17.5.11

happy teacher's day! :)

satu lagi cliche entry kan? yes. aku bukan creative orangnya. nak type apa yang ada dalam hati dan kotak fikiran je. suka hati lah kan? :)

okay. disebabkan aku sangat lah bengong tak wish "SELAMAT HARI GURU CIKGU!" or "HAPPY TEACHER'S DAY TEACHER!" dekat any of my teachers di segenap pelosok dunia, (okay, aku rasa ejaan bm aku ni tak betul.) aku wish dekat sini boleh? :)

SELAMAT HARI GURU CIKGU2 SEMUA! :)


hahahaha. ucapan macam ni cukup ke nak balas semua jasa cikgu2 dekat dunia ni especially yang pernah ajar aku sampai aku kat tahap ni? noooooo. definitely no lah kan. soalan senang je ni. but then, takde apa dalam dunia ni yang mampu nak balas balik jasa insan yang bergelar pendidik ni, walau sekeras mana pun kita usaha cari. tak ada. cuma, kejayaan yang kita bawak, yang kita capai, cukup membanggakan. cukup untuk hati kecil diorang berdetik, "tulah anak murid aku dulu." sambil tersenyum gembira. nothing is more precious than that. therefore, khas untuk cikgu2 yang pernah mengajar saya, Najwa Farhana bt Mohd Hudzir, dari Tabika Perpaduan, Sekolah Kebangsaan Kampung Cheras Bharu, Sekolah Rendah Agama Kampung Cheras Bharu, Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri, Sekolah Rendah Agama Al-Mubarakah, dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. and of course tak lupa untuk semua lecturer IIUM dari foundation dekat CFS IIUM Petaling Jaya and sampai sekarang, dekat sini, IIUM Main Campus Gombak. terima kasih yang tak terhingga! 

and definitely, to a very special teacher in my life, Puan Rusilawati Mohammad Lazim. you're my superwoman! you're the one who teach me all things in my life. i owe you everything~ 

last but not least, mak long! happy teacher's day along! you've been such a great teacher. i know that. walaupun terpaksa bertekak dengan anak2 cina tu kan? hehehehe. takpe. asal niat ikhlas, they'll thank you one day! :) 

these are my teachers! :) 
pink - Cikgu Rusilawati
purple - Cikgu Rosnawati (mak long)
diorang ni adik beradik. that's why nama nak dekat2 sama! 
dan mintak maaf sebab tak boleh nak upload semua gambar cikgu2 saya.
nak list down pun tak mampu. :( but then, korang tetap yang terbaik and akan ada sentiasa dalam hati! 

again, selamat menyambut hari guru buat semua guru di dunia. peranan anda sangat besar dalam kehidupan kami semua. we, especially me, won't be here without you guys. I LOVE YOU ALL!  

SALAM~

15.5.11

thank you Allah!

done! i'm done with it. akhirnya. dapat sesuatu yang sangat pasti. terima kasih Allah! :) tak terkata terima kasih dengan apa yang Kau bagi. dan insyaAllah, misi ini akan dijalankan dengan jayanya walaupun masih tak tahu apa cara yang terbaik. takpe. He'll show the way.~ apa yang pasti, ini akan sangat meringankan hidup. mungkin tak senang dan tak indah. tapi biasa lah, jalan nak menuju redha Allah bukan mudah kan? bukan manis dan damai je sentiasa. Rasulullah yang sangat tinggi kedudukan di sisi Allah pun rasa susah berdepan dengan macam2 rintangan untuk berjaya dalam Islam. ni pulak aku kan? heeeee. dan kalau pun susah tu akan datang mengganggu gugah prinsip yang baru nak dijinak2kan dalam diri, percaya lah. cakap lah banyak2 kali dalam hati, "ni baru sikit. tak tercompare dengan semua dosa yang pernah kita buat dulu." dan lagi, "Allah sentiasa ada dengan orang2 yang sabar. orang yang sentiasa berusaha nak buat baik walau sangat susah untuk dia sebenarnya." :)

oh yea!

ada tips untuk kawal nafsu. tak kira lah nafsu apa pun. lagi2 untuk kaum2 saku ni, kaum Hawa, yang semua orang tahu ada 99 nafsu. marilah berpuasa! lama dah tahu benda ni. tapi masa buat, mungkin tak terasa keberkesanan dia kan? mungkin sebab tak betul2 menghayati apa yang tengah buat. tak betul2 ikhlas. setiap kali beribadah, mintak lah dengan Allah, "Ya Allah. Kau terimalah ibadahku ini." :) pendek je kan? senafas pun boleh. tapi, kalau baca senafas, sempat ke Allah nak dengar? :)

korang tak perlu tahu lah apa misi aku yea? kang kalau cakap kang, orang kata gebang pulak kan? hehehehe. biarlah aku je tahu apa yang aku nak buat. banyak yang perlu disiapkan. semua. yang penting, keberhasilan dia. hahahaha. :)

p/s : sorry kalau post ni macam berlagak aku tahu semua benda. sekadar perkongsian simple yang mungkin ramai antara kita dah lupa. so, aku ambik kredit sikit lah untuk ingatkan orang lain walau actually ini ditulis 100% untuk diri sendiri :) so, no heart feelings okay? 
SALAM~

13.5.11

all in one

semester baru bermula! :) macam2 jadi. baru start sem weyh. baru start sem pun aku dah rasa macam2. baru berapa hari pun aku dah ada macam2 dekat dalam hati. teruk kan aku? hehehehe. takpe. masih boleh diabaikan. since hati aku masih suci murni dan segar gitu. hahahaha. pedulikan je semua kan? yang penting, aku usaha! hoyeaaaah!~

pengabaian bagaimana pun, berhasil! :) i'm very used to it. orang kata, "alah bisa, tegar biasa." :)

dan untuk short sem kali ni, aku ambik dua subjects. MEC 1392 ; Dynamics dgn apa yea course code untuk manufacturing drawing. hahahaha. tak guna kan UIA ada student macam aku? ngeeee. yang penting, berjaya! :))

oh yea. untuk short sem ni, roommate masih yang sama cuma bertambah ahli. buat masa ni je lah. tapi kitorang kena naik setingkat lagi. :( biru2 muka semua nak sampai bilik. hahahaha. setahun okay pendakian ini akan terjadi. takpe. boleh lah exercise kan. kata nak kurus. otot2 akan mula terbentuk dgn jayanya menggantikan lemak2 yang terkumpul. ngeeeee. bila najwa farhana merepek. nasib korang lah kan? :)

dan. masih mengalami dilema yang sama. bila hati tak pasti, hanya ada satu je tempat pergantungan yang pasti menenangkan ; Allah. Dia Maha Mengetahui. angkat tangan, berdoa sahaja yang mampu. bila terkadang dah rasa macam jumpa dah apa yang dicari, jangan pernah berhenti berdoa. sebab nanti syaitan akan datang in between. dekat sini lah yang kita selalu buat silap. :) teruskan pergantungan yea? saya harap saya pun begitu! amiiinnnn :)

mode : sangat merindui kawan2 lama. jom lah jumpa korang. :(
p/s : benda ni satu perasaan je ke apa? okay. memang tak senang, 
but still, mesti ada hikmah kan? doakan saya kuat ye rakan2. 

SALAM~

5.5.11




this is soooooo true! or else, u'll lose the person that you're most comfortable with.
:(

result!

~naaaaa~ cliche kan? hehehehe. suka hati lah. blog aku! :p

tak2. ni nak cakap pasal apa yang keluar depan mata aku tadi ni, adalah apa yang aku dah usaha, tak usaha, baca, tak baca, pergi kelas, tak pergi kelas, dan sebagainya lah. come on lah. korang pun student kan? tak pun, pernah jadi student kan? so korang tahu lah apa benda sebagainya yang aku maksudkan itu :)

ecah pernah cakap, "aku percaya, kita dah usaha. yang kita pergi SLEU semua tu, mesti Allah akan kira as usaha kita. turun dari ruqayyah nak sampai blok engine, terkejar2 takut lambat, buat muka tak malu nak masuk kelas orang, redah hujan, basah kuyup semua tu, mesti Allah akan kira."

itu sangat betul kan?

semuanya Allah kira. Dia Maha Mengetahui kan? hatta benda sebesar zarah pun dalam pengawasan Dia. inikan pulak terang tang2 kau berlari ayam kejar bas nak pergi blok engine untuk sleu itu. :) Dia tahu ada usaha kat situ. walau pun pergi kelas, aku boleh serap 30 minit yang pertama je. sebab dah penat seharian kelas kan? malam pergi lagi SLEU. exhausted lah. hehehehe. banyak je merungut najwa farhana ni kalau pasal belajar. cuba kalau suruh tidur ke. makan ke. CONFIRM! takde bantahan! hahahahaha. dan walaupun aku banyak je tuang kelas SLEU ni, lagi2 programming, aku still, ikhlas bila aku pergi tu. oppssss. ikhlas tak boleh sebut kan? heeee. i mean it. :)

tapi, satu yang pasti. apa pun keputusan tu, kena usaha lagi. tak guna menyesal benda yang dah lepas. aku ni ada satu perangai yang menyampah. dah dapat result yang macam tu, jauh lagi baik dari orang lain (lah kot) pun, aku akan still keluar ayat, "kalau aku usaha sikit lagi, mesti tak seteruk ni."

tak2. salah ni. aku tak boleh keluarkan perkataan kalau ni dekat benda yang dah jadi. tak baik. sebab? sebab macam tak bersyukur bunyi dia. bila orang yang lagi teruk drpd aku akan cakap aku tak bersyukur. walau pun itu sebenarnya aku nak marah diri sendiri. still tak boleh. kalau nak cakap, make sure ada dinding je dengan aku masa tu. baru boleh keluar ayat tu. hati orang kena jaga. hubungan dengan orang pun kena jaga. bila orang senang dengan kita, tak terasa, tak sakit hati, baru lah hidup pun senang. sebab kita tak hidup sorang2 atas muka bumi Allah yang luas ni. :)

dan dekat sini, aku nak cakap terima kasih banyak2 dekat, AYAH & IBU. kalau takde diorang, takde doa dari diorang, tak mungkin aku rasa nikmat menimba ilmu yang hebat macam ni.

family, jauh and dekat, yang banyak mendoakan dan bagi semangat, zillion thanks to all. :)

antara ayat yang aku suka ;
"good luck. may your dream comes true." -Mak Long

next, dekat kawan2. yang sangat2 banyak membantu. lahiriah dan rohaniah. kalau nak suruh aku mention satu2 nama, memang tak boleh. sebab, korang, SEMUA, banyak sangat tolong aku dah. kita rapat sangat sama2 kan? aku sayang korang semua. banyak2. sangat2.

dan yang paling penting. MERCI ALLAH! terima kasih sebab bagi aku orang2 hebat untuk mendukung dan menyokong setiap langkah dalam kehidupan seharian. Dia tahu aku tak kuat, sebab tu lah aku dapat wonderful people macam korang! syukran Ya Allah :)

24.4.11

papai~

saya ada kegemaran baru sekarang :) dari sebok2 menconteng dekat sini, sampai the whole world tahu apa yang saya rasa dalam hati, baik saya conteng dekat notepad. :p tahu tak notepad tu apa? hehehehehe. google lah sendiri :p jadi, bye2 sementara blog! saya akan jenguk awak bila saya rasa saya ada benda nak share dengan dunia. :) so that takde lah dunia kena baca benda mengarut je sepanjang masa. :) jaga diri ;)

19.4.11

aku dan dirimu :p

okay. saya baru main tukar2 background blog, font etc. tak cantik jugak lagi. tak puas hati. takpe. nanti lah sambung carik. letih dah carik. heee. :) okay. ni nak update pasal badan yang dah makin besar macam belon kena pam! serious ni weyh. tak tipu. kalau korang tengok lah beza gambar aku dekat gombak dgn pj, korang akan tahu betapa gemoknya aku. why meyh? padahal dekat gombak ni lagi banyak aku melangkah. kenapa? kenapa? kenapa? kalau cuti lain lah ceritanyaaaaaa... *sighhhh* :( tak best tahu? bak kata tiyah,"tak best rasa badan berat." memang pun. sangat!


yang dekat atas ni gambar kat sekolah. abis spm. ni muka yang kecik lagi.
tak tembam. tudung boleh elok lagi jadik. aishhhh......................


nak tengok gambar sekarang? yang terkini, profile picture fb lah! geram aku! macam mana ni??????? :(


hehehehe. biarlah. akan diusahakan. saya ada partner diet saya! :) cik mutiara faeeqah! nanti kita slim sama2 okay? heeeee.


p/s : hal ni dah timbul lama. tapi bila pergi ukur baju dan bahagian tertentu membesar setangah inci, itu tak cool okay.

SALAM~

15.4.11

yeay! tak yeay sebenarnya. dah tukar background blog. tapi tak cantik. dan tak best. rasa nak nangis. tapi bukan sebab background ni eyh. tolong lah. background ni esok2 lah tukar. but then, no words can explain. bye.

14.4.11

formspring.me

ask ask ask http://formspring.me/najwahudzir
bersawang! itu kondisi blog ini. hehehe. selalu je bukak. baca post baru kawan2. tapi bila nak menaip je, tak jadi. too many to talk to. too busy with examssss yang never end. tiga tahun lagi. insyaAllah! :)


okay. dah start cuti lebih kurang sebulan lah. exam habis 9 april. p mei kitorang register untuk short sem balik. tapi alkisahnya 11 april baru sampai rumah. harini dah 15 april nak masuk 16. kira macam tinggal lagi 23 hari? entah! heeeee. dah start boring duduk rumah. dah start nak mengamuk je kalau pantang orang buat salah sikit. semuanya dah nak start. oh my. tolong lah jadi rasional sikit kan? adoi. lama tak menaip. typo sana sini. hehehe. takde ape yang nak dikongsikan. just mengupdate untuk mengisi masa lapang. :)

oh yea. memandangkan sem ni dah habis. bakal menempuh sem baru. meh lah kita set up apa yang kita nak buat untuk sem baru ni. banyak. aku dengan eton plan nak kerja. short sem kelas sikit je kan. so moh lah kita menambah pendapatan keluarga. ecececece. heeeee. duit takde weyh. kena lah kerja :) bosan weyh. tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata ni tahap kebosanan aku. seriously! :(

tengok lah apa yang terjadi dekat aku. tiba2 takde mood. sorry guys.
SALAM~