17.5.12

Assalamualaikum ! :)

jam IKEA di dinding ni menunjukkan pukul 3:05 pagi. and I don't know what I'm doing here, tak tidur lagi. well. biological clock berubah, again. terganggu teruk kot jam biologi aku ni. kalau before this aku jenis yang malam tidur awal. awal gila lah. pukul 10,11 tu memang dah lelap lah. pukul 4,5 bangun terkejut2 siapkan semua kerja, study for quizzes and macam2 lagi lah. tapi sekarang terbalik. tidur pukul 3,4. bangun pukul 6,7. petang confirm aku pengsan berjam2 lamanya. sampai apa pun yang jadi, memang tak sedar. kalau ada runtuhan ke apa, memang aku selamat lah dalam tidur aku yang indah tu. so, sila jangan lupa mengucap sebelum tidur. hahaha.

okay. pointless. I have to admit that my ability to choose a proper and right word shaded away with time. it's maybe because of lack of reading and yang paling penting, memang selalu je ketandusan idea nak post apa dekat blog kesayangan ni. there are too many to be told, yet, too little time and idea to express it. i'm a bad writer then.

actually, nak siapkan lab report. the final one babe. sebab rasa macam esok lepas lab test nak keluar pergi mana2 jalan2 and ponteng tuto maths. muahahahahaha.

indahnya perasaan makan Kyros niiiiii :)

seronok gila kalau dapat keluar, tengok movie, jalan2 cuci mata, then berhenti makan. maaannn. lama gila aku tak keluar macam ni weyh. seriously. sem ni, gambar atas ni lah yang last. bila? masa keluar tengok ombak rindu. itu last weyh. lepas tu takde dah. weekdays memang busy lah. weekend kalau tak ada program, mesti balik. tapi banyaknya ada program. i need time for myself. :|

and final is just around the corner. pukul 4 petang satgi aku ada final lab test. baca apa pun tak habis lagi ni. okay2. stop membebel. bye2! 

p/s : aci tak walau tak siap lab report lagi, aku keluar jugak? hahahahahahahahahaha.
SALAM~

1.5.12

truly hero

Assalamualaikum !

hari ni hari cuti untuk semua pekerja. bukan pelajar. that explain why I have to sit at my table and work out to finish 170+ slides for quiz tomorrow. well. kalau nak belajar tu, memang tak patut ada cuti. every second of our life is a learning process. so, bear with it :) eh. salah2. ikhlaskan hati :)

yes. saya stranded dekat UIA masa hari cuti macam ni. actually semalam Ayah ada call. right before Maghrib. "esok cuti kan? nak balik tak? kalau nak balik, Ayah nak datang ambik ni." :)))  senyum lebar2 walaupun Ayah tak nampak. "errr. tak kot Ayah. akak ada 2 quiz esok. dengan hafazan lagi." :((( and aku pun end up tak balik.

untung kan ada Ayah penyayang macam ni? He is. dia adalah Ayah yang paling cool dalam dunia. haritu pun, dia yang notice aku demam. aku tak sedar pun. walaupun dia adalah Ayah yang paling garang dalam dunia(jugak), but he is truly my hero. sebab in real life, Superman tak wujud kan? hehehehe. walaupun aku admit lah, Superman aku yang sorang ni, sangat garang. over protective. but then, semua sebab dia over sayang aku kan?

 King of My Heart

tengok tu. senyum pun payah Hero sorang ni. hehehe. sorry lah guys. macam2 mana pun, korang takkan boleh beat dia punyaaaa :p

actually tak plan for this post for him. tapi takpe lah. I Love You Ayah! :-*

SALAM~

17.4.12

everything was first , E1MAS'12

Assalamualaikum. :)

sedikit lega dapat bernafas secara normal semula. sungguh, jantung sihat sem ni. hehehehe

aku memang dah start busy daripada last sem lagi bila coincidentally aku dapat 2 mandat besar. satu, Assistant Head of Public Relation(PR) Bureau untuk program E1MAS. dua, Assistant Head of Research and Development(RnD) Bureau untuk STEADFAST CLUB. yang macam kelakar pun ada, Head aku untuk dua2 ni adalah Deqby. hahaha. weyh Deqby. bosan weyh asyik dapat msg drpd kau.! hahahaha :p


tapi untuk post kali ni, aku nak cerita pasal E1MAS je :)


ini first program anak angkat/community service yang aku join. first time tidur rumah orang lain. first time ada family angkat. first time beramah mesra dengan family angkat. first time sedih nak balik daripada program. FIRST TIME JADI PR. 

that's the point.

seriously, kerja ni berat. it's started even daripada sem lepas lagi. aku cuti sem dekat rumah, serupa macam tak cuti. buat plan semua. sebab kerja bawah biro PR ni, memang akan busy gila before program je. masa program, memang freeeeee. that's explain why gambar aku banyak gilaaaaa. sebab tak stress kerja and banyak je ruang dan masa nak menyelit depan camera Zack, Buyat, Zama, Nash, Adli dll! hahahaha. telefon memang tak lekang dari tangan. surat hari2 mintak dekat Lisa. meeting hari2 pukul satu depan Oscent dengan Deqby, Ashraf, Rahman, Naim and Shazlin. call bertalu2. tapi seronok. satisfaction dia semacam bila program yang kau buat, berjaya. aku boleh kata E1MAS ni a full success(kalaudapatmyharapan). komiti2 dia superb kot! aku yang zero tak tahu apa2 how to be a PR komiti ni, belajar banyak benda. it's seriously a new experience for me. walaupun tekanan dia sampai tahap aku nak quit tengah jalan(aku rasa ni teruk sebab aku tak pernah rasa macam tu dulu), aku teruskan jugak. well. kita dah accept tanggungjawab tu kan? takkan sebab E1MAS tak boleh masuk syurga kot? tak nak aku. Amanah. penting tu kita tunaikan. at least, kita try sehabis baik. result dia, belakang cerita. at least, lepas satu soalan dekat 'sana' nanti. :)

this is the best picture of the program. aku yang pilih lah. huahuahua

inilah Deqby. macam berjanji pulak eyh pakai baju sama ? :p
'million thanks tou you lah Deqby. this opportunity won't come if it's not from Allah through you. tqvm!'

tak ramai ada gambar ni. ni masa malam first yang kitorang pergi jalan2 before meeting :)

ini group jungle trekking saya. yang famous masuk paper banyak tuuuuu :p

hahaha. ada tak muka saya? kesian lah pulak korang jemu tengok muka aku je. this one. random.
okay2. asalnya aku dah select few pic untuk letak dekat sini. lepas tu aku tertekan butang cancel lepas tu gambar yang dah load lama2 tu semua hilang lepas tu aku geram sendiri lepas tu aku malas dah nak upload lagi. haiiiissshhh. tapi hikmah Allah kot. sebab gambar banyak gilaaaaaa. 22gb. gila kalau aku upload semua. mungkin aku buat. ikut part. kalau aku rajin. hahahaha. but then, banyak mana pun gambar yang aku upload, the memories would never be the same. di sebalik gambar2 ni, ada je cerita masing2. and ini bukan cerita Harry Potter kan gambar2 semua bercakap sendiri? hehehe. memories last. insyaAllah forever :)

eh. letih. nanti sambung.  
SALAM~

8.4.12

serve you right

Assalamualaikum.

aku ada buat status kan hari ni adalah Hari Calculus Sedunia?

 it is.
sebab semua orang exam calculus hari ni.


seriously mood nak study tahap suhu dekat Antartika. NEGATIVE. and i did spent my time for study, by sleeping all day long. gila kan? and bila semua benda macam ingat tak ingat time exam, rasa sedih dia mengalahkan rasa putus cinta. tahu tak how frustrated i am when i woke up from sleep, i can review back all the careless i did here and there in my answer sheet. s*** memang geram, sedih semua bercampur baur. Subhanallah.

tapi ini jadi macam satu pengajaran. aku memang jenis manusia yang kena fail dulu baru sedar realiti hidup. which is, BAD. seriously. i don't get it why i need to fall down to the earth's crust? kalau rebounce dia melambung2 tinggi lepas tu takpe. ni sikit je. okay. bersyukur Najwa. please bersyukur.


tulis sendiri benda ni. banyak kali baca, tak apply2 jugak lagi tak tahu lah. ni dah siap tulis dah ni. semoga aku tak ulang the same mistake over and over again. Amin.

SALAM~

25.3.12

announcement

ehem2. *ketuk2microphone* 

SAYA LULUS DRIVING TEST!!

haha. satu dunia aku nak announce. biar lah. itu satu kebanggaan. sebab dulu aku rasa orang yang pandai bawak kereta ni ajaib. there's too many things to be taken care of masa drive tu aku rasa. itu nak tengok, ini nak tengok. dan at last, aku berjaya jugak! weehoooooo~ punya lah gabra tahap tak ingat. tapi Allah tu Maha Penyayang. even aku sorang2 test tu, i mean buka dengan kawan lah, Dia turunkan dekat aku kawan2 yang hebat. yang sama2 takut and cuak and tenangkan each other dengan lawak2 diorang and care to each other. yang freely share pengalaman masing2. yang tak kedekut ilmu and yang tak sakitkan hati. i love you all! i got a lots from you guys. kita tak tahu korang lepas ke tak test hari tu. tapi whatever it is, Congrats korang! sebab berjaya jadi kawan yang hebat untuk kita. :) don't ever give up tau. esp to Fira, Laili and Kak Fazlina. :) though i know that you guys will never read this, nak tulis jugak. i appreciate you all. thank you so much!

malas nak cerita apa jadi masa test. penat. lagipun ni tengah study IC untuk paper Isnin. ecah pun dah balik bawak breakfast. so, bye2!

SALAM~

17.3.12

kadang2 kita kena korbankan satu2 benda untuk dapat satu benda lain yang jauh lagi bagus.

kadang2 kita kena pandai asingkan dan susun tanggungjawab yang dah sedia ada tergalas dekat bahu kita.

kadang2, kita kena pilih apa yang kita tak nak.

kadang2 kita tak tahu nak buat yang mana satu dulu.

bila tanggungjawab bersusun depan mata, selalu kita lupa, tanggungjawab tu semua kena selesaikan ikot priority dia. kita kena tahu, apa pun tanggungjawab yang kita terima, takde yang lagi besar daripada tanggungjawab sebagai seorang khalifah Allah dekat muka bumi ni. sebelum kita lahir lagi kita dah terima tanggungjawab tu. so, jangan pernah sesekali belakangkan tanggungjawab tu untuk sempurnakan tanggungjawab lain.

promotion ! ! ! !

Assalamualaikum :)

so untuk post kali ni, aku nak share satu produk dengan semua orang. produk ni 99% berkesan atas semua orang. nak tahu apa dia?




tak nampak kan nak baca sendiri dekat flyers tu? meh i tolong explain. hehehe.

produk ni, AS Beauty nama dia. a simple beauty. boleh google. ada korang boleh jumpa more info. :)

untuk siapa?
untuk kita2 yang nak kulit cantik :)
untuk kita2 yang ada masalah muka berjerawat, kulit kusam, jeragat dan yang sewaktu dengannya lah.

sejauh mana keberkesanannya?

sebelum 
(abaikan posing ni)



selepas

ni adik aku. seriously, dulu muka dia teruk sangat. aku pun tak berapa nak ada gamba dia yang sebelum dan selepas clearly. tapi harapnya korang boleh differentiate sendiri lah muka dia. bukan tudung and posing eyh. serious, kesian gila dia dulu. muka macam tu buat dia rendah diri sangat2. dah lah memang rendah. kan? hehehe. takde lah. luckily jumpa this product. 

mak long aku pun, dulu dia ada macam jeragat besar dekat muka. slowly it fades away.

sama lah dengan atuk aku pun.
 
even on aku pun, berkesan sangat2. parut jerawat yang berlubang2 macam kawah bulan pun dah makin kurang. cumanya kena rajin pakai. 

sorry takde gambar nak tunjuk. tapi memang elok. :)

lagi satu, effect dia on every people lain. tapi macam yang aku cakap dekat atas, aku boleh jamin keberkesanan dia 99% lah. jarang orang tak puas hati dengan product ni.

product ni disahkan halal and diluluskan oleh kementerian kesihatan. 

so, apa lagi? sila contact aku kalau berminat or nak tanya apa2. murah jeeee. :)

kita usaha, Allah yang tentukan segala2nya. :)
"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya, dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya)."
~An-Najm : 39-40~
SALAM~

16.3.12

Friday is always a good day

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah. still bernafas dan hari ni, masih berjalan dengan baik. aku pergi driving class tadi. so far okay lah. harapnya lulus dengan cemerlangnya nanti. test hari rabu minggu depan ni okay. dan minggu depan ni jugak lah berderet kerja nak buat. ini bukan rungutan. hanya peringatan untuk diri sendiri. itu tanggungjawab yang kau sendiri sanggup nak pegang. so, do it well. jangan nak merungut sampai buat semua orang benci dengan mulut kau yang tak berhenti2 membebel. hehehe. Alhamdulillah3. masih senang hati hari ni. mungkin sebab tadi senyum dekat sorang foreigner dekat depan blok PG. mungkin jugak sebab tadi senyum dekat mak cik yang memang tiap2 hari bersihkan blok aku ni. mungkin sebab tadi Deqby call bagitahu YB berkemungkinan besar boleh join. mungkin sebab tadi dapat pisang free. hehehe. hari ini masih baik, Alhamdulillah :) harap2nya hari ini akan baik sampai aku tidur balik. amin! :)

15.3.12

wordless wednesday #1


tak kira. nak jugak letak dia under wordless Wednesday walaupun kalau ikutkan, ni dah hari Khamis. hahaha. banyak gila benda nak kena buat. and most of them aku nak kena buat pagi esok. celik mata je, kena buat benda2 ni. opss. kena bersyukur dulu bangun tidur Allah still bagi nikmat hidup atas Bumi ciptaan-Nya untuk kumpul pahala. jangan kumpul dosa pulak. :)

tiba2 rasa macam ada je lagi yang tertinggal. okay. chow dulu. report baru suku siap. Najwa memang pelajar cemelang. sekian.

perasan tak ni first time aku buat benda2 wordless Wednesday semua ni? hahahaha

9.3.12

due to unlimited wifi

she's very cute isn't she?

konvoi raya sampai ada yang kena unbutton kain kot(?) HAHA

dua ketul budak yang selalu kena buli :p

alisya!


romantic even after 23 years being together :)

two little heroes ~  


old memories remains beautiful.


actually nak pick random picture. tapi ni dah macam kebetulan pulak. ini antara sumber kekuatan saya dalam hidup. without them, memang tak tahu lah apa jadi. lepas serah semua dekat Allah, diorang2 ni jugak yang saya cari. thank you darlings! :)

ni bukan upload ikut turutan eyh. ni RANDOM pick.