9.9.11

HARI NI DALAM SEJARAH

Assalamualaikum! :)

nak tahu kenapa tajuk post ni macam menarik? hahaha. bagi aku, it does! sebab apa? sebab semalam memang sejarah lah dalam hidup aku. nak tahu apa? AKU BALIK RUMAH PUKUL 11:00 MALAM. perlu ke aku besarkan lagi? MALAM. okay dah cukup besar. itu pertama kali seumur hidup aku. pelik? looser? suka hati lah korang nak cakap apa. sebab, memang mak dengan ayah aku treat kitorang semua macam ni. dulu lagi teruk. sampai ke muka pintu rumah orang tu dia hantar aku kalau nak pergi mana2. teruk ke? yes dulu aku memberontak gila. rasa nak ngamuk setipa kali dia cakap, "tak boleh!" tapi aku rasa, tak ada salahnya apa yang parents aku buat. cuma aku akui lah. sedikit keras. so, orang2 yang berjiwa kental macam kitorang ni je lah yang dapat menahan. :)

oh ya. aku balik semalam lambat sebab menghadiri gathering raya batch aku. cop. did i use menghadiri? okay. itu skema. join sudah. hehehe. macam biasalah. dah hujung masa baru aku nak mintak permission apa semua. dan yang sebenarnya, aku rasa mak aku tak tahu pun kitorang masak sendiri semua. kot. hahahaha. so memang kalau dah kau anjurkan event and dari a sampai z kau buat semua, memang tak lah sejam dua je boleh settle and siap semua and cabut balik kan? so, sedikit miscommunication berlaku di situ. so, sorry bu! :)

and sila jangan tanya diorang marah ke tak. sebab aku memang tak tahu. pukul 9.30 mak aku call, tanya dekat mana, aku still dekat rumah adzrin masa tu. cumanya dah naik kereta lah. tengah bye-bye semua orang. dari bukit jelutong tu, nak sampai rumah aku, sejam jugak lah. plus, pieq hantar gha dulu. so, dalam kereta memang aku menggigil. habis semua orang aku kacau, bagitahu aku cuak. sampai rumah, memang dah gelap. terketar2 call adik aku. tapinya caaaiiitttt. dia tak angkat. tidur sudah rupanya. try jugak kumpul kekuatan and dial number ibu. 2 kali, tiba2 pintu pagar terbukak. yes, rumah aku guna autogate. memang takde harapan lah kau nak masuk dalam at least tidur depan kolam ke kan. kalau mak aku mengamuk semalam tu, tak bukak pintu, memang tidur lah aku dekat luar pagar depan tong sampah. haaaaa. kecut semua organ dalaman aku. masuk2, aku tahu mak aku baru bangun, and tak pernah2 aku buat, errrr, buat tapi jarang, salam mak aku and naik atas. haaaaaaa. takde pun kena bebel apa. tapi aku tahu, memang mak aku marah. ayah aku? dia tak tahu ni. kalau dia tahu, mahu kena basuh pieq dengan ungku tuuuuuu.

oh by the way, thank you so much dekat ungku dengan pieq. ungku, sebab dialah orang yang aku contact untuk gerak sekali dari kajang ni. walaupun sebenarnya yang aku tumpang tu, kereta pieq. hehehehe. pieq pulak, thanks sebab sudi hantar aku depan pintu pagar rumah. siap tanya nak kitorang hantar sampai depan pintu depan ke? yelah. hantar balik anak dara orang lambat2 kan. and jugak sebab tunggu sampai mak aku bukak pintu pagar. thank you2. cuak jugak duduk depan rumah malam2 buta sorang2 kan. haiiishhhh.

pengajarannya, sila jangan balik rumah lambat kalau tak nak rasa semua organ dalaman kecut-berut macam aku. anyhow, semalam sangat best! dapat tengok shah main organ. organ rasanya sebab bukan piano. hehehe. dapat main masak2 dengan semua orang. dan yang paling penting, dapat jumpa ramai kawan lama yang ada, aku tak jumpa dekat 4 tahun. memang betullah sampai tujuan hari raya ; untuk melawat saudara mara. :) till death tears us apart okay friends? and yes. semalam aku dapat satu pengalaman berharga. thanks to all :)

tiba2 rasa kosong. apasal?

SALAM~

7.9.11

fuh fuh. Assalamualaikum! :)

apa khabar semua? seronok berhari raya? sakan na? berapa kilo dah naik? heeee.

lama kan aku tak update. dah cakap dah haritu. akan menyepi sekejap. mood raya lah. buat apa update2 blog kan? tak cool tau anak dara duduk mengadap laptop online tak henti2. hahahaha. no offence eyh. alamak tak reti eja. correct me okay. takdelah. cumanya, mak aku confirm membebel sepanjang zaman kalau aku buat macam tu. kalau mak korang okay, takpe. :)

so, apa cerita raya? aku suka kalau makin lama kita hidup dekat dunia ni, makin banyak pengalaman and ilmu yang kita kutip. then buat panduan and pengajaran dalam hidup. takde lah sia2 kan. okay. takde point. oh by the way. saya dah semakin tak kisah sekarang. lantak pi lah apa nak jadi pun. saya kuat ohh. hehehehe. Allah ada lah. tak kisah tau kalau takde kau pun. tukar lah. aiman tak kisah tu jadi najwa tak kisah. boleh? eh, suka hati aku je kan? :p hahaha. takde motif. okay lah. malas nak taip dah. bye! SALAM~

26.8.11

pre-Eid

Alhamdulillah. baru sedawa lepas makan maggi. :p

hahahaha. alkisahnya, lapar gila kot. letiih. seriously letih. aku tak tahu kenapa badan lemah gila. pantang buat kerja sikit, letih dia macam kerja buruh. dear badan, jangan lah tua sebelum umur dia okay? :) *lari tajuk dah ni. 


tadi siap beli 2 pasang lagi baju kurung. untuk raya ni je, aku ada 5 pasang baju kurung. banyak tak? alaaaaa. jangan lah cakap banyak. ini untuk pakai hari2 pergi kelas jugak nanti taauuuu. hahahaha. ye lah. saya kan student UIA yang mematuhi dress code. :p dan tadi, dari petang, meneruskan misi mencari kasut raya. aku beli kasut raya 3 tahun lepas kot. 3 tahun dah aku pakai kasut tu. takkan tahun ni aku nak pakai kasut tu lagi kan? haaaaaaa. yang aku berkenan semua takde saiz. yg last dekat Rorine tadi pun, dia kena pergi ambik stok. kalau muat yg saiz 9 tu. kalau tak? beraya denagn crocs lah aku. seingat aku, zaman2 aku tak jumpa kasut sebab takde saiz ni dah 4-5 tahun jugak berlalu. ni nak muncul balik pulak? tak lawak tau time2 nak raya ni. hehehe. okay lah. sekarang ni, semua orang tolong doakan aku dapat eyh kasut tuuu. hehehe. tak berfaedah? berfaedah lah! korang dapat pahala tau! hehehehe. terima kasih :)


tahu tak perasaan bila everytime kau pegang barang, semua orang menjerit panggil nama kau to help them choose thing for them? last2, aku end up dengan tak beli pape. berhari2 aku face benda ni. orang lain semua dah settle tahu? hailaaaaaaa. tak kisah pun sebenarnya. aku serious tak kisah. sebab apa yang aku tahu, responsibility nak gembirakan semua orang lagi besar daripada untuk diri sendiri. dan perasaan bila dapat gembirakan orang lain esp ibu, sangat lah best. tak tipu. try lah. sangat worth kau lawan hati kau yang meluap nak tengok handbag tu, kasut ni bila last sekali nak balik, kau tahu mak kau puas, adik2 kau puas. kau jauuuuuhhhh lagi puas. pendek cerita, kalau orang happy, kau pun automatically akan jadi happy. lagi2 orang yang kau sayang kan? nothing can buy their smile tau. :) it's just you. yes you. :)

dan tadi, aku happy sangat sebab ada jugak manusia yang courtesy dia tinggi. aku susah nak jumpa orang melayu yang akan panggil Miss, Madam or Sir untuk orang lain. biasalah. style mak cik2. "KAK, air kelapa satu." takpun, "PAK CIK, kebab ayam satu." *ni selalu jadi kat bazar Ramadhan kan? :p  haaaa. sejak bila diorang jadi kakak dengan pak cik kau? sejak bila? semalam? ke petang tu je darjat diorang diangkat? lepas tu? hehehehe. nooooooo. aku tak kata salah panggil macam tu. just, macam tak sopan. kesantunan Bahasa Melayu pun ada level dia. so, observe word that you use okay?

okay lah. aku letih dah. perlu tidur. esok last touch up rumah before berangkat ke Pekan, Pahang Darul Makmur. selamat memandu bagi yang memandu pulang ke kampung halaman! jangan sampai tak puasa pulak. :)

p/s : tak sabar nak ambik lesen. :p

p/s 2 : ni macam bakal jadi last post aku sampai lepas raya. so, SELAMAT HARI RAYA SEMUA! MAAF ZAHIR DAN BATIN! *kalau ada post lagi lepas ni, aku wish lagi! :p

SALAM~

24.8.11

takde kerja

seronok tahu bila tengah kemas rumah, keluar lagu raya dekat radio. huahuahua. nasib baik aku tak berjoget atas tangga. kalau tak mesti dah tergolek macam nangka busuk. hehehe.


*gambar sekadar hiasan :p


oh btw, aku still tak jumpa kasut dengan beg raya. okay. beg takpe kot kalau tak jumpa. kasuuuuutttt. kang aku pakai crocs dengan baju kurung kang. naya tak? nganga semua orang tengok. atas okay dah(kot), sampai bawah, kelip2 mata nenek aku kang. hehehe.

oh ya. dan tudung bawal. awat susah sangat nak jumpa eyh? tahu tak muka aku ni memang kena pakai yang bawal je. tak boleh yang lain. adik aku marah gila aku pakai selendang, tudung indon, etc. tapi raya ni macam semua kena pakai dengan selendang jeeee. macam mana? haihhhh. oh yea. Encik pun tak suka aku pakai selendang. bukan aku. semua perempuan. pelik katanya. cantik apa macam tu? huahuahua. dia ni tak pernah pun tengok aku pakai selendang rasanya. tapi awal2 dah warning, "Awak kalau pakai selendang nak keluar dengan saya, kita cancel keluar eyh." haaaaaa. amacam? benci sangat tu namanya. apa2 lah awak. saya yang menurut perintah ni. aku pun tak berapa nak ada selendang. tapi aku pakai jugak kalau dah baju yang ada tu, memang beli selendang untuk pakai sama dengan dia. hahahha. ayat pening.

okay2. takde motif sebenarnya ni. saja2 bosan. hehe. kalau ada siapa2 yang tahu mana nak carik kasut cantik dengan tudung bawal, let me know okay? tapi tapi tapi. please, jangan jalan tar. letiiihhhhh nak sampai sana. hehehe. demand tak akak? thank you! :)

SALAM~

20.8.11

Assalamualaikum ! :)

pukul 2.30 petang, lepas ayah hantar Aiman pergi sekolah, "Air cond kereta tu rosak. macam kena tipu je service harituuuu." ibu, "Akak, siap. 5 minit lagi kita pergi hantar kereta. teman ibu sebab ayah suruh tunggu tengok apa yang diorang nak service."

hooooooooohhhhhhhhhhhhhhhh ? tunggu dekat bengkel? okay fine. *pasrah gila naik atas sarung cardi dengan belit shawl macam apa*

sampai bengkel, abang tu kata 3-4 jam lagi siap lah kereta ni. dan masa tu, jam aku yang dah nak mati ni, tunjuk pukul 2.57 petang. abang tu suruh pergi mana2 dulu. as dia kata takkan ank tunggu dekat situ kan. tapi disebabkan ayah aku suruh jugak tunggu, aku dengan ibu pun landing baik lah atas sofa dekat dalam bengkel tu tengok tv. p/s, bengkel ni ada Astro okay! ;p so aku pun tengok lah tv tu macam dekat rumah aku sendiri. lepas Chuck, CSI. lepas tu Hawaii five-0. lepas tu Merlin. lepas tu Al-Kuliyyah. lepas tu Syurga cinta. satu2 cerita aku khatam except for Syurga cinta. haaaaa. lama tak?? :p sampai lah pukul 7, aku pun pergi beli makanan berbuka untuk mak aku.

rest sekejap.
letih sangat. tapi nak update jugak! :p

balik je dari beli makanan, spare part dah sampai. Bro Mike tengah main skru2 benda alah dispenser dekat kereta ibu dengan 3 lagi jejaka handsome belakaaaaaaa~ hahahaha. mode gatal melampau2 masa ni. tahu tak yang aku tunggu berjam2 sampai sakit bontot tuh aku tunggu apa? tunggu spare part tu datang melayang dari Segambut yang jam. adoih laaaaa. kesian tak aku? grrrrrr. nak marah pun tak guna sebab dah memang kena tunggu dekat situ kan? nasib baik ada cik Mutiara Faeeqah teman saya. thank you Pearl! :) dan kitorang pun berbuka lah dengan jayanya dengan 5 lelaki handsome dekat bengkel. ini pengalaman pertama yang takkan dilupakan! hailaaaaa. pengajaran dekat sini, rajin2 lah service kereta korang.

ini tak masuk lagi cerita huru-hara aku dengan adik aku nak pergi berbuka dengan kawan masing2. aku paling kesian dekat adik aku sebenarnya. kawan2 dia dah set semalam, tapi sebab mak aku suruh pergi dengan aku sekali harini, dia pujuk kawan2 dia buat harini. tup2, dia tak jumpa pun kawan2 dia tadi. semua dah balik. 8.30 dah kot aku sampai Jusco tu tadi. aku dapat lah jumpa kawan2 aku sebab diorang baik hati tunggu. lagipun kitorang dah besar kan. mak ayah takde risau sangat. adik aku ni baru 16 tahun dengan kawan2 dia. of course lah kena balik awal. Ramadhan pulak tuh. dengan dah janji dengan kawan dia nak ambik dekat rumah budak tu lagi. dah lah budak Farah ni(kawan adik aku yg kitorang ambik dekat rumah tu), family dia semua keluar. berbuka dekat luar. tak ke naya kalau budak ni tak jadi keluar berbuka? dia berbuka buah tamar je tahu..... aduyai. aku paling kesian dekat adik aku, dengan of course lah mak aku.

nak cerita ke pasal mamat 4 ketul tuh? tak payah lah ye. tak larat dah. lagipun, macam sweet sangat je nak cerita dekat sini. dan cuak sebenarnya. itukah perasaan bila macam mak korang suka kat orang ni and bla3? aku tak pernah mengalami kejadian2 luar alam macam ni. so, aku macam janggal nak mampus and tak berani nak pandang sape2. SEGANN!!!! biarlah nanti aku sambung cerita dengan Pearl je. hehehehe.

oh btw, berjumpa lagi dengan kawan2 lama, sangat best. walaupun sekejap and rasa gila bersalah sebab again, aku lambat lagi dan diorang tunggu aku lagi, dan aku datang dengan serabainya, dan nasib baik tak kena salam nenek kawan aku, still, aku rasa korang terbaik! THANK YOU GUYS. a big thank you to all of you :)

okay. ayat belit2 dah ni. dan yes, ada yang tak sampai dalam entry ni. takpelah. tak larat sangat2 dah sebenarnya. mahu tidur. esok akan jadi hari yang panjang jugak. so. good night semua! sila maafkan semua orang sebelum tidur termasuk saya :) TQ!

ini kawan2 saya yang OHSEM! :)


SALAM~

18.8.11

Random!

awww~ romantic gituu <3

nanti dah tua, nak jalan2 macam ni jugak dengan Encik Husband boleh tak? *wink2*

oh nooooooo..... tak nak lonely macam ni please~

simple yet, beautiful! 

okay. rumah kita wajib ada benda ni eyh Encik Husband! WAJIB!

a dine like this would be nice for anniversary celebration kan? 
nanti nak bagi ayah dengan ibu satu reservation lah! :)

ini just google. kalau tumblr? tumblr lagi best ohh. tapi aku punya tak cantik. orang lain punya cantik! :)

18 Ramadhan

Assalamualikum! :)


hari ni dah 18 Ramadhan. malam ni, 19 Ramadhan. dah nak habis second phase, phase pengampunan. amacam investment untuk akhirat? 


Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal.
Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal.
Kalau malas solat sunat 20 rakaat, boleh solat sunat 8 rakaat.
Kalau malas solat sunat, boleh buka dan baca alQuran.
Kalau malas buka alQuran, boleh baca ayat alQuran yang telah dihafal.
Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal darimu.
Belum tentu Ramadhan seterusnya kita sempat bkn.



nah. kalau biarkan, rugi kan? takpe. walau korang tak sempat nak buat semua ni, gembirakan hati mak dengan ayah pun takpe. mampu tolong ibu masak dekat dapur pun dah okay. semua amalan baik kita kan dikira? :) usaha okay? chaiyok2! 


hahahaha. takde motif sebenarnya update blog ni. saja2 je. cumanya hari ni, rasa macam everything goes smoothly. seriously. best je. mungkin sebab tengok Jin Notti tadi? huahuahua. takde motif. kesian je korang baca post yang tak memberi faedah ni. takpelah. abaikan. hehehe. oh by the way, selamat berbuka dunia! :)


p/s : aku pening dengan font ni. macam apa je nak betulkan. abaikan lah. kalau korang pening, sorry! :)
SALAM~

16.8.11

Aminkan ramai2 boleh?

Demi Cinta Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

bacalah. aku tak terkata baca. :'(

Cari kekuatan :)

Assalamualaikum! :) 

tadi bukak FB, dan jumpa video dekat bawah ni. tengok lah.19 minit je. tak lama pun. :)


kalau Wardina boleh, aku pun boleh, kita semua pun boleh kan? jangan pernah berhenti berdoa. doa senjata paling kuat yang kita ada. soft reminder untuk diri sendiri dan semua. :) "cari kekuatan tu." ayat yang paling aku suka. that explain the title.

SALAM~

14.8.11

Mr. License

Assalamualaikum :))

Tahukah korang yang aku takde lesen kereta lagi di umur yang dah nak masuk 21 tahun ni? yes. gelakkan lah aku. sila. memang looser aku ni. tapi aku takde lesen ni bukan sebab apa tau. sebab aku yang tak nak masa ayah aku offer mula2 duluuu. and sekarang, bila dah takde cuti semua, padan dengan muka aku sebab dah macam payah sikit bila nak ambik lesen. unless, ayah aku bagi green light nak ambik lesen dekat UIA. heeee. angan2 tinggi ni. beria2 hari2 cakap dengan ibu, nanti ambik dekat UIA dengan kawan, murah and bla3. sekali Encik Mohd Hudzir tak benarkan. macam mana? nangis kuat2 meraung2 sambil berguling2 boleh? hahahaa. macam desperate gila nak lesen kan? okay. aku admit.

AKU GILA2 PUNYA NAK ADA LESEN SEKARANG NI!

impian aku banyak. dan baru aku sedar, most of it can be achieved dengan adanya lesen. motor tu reti bawak je cukup dah kot. hehehe. wahai Encik Mohd Hudzir, sila bagi green light eyh? i need it. please? :) i'll love you more!

p/s : banyak benda dalam kepala yang nak ditulis. tapi semua end up dekat draft. hahahah. sengal.
SALAM~