua dah demam dekat UIA. jap. bukan demam pun sebenarnya. dia just sakit satu badan yang rasa nak muntah, kepala rasa nak pecah, terlanggar katil pun badan sakit gilaaaaaa, and nak telan air pun rasa macam apaaaaaa. makanan? apatah lagi kan.

tahu kenapa jadi macam ni? sebab melawan fitrah manusia. orang tidur pukul 10 bangun pukul 6, aku tidur pukul 6 bangun pukul 10. bangun rasa nak berjalan terbalik. sebab semua rasa moving up side down. hoh. manusia yang tak pernah2 tak tidur satu malam, lepas tu buat perangai macam tu. and now, aku still rasa dizzy yang melampau2.

so kawan2, jangan buat perangai macam aku eyh? sila jangan lawan biological clock yang dah set baik punya dalam badan masing2. kalau tak nak rasa macam aku lah. the great thing is, aku exam khamis ni. kalau aku nak bangun dari katil pun jalan huyung-hayang, macam mana entah nak bukak buku and solve all the questions before exam. Ya Allah, give me strength. now, rasa nak balik gila2.

ok lah. tak larat. bye.

SALAM~

30.10.11

gambar senget

*mood* baru habis exam. eh salah. baru habis tengok satu drama korea. which ambik masa berbulan. hehehehe. everyone who know me well, dah tahu sangat. kalau korea tu memang tak jalan. cuba bagi hindustan ke, raja lawak ke, cartoon ke, barbie ke. confirm aku tengok sampai tak tidur malam. oh btw, bila Merlin nak ada yang baru? ke dah ada aku je yang tak tahuuu? oh nooooo. let me know if dah ada latest season eyh people? pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeee :)

Assalamualaikum! :)

kenapa? ingat aku lupa nak bagi salam macam biasa ke? i wont, insyaAllah! :)

okay2. aku memang baru habis exam pukul 12 tadi. tahu tak sangat tak best bila kena jawab exam dengan keadaan kau sakit perut je manjang? and you've to stay in the toilet for about 15 minutes sebab sakit gila perut? oh my. tadi paper Calculus kot. setiap minit adalah berharga! small and silly mistake boleh dicheck sepatutnya dengan that 15 minutes. tapi, takpe lah. aku pun dah tak larat nak duduk dalam dewan tuh lama2. sakit perut sampai nak cramp kaki. which aku tak faham kesinambungan dia. hahahaha. takde motif kan?

pasal paper tadi, no comment. malas nak comment. tunggu je lah result. oh yea. petang ni saya nak turun main basket. lama gilaaaaaaaaaaaaa dah tak main basket. dah lah sedih tak dapat main basket time ESC under MME department. :( sedihhhh. last year masa main dengan budak2 first year, kitorang yang sangat amatur ni menang no 2 okay! hahahahaha. bangga iiiiiiiiiiii :p okay lah. takpe. dah takde rezeki kan? tak semua yang kita nak, kita akan dapat.

 hahahaha. i wish i could have this! <3
sayang sangat sampai berubah bentuk.

anyhow, congrats to Arsenal and Nogorii :)

SALAM~

28.10.11

saya takut :'(



saya takut.
seriously takut.
those dreams seem soo real to me.
berpinar2 kepala aku bila mimpi tu datang menyinggah2.
it's sooooo not cool okayh.
please, don't be real and come to my life.
i hate you. 
saya takut. :'(

27.10.11

ini cerita 25/10/2011 :)

-- disebabkan aku malas lagi nak bergerak daripada depan laptop ni, aku nak post something lagi :p --

Assalamualaikum! :)

"Kalau buat something tu kerana Allah, insyaAllah, Dia mudahkan jalan tu." :) 
-quoted from somewhere, someone, tapi tak ingat.

ini cerita 25/10/2011 :)

alkisahnya, tarikh ni, genap lah 45 tahun usia mak aku yang tercintaaaaa. :) dan aku dengan adik aku ni memang dah plan nak surprisekan mak aku ni. as dia memang request sangat2 supaya aku balik sempena cuti Deepavali. lagipun memang aku dah lama gila tak balik rumah. last aku balik yang open house raya harituuuuuu. haaaaa. record ni record. mak dengan ayah aku sampai dah 2 kali datang sini nak tengoka ku, jumpa, lepas rindu. malangnya, UIA tak cuti seminggu pun macam sekolah2 di seluruh Malaysia. so, aku call mak aku, kata aku tak dapat nak balik. plus, on 27th tu aku ada quiz and assignment and presentation.(okay, teringat balik kedisasteran siang tadi) so mak aku pun pasarah je lah kan.

jeng3. sekali adik aku msg. "Kak, kau memang tak boleh balik ke? sehari pun jadi lah. buat surprise dekat ibu." TING! dapat satu idea. aku reply, "Nanti akak bagitahu balik macam mana." isnin tu aku call adik aku. "Mel, akak balik esok. bawak kek. tapi nak kena call ayah dulu mintak tolong ambik or kalau dia tak boleh, nak mintak izin balik naik teksi dari ktm." kental tuuuhhh nak call bapak aku buat request gila macam tuuu. so aku pun tempah kek dengan wani, which kek dia tak jadi and aku end up beli dekat Jusco je, and selasa pagi baru aku call ayah aku tanya. dan yang paling best, ayah aku dengan rela hatinya nak join pakatan bertiga kitorang. yes! dah jadi pakatan berempat lah ni.

okay panjang gila cerita, aku dah lenguh, peha dah panas.

dipendekkan cerita, aku pun baliklah. dan memang surprise tu menjadi, sebab ayah aku dengan rela hatinya ikut je arahan aku, "Ayah, jangan bagitahu ibu tauuuu. surprise ni!" and satu lagi, "Ayah, singgah Jusco sekejap boleh? " :) first time tuuuuuuuuu. hohohohohoho. saya pemegang kuasa veto! 

so the plan went smoothly laaaa. walaupun takdelah beria aku bagi salam dengan kek dekat tangan dah siap pasang lilin semua, but still, kecoh mak aku tanya macam2. hehehehe. and the smile on her face, cannot be erased sampai sekarang. I LOVE YOU LAH IBU! 

apa kaitan dengan qoute kat atas tuh?

  1. tahu tak aku plan nak ponteng kelas tutorail Calculus 3 yang ada quiz lazimnya tiap2 minggu semata2 untuk balik and make sure aku sampai ktm kajang before 5? and guess what. kelas cancel! :)
  2. tahu tak aku tunggu ktm dekat kl sentral tu takdelah lama mana puuunnnn. dan aku dapat tempat duduk. selalu2 kalau aku balik saja2 tu, memang harapan lah kalau aku nak dapat train yang punctual and mulalah mulut aku rinagan je nak menyumpah semua benda. 
  3. tahu tak haritu ada special offer dekat kedai kek yang aku singgah dekat Jusco tuh? so kitorang dapat makan kek yang murah dan sedap! :) walaupun at first, aku dah frust kek yang aku tempah dekat wani tu tak jadi, tapi ada jugak pilihan yang lagi bagus Allah bagi dekat aku :)
  4. dan tahu tak kelas BM aku yang aku nak ponteng (jugak sangat2!), berlangsung selama 10 minit je? sebab cikgu aku ada hal! hehehehehe
seeeeeee????? niat aku, baik. nak balik, celebrate birthday mak aku, surprisekan dia, and buat dia gembira. Allah bagi aku bermacam pemudah cara untuk aku balik, tengok muka mak dengan ayah aku yang dah memang sah2 aku dapat pahala, and apatah lagi kalau buat diorang happy and senyum lebar2 nampak gigi. :) senang je nak dapatkan apa yang kita nak, and at the same time, dapat pahala kan?

NIAT tu. 

semua benda asal dari niat. tahukan kalau niat nak tolong orang pun malaikat dah tulis dah pahala dia. belum buat lagi. kalau buat dapat tambahan satu lagi. tapi kalau niat nak buat jahat, malaikat tak terus tulis. tapi dia memang dah sedia kaw2 punya nak tulis. tinggal kau buat dengan tak je. seeee? Allah sayang kita. kita sayang Allah tak? ;) 

err. tak nak comment kalau niat buruk tuh macam mana and apa benda. sebab nanti, tangan ni yang taip, mulut ni yang sebut, mata ni yang baca, buat jugak. cumanya, harapan supaya tak buat tu memang menggunung tinggi lah. 
jom setup niat! :)

and sorry, entry semua panjang2 and bosan2. kosong. takde gambar. but then, hope dapat bagi manfaat sikit. :)

SALAM~